32

225 18 0
                                    

Pusara itu didekati. 

"assalammualaikum pak cik" dia tersenyum sebelum melabuhkan duduk diatas kerusi batu yang tersedia.

Yassin dan Alfatihah disedekahkan kepada insan ini.

"tak pernah sesaat pun saya lupa pak cik" dia tersenyum.

"saya harap, pak cik maafkan saya atas kesilapan saya" batu nisan itu disentuh.

Pandangannya lama pada batu nisan itu. Kenangan lalu kembali berlegar dalam minda. Kenangan pahit dan kejahilannya sehinggakan insan ini terpaksa pergi bertemu ilahi.

"amanat pak cik, saya akan cuba laksanakan. Maafkan saya sekali lagi" 

Teringat kembali saat dia memangku kepala itu. 

"nak.." dia genggam tangan aku dengan erat.

"pak cik.. maafkan saya pak cik.. saya salah. maafkan saya" tangan yang berlumuran darah itu dikucup. Dia tidak peduli. Yang dia tahu, dia inginkan kemaafan.

Lelaki itu menggeleng.

"semua salah pak cik nak.. pak cik yang tak berhati-hati.. Pak cik maafkan kamu nak" tangan tua itu menggenggam erat tanganku.

Aku menggeleng.

"salah saya pak cik. Salah saya"

"jangan sedih nak. Pak Cik tak akan pernah salahkan kamu" pipi itu disentuh.

Aku menangis. Untuk pertama kalinya. 

"pak cik, jangan tinggalkan saya pak cik. Jangan pergi pak cik. Nanti saya lagi tambah bersalah. Pak cik. Tahan dulu pak cik. Ambulans dah nak sampai" aku kesat air mata yang mengalir.

Tetapi tangan tua itu pantas mengesat air mata aku. Tersentuh aku melihatnya. Untuk pertama kalinya, ada insan yang menyentuh dan mengelapkan air mata aku. Bapa siapakah ini. Hatinya terlalu murni. Aku jahil.

Aku buatkan mereka hilang tempat bergantung.

"nak.. pak cik nak minta tolong boleh?" 

Aku angguk.

"jagakan anak-anak pak cik. Jaga mereka untuk pak cik" 

Aku geleng.

"tak! Pak cik sendiri akan jaga anak-anak pak cik!"

Lelaki tua itu tersenyum.

"Tuhan dah nak ambil pak cik. Macam mana pak cik nak jaga mereka. Boleh ya nak. Jagakan mereka untuk pak cik?" pipiku disentuh.

Tangan kasar itu buatkan aku mengangguk dalam tangis. Ku letak kepala lelaki itu diatas jalan sebaik sahaja kedengaran suara memanggil 'abah'.

"Allah! Abah!" 

Mulut ku katup dengan telapak tangan. 

Kesian gadis itu. Dia telah kehilangan seorang insan yang dia sangat sayangi. Insan bergelar bapa. Insan yang menjadi kekuatan bagi anak perempuan. 

Aku menangis sepuas hati didalam kereta. Selepas menenangkan fikiran, balai polis menjadi tempat aku tuju. Anak mangsa tidak mahu ambil apa-apa tindakan. Dan dia dibebaskan begitu sahaja.

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now