'Your will be my love forever'
For: Qiswany
From: ZamriTerkejut dia bila membaca nama yang tertera di atas sampul tersebut.
****
Qiswany melihat Aiman dengan pandangan yang sukar dipercayai."Apa ni, Aiman?"
"Untuk kaulah."
"Dari Zamri? Serious?" Qiswany menunjuk surat yang berada di atas meja itu. Aiman hanya mengangguk.
"Kenapa baru sekarang bagi?"
"Err, haritu aku lupa nak bagi. Aku ingat nak bagi kau tapi tak ada masa. Aku busy gila masatu. Sekarang ni aku tengah free, aku datanglah sini bagi kau."
"Sampai sebulan?" Qiswany bersandar dan tangannya disilangkan di dada.
"Ala Wany. Aku bukan sengaja." Aiman membuat muka simpati. Mohon ya Aiman. Kau tu dah jadi bapak orang. Perangai tu tak payah macam budak kecik sangat.
"Okok. Betul ke dari Zamri ni? Macam aku tak percaya je." Surat yang masih berada di atas meja diambil dan dibuka.
FIKRIE yang sedang duduk di atas kaunter meja dapur menyuap ais krim ke dalam mulutnya. Amboi? Kaunter dapur? Agak-agak ince Fikrie. Kerusi ada ea?
Qiswany yang baru selesai solat Isyak turun ke dapur. Tiba-tiba tekak rasa haus pula.
"Mana Fikrie ni? Tadi bukan dia turun ke? Keluar kot." Qiswany melihat sekeliling rumah. Tiada langsung kelibat suaminya. Woi Wany. Laki kau kat dapur curi makan ais krimlah.😂
Qiswany memasuki ruang dapur rumah mereka dan berjalan ke arah suis lampu. Mereka berpindah baru je 2 minggu lepas. Puan Halifah dan Encik Ibrahim yang suruh mereka berpindah. Katanya nanti adalah sedikit privasi.
Suis lampu ditekan.
"Arghh!!" Terkejut dia bila melihat Fikrie yang sedang menyuapkan ais krim ke dalam mulutnya. Sudu yang berada dalam mulutnya dibiarkan kerana terkejut dengan kehadiran Qiswany. Mereka berpandangan sesama sendiri selama beberapa saat, barulah masing-masing berkata."Fikrie! Awak buat apa kat dapur ni? Bergelap pula tu? Nak saya sakit jantung ke?" Qiswany bercekak pinggang memandang Fikrie yang berada di atas kaunter.
"Aku malas nak buka lampu sebenarnya. Jauh sangat."
"Sanggup duduk dalam gelap?"
"Dah orang tengah lapar, ya sanggup aje toh." Mangkuk yang berisi ais krim di tangan di suapkan lagi ke dalam mulut.
"Dan tu. Itu bukan ais krim saya ke? Oh noo! My baby!" Qiswany terus berlari ke arah Fikrie yang sedang enak memakan ais krimnya. Fikrie yang melihat Qiswany berlari ke arahnya terus turun dari kaunter dan berlari mengelilingi meja makan. Ais krim masih lagi berda di tangannya. Haih. Macam budak-budak.
"Bagilah balik, saya yang beli kenapa awak yang makan?" Qiswany melihat Fikrie sambil mencebik.
"Tak naklah. Aku nak makan ais krim sekarang niii." Dia sambung berlari apabila Qiswany mengejarnya semula. Bila aksi kejar mengejar tidak berhenti, mereka berdua berhenti berlari kerana kepenatan.
"Okok. Aku bagi kau aiskrim ni, tapi dengan syarat."
"Apa dia?" Anything for the sake of my ice cream.
"First, jangan asik nak marah aku. Takut nanti orang ingat aku kawin dengan orang tua. Second, jangan selalu balik lewat. Aku risau. Aku pun busy tapi balik lagi awal dari kau. Dan yang terakhir, kau kena terima aku seadanya." Qiswany menggaru dagunya sambil memikirkan syarat-syarat tak masuk akal yang diberi oleh Fikrie.
"Cepat. Ais krim dah nak cair." Terus kelam- kabut Qiswany.
