Qiswany menggegar badan Fikrie bila suaminya tak bergerak. Dia berlari ke dapur dan menutup api dapur.
Dia kembali ke tempat Fikrie dan duduk di tempat tadi. Qiswany cemas. Umi dan abahnya outstation atas urusan kerja. Ibu dan ayahnya pulang ke kampung melawat neneknya.
Qiswany mengangkat kepala Fikrie dan meletakkan kepala Fikrie di atas ribanya. Telefon di dalam poketnya dicapai.
Nombor telefon doktor peribadi Fikrie didail. Cuma doktor je boleh bantu.
QISWANY tunggu di luar bilik sementara menunggu doktor Hafiz merawat Fikrie. Tak lama lepas itu, Hafiz keluar dengan senyuman.
"Puan, tuan tak apa-apa. Dia cuma penat sangat. Jadi biar dia rehat. Jangan kejut dia kecuali dia bangun sendiri. Sebab dia perlukan rehat yang cukup.
Qiswany mengangguk dan turun untuk selesaikan kerjanya yang tertangguh di dapur tadi. Biarlah Fikrie rehat. Sementara tu baik dia buat kerja lain.
Hafiz masuk kedalam bilik semula dan ketawa.
"Seronok ae Rie kenakan bini kau?" Fikrie duduk dari perbaringan.
"Ni ada orang lain yang tahu tak kau kenakan dia."
"Ada." Fikrie tersenyum senget.
"Siapa? Lebih baik kau jangan sebarkan. Nanti plan tak jadi."
"Anak aku." Hafiz memukul lengan Fikrie.
"Kalau anak kau memanglah dia tak reti cakap." Fikrie ketawa.
"Paling kurang pun, dia saksi lakonan aku tadi."
"Ceh, memang tidaklah dia faham apa kau buat." Hafiz mengemas barangnya dan menyalam Fikrie.
"Aku gerak dulu. Banyak lagi kerja kat hospital. Aku punya risau sampai sanggup tinggalkan kerja. Rupanya plan kenakan orang. Dasar member." Fikrie ketawa. Tapi dia pastikan ketawanya tak berapa kuat. Takut nanti didengari.
"Tidurlah balik. Karang bini kau masuk tengok kau tengah suka suki, mahu kena hamun. Aku caw dulu." Hafiz menganggkat tangannya dan keluar dari bilik.
Fikrie berbaring semula di katil sambil termenung. Tak rasa ke macam kejam sangat buat Qiswany macam ni?
Dulu salahnya sebab buat isterinya benci dirinya. Sekarang bila ingatannya dah pulih, dia lagi mahu mengenakan Qiswany?
Pintu bilik dikuak. Fikrie menutup matanya dan berpura-pura tidur.
Qiswany berjalan masuk selepas selesai buat kerja rumah. Dia melihat Fikrie yang sedang tidur.
Pintu bilik ditutup. Qiswany berjalan ke katil Fikrie dan duduk di sebelah Fikrie yang kosong. Qiswany baring di sebelah Fikrie dan memerhatikan suaminya.
"Wany doakan abang cepat baik." Pipi kiri Fikrie dikucup. Qiswany memerhatikan Fikrie seketika.
Selepas beberapa minit, dia bangun dan keluar dari bilik untuk biarkan Fikrie berehat.
Lepas sahaja mendengar pintu ditutup, Fikrie duduk dan memegang dadanya. Huish! Hampir berhenti jantungnya tadi. Terkejut dengan kucupan dari isteri dipipinya sebentar tadi.
Nasib baik dia dapat mengawal mukanya. Kalau tak mesti Qiswany tahu yang dia menipu.
Fikrie memerhatikan siling semula. Haih rasa bersalahlah pulak...
Haih, sudah-sudahlah dengan penipuan. Fia nak berbaik, nanti makin susah pulak..
Fikrie bangun dan cepat-cepat keluar dari bilik.
"HAZWIN..."
