6

312 31 0
                                    

Dia meninggalkan murid-muridnya dengan kerja sebelum dia beredar keluar dari kelas. Menghampiri bilik pengetua. Kasut yang lusuh itu buatkan dia hampir menangis. 

"assalammualaikum, Encik" sapa Cikgu Helmi.

Lelaki itu tersenyum tipis. 

Badannya masih dengan peluh yang belum kering. Memakai pakaian seperti pekerja buruh buatkan dia tertanya-tanya. 

"waalaikumussalam cikgu. Cikgu ke yang panggil saya datang ke sini?" 

Cikgu Helmi mengangguk. 

"saya nak cakap pasal anak encik.." dia hendak bertanya nama kerana lelaki itu tidak memperkenalkan dirinya.

"nama saya Fuad" seperti tahu apa yang hendak ditanya oleh guru lelaki ini.

"anak encik Fuad"

"kenapa dengan anak saya? Dia ada masalah ke? Dia ada buat hal dekat sekolah ya?" Luaran nampak sahaja tidak peduli tentang anak-anak, tapi dia tahu. Hati bapa mana yang tidak risau tentang anak.

"kami menelefon encik sebab nak memberitahu yang kami dapat rasakan anak encik mempunyai penyakit ADHD. Kerana kelakuannya yang sering tidak reti duduk diam dan sering memerlukan perhatian" beritahunya.

Fuad terdiam. Dia tersenyum dan mengangguk.

Walaupun dia berpakaian lusuh, ianya tidak boleh dijadikan halangan untuk aku sebagai cikgu bergaul mesra dengannya. 

"saya sarankan encik Fuad buat pemeriksaan mengenai Khalif. Mungkin selepas dapat keputusan mengenai kesihatannya, kami boleh tempatkan Khalif dikelas yang lebih selesa dengan keadaannya?" dia cuba berkata dengan perlahan-lahan. 

Tidak mahu hati lelaki ini tergores.

Tidak menjawab mahupun mengangguk. Hanya senyuman tipis sahaja yang dia berikan. Betapa murahnya senyuman seorang insan yang penuh dengan dugaan dalam kehidupan.

Sebelum dia beredar, sempat juga aku mengatakan tentang kerusi yang dipecahkan anaknya. 

"saya minta maaf sebab anak saya pecahkan kerusi kantin" dia serba salah.

"kalau cikgu nak minta saya bayar ganti rugi. Tunggu saya dapat gaji ya cikgu" kata-kata yang begitu tulus.

Bahu lelaki itu aku sentuh dan aku mengiringi langkah lelaki itu keluar dari pejabat pengetua. Menanti dia menyarung kasut lusuh itu dan menemaninya sehingga ke motor buruk miliknya. Sambil itu aku tidak lepaskan peluang untuk bertanya tentang kehidupannya.

"abang kerja dekat mana?" aku cuba ubah panggilan encik kepada abang. Mungkin lebih selesa untuk berbual.

Dia tersenyum sebelum menjawab.

"saya kerja dekat Kuang, kerja ukur jalan. Ini dari Kuang dapat telefon dari sekolah terus saya datang" 

Air liur yang ditelan seperti berpasir dan kelast.

Tuhan,

Kuang ke Gombak bukanlah suatu perjalanan yang singkat. Dengan menaiki motor ditengah panas terik. Si bapa pula sanggup meninggalkan kerja apabila mendapat tahu si anak membuat angkara.

 Ku tanya lagi dan lagi.

"rumah abang dekat mana? Isteri kerja apa? Anak berapa orang?"

Dengan tidak segan silu, lelaki itu menjawab pertanyaanku. 

"Rumah saya di Batu 5. Anak saya empat. Yang paling kecil, kembar dua orang duduk dengan isteri saya. Yang sulung tahun dua dan tahun satu ini tinggal dengan saya. Dah tiga tahun kami berpisah" balasnya tanpa menghilangkan senyuman dibibir itu. 

Menghantar pemergiannya dengan pandangan mata.

Tekadku.

"kerusi itu aku boleh ganti, apa yang aku boleh tolong. Akan aku tolong"

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now