"Okok. Yang first aku tak boleh nak buat apa kalau kau asyik buat perangai. Yang kedua, tengoklah nanti. Saya akan usahakan balik awal. Kalau terpaksa balik lambat, saya bawak semua kerja tu balik rumah. Yang last, saya dah terima awak seadanya." Fikrie menggangguk-angguk tanda setuju dengan jawapan Qiswany.
"Ok suapan pertama bagi aku yang suap." Sudu yang berisi ais krim disuakan ke arah isterinya.
"Kenapa pula? Saya boleh makan sendirikan?"
"Kau nak tak nak? Tak nak aku makan semua." Sudu yang disuakan mahu di masukkan kedalam mulutnya.
"Okok." Qiswany menganga dan satu suapan diberikan. 'Wah akhirnya ais krim aku.'
"Ok, awak dah suap saya, bagi balik ais krim saya." Tangannya dihulurkan ke arah Fikrie meminta ais krimnya. Fikrie melihat Qiswany tanpa ekspresi.
"Kenapa? Ada apa-apa ke kat muka saya?" Mukanya dipegang. Tak bolehlah kalau dia buat muka dia yang tu.
Tiba-tiba Fikrie terus mengucup tepi bibir Qiswany.
"Ada ais krim kat situ." Selepas itu, Fikrie terus berlari naik ke atas dan masuk ke dalam bilik. Pintu yang tertutup menyedarkan Qiswany yang dalam dilema. Ais krim di tangan di tenung. Barulah dia tersedar apa yang baru Fikrie lakukan sebentar tadi.
"O.M.G." Qiswany terus berpaling memandang tangga untuk ke tingkat atas.
"Fikrieeee!!" Fikrie yang berada di dalam bilik hanya ketawa dengan jeritan isterinya.
"Padan muka. Siapa suruh kedekut dengan aku." Dia duduk di meja kerjanya dan mula menaip di laptopnya. Apakah? Qiswany kedekut? Kau dah makan separuh ais krim dia, kau kata dia kedekut. Lempang kang.😂😂
SELIMUT yang menutupi kaki ditendang sekuatnya. Bantal yang berada di bawah kepala di ambil dan di buat menutupi mukanya yang merah. Qiswany menjerit di bawah bantal tersebut.
Bila teringat balik apa yang Fikrie dah buat pada bibirnya membuatkan dia mahu mencakar seluruh dinding rumah sehingga rosak.
"And now? Macam mana aku nak berdepan dengan dia? Nak lari? Memang tidaklah. Nanti dikata isteri nusyuz pula. Haih tabahlah wahai diri. Kita buat macam tak tahu ajelah ea?" Qiswany terus duduk dari baringnya bila melihat jam sudah menunjuk pukul 9 pagi. Bini siapa ni bangun lambat? Apadaaaaa.
Nasib hari Sabtu. Fikrie entah kemana lepas solat subuh tadi. Telefonnya yang berada di atas meja kerja Fikrie berdering.
"Alah siapa yang call ni? Malasnya nak bangun. Kenapa aku letak kat sana?" Qiswany terpaksa juga bangun bila telefonnya tidak berhenti berdering.
Nombor Fikrie yang tertera di skrin telefon mengejutkan Qiswany.
"Wuish, wuish. Nak angkat ke?" Telefonnya berhenti berdering. Berapa saat lepastu, telefonnya berdering semula.
"Okok. Bismillah." Punat hijau ditekan.
"Hello, assalamualaikum."
"Ha! Walaikumsalam? Apsal susah sangat nak angkat call? Jari kau dah hilang?"
"Ok, sekarang saya dah angkat, awak nak cakap apa?"
"Siap cepat. Jumpa aku kat Cafe White."
"Err..."
" Jangan cakap tak tahu kat mana ea. Aku tahu kau pernah ke sana. Cepat! Aku bagi masa 15 minit, kalau tak sampai, siap kau." Talian terus diputuskan.
Nak buat apa ni????????????????????????
TBC
🙌 yeah, yeah new chapter🌸
I will update soon😚😂
Annyeong😂😂
YOU ARE READING
Unexpected Love [°Complete✔°]
RomancePermintaan akhir Zamri membuatkan Qiswany bersatu dengan orang yang dia tidak sangka akan kahwin. Senyum tidak, apatah lagi ketawa. Suaminya berkahwin dengan Qiswany hanya untuk menunaikan permintaan Zamri dan kegembiraan ibu bapanya. Ini membuatkan...