Qiswany yang baru turun tangga berjalan ke arah anaknya. Lagi berapa langkah je nak sampai kat anaknya, terasa dirinya dipeluk dari belakang.
Hampir terjatuh kedepan dia. Nasib dapat tahan. Sebelum dia pandang, dia dah tahu dah siapa yang memeluknya.
Qiswany memegang tangan yang memeluknya dan memusingkan dirinya.
"Abang nak apa ni? Bukan ke abang patut tidur sekarang ni?"
"Awal lagilah. Zohor pun tak masuk lagi."
"Doktor cakap abang kena rehat. Nanti kepala sakit lagi." Qiswany menolak Fikrie duduk di sofa.
"Alah, dah bangun mana boleh nak tido." Fikrie menyandarkan kepalanya sambil mengeluh.
"Suka hatilah..." Qiswany berjalan ke dapur. Fikrie memerhatikan isterinya hilang di pintu dapur. Hazwin yang bermain di kakinya dicucuk. Anaknya memandangnya.
"Best ke? Lagi tadi papa tengok kerja main je? Tak penat, ya?" Hazwin tersenyum dan sambung bermain permainan semula.
"Kejamnya tak hiraukan papa." Fikrie mula berpura-pura mahu nangis. Tapi, niatnya terhenti bila dia terdengar Qiswany sedang bercakap menuju ke ruang tamu.
"Siapa?" Fikrie bertanya bila dia melihat Qiswany baru sahaja mematikan panggilan.
"Ibu. Dia kata dia balik lusa." Fikrie mengangguk dan menyandarkan kepalanya semula.
"Aku nak keluar." Fikrie bangun tapi tangannya ditarik.
"Mana boleh. Abang kena duduk rumah. Rehat. Abang tu baru bangun." Serious mukanya. Fikrie melepaskan keluhan dan duduk semula.
Memang tak ada chancelah nak melepak. Cih.. Kerja kat office entah jadi apa, ada hati nak melepak. In your dream..
"Apa jadi dengan rumah dulu kita duduk?" Fikrie baring di sofa dan menutup matanya.
"Rumah? Siapa bagitahu abang?" Qiswany melihat Fikrie pelik. Takkan dah ingat kot?
"Umi."
"Mana Wany tahu. Abang yang last duduk kat situ." Fikrie tersentak. Tiba-tiba waktu dia bertelingkah dengan isterinya terbayang kembali.
Ya Allah, sedihnya bila diingat balik. Kenapalah dirinya terlalu kejam pada isterinya untuk perempuan lain? Apa kurangnya Qiswany ni?
"Aku tak ingatlah." Matanya ditutup dengan lengannya.
"Wany tak salahkan abang kalau abnag tak ingat." Qiswany duduk di lantai dengan Hazwin.
Fikrie melihat Qiswany bermain dengan Hazwin dicelah lengan yang menutupi matanya. Rasanya Qiswany nak tak terima dia semula?
"Wany.. Apa jadi kalau aku dapat ingat balik?" Qiswany melihat Fikrie.
"Kenapa abang tanya?"
"Aku nak tahu.." Qiswany tersenyum.
"Kau boleh ke terima aku balik? Maafkan aku? Terima aku? Boleh ke aku jadi bapa pada Hazwin? Walaupun aku pernah sakitkan kau dulu?" Senyuman Qiswany mati. Dia melihat Fikrie dengan muka terkejut.
"Takkanlah..." Qiswany duduk di hadapan sofa tempat Fikrie berbaring. Lengan yang menutupi muka Fikrie dia alihkan.
"..abang dah ingat?" Makin terkejut Qiswany bila matanya bertentangan dengan mata Fikrie yang dah basah dek air mata.
Fikrie bangun dan terus memeluk Qiswany. Pelukannya makin lama makin erat.
"Abang minta maaf sebab dah sakitkan Wany dulu.. Abang terlalu naif percayakan orang lain dari isteri abang sendiri.." Qiswany memeluk Firkie semula.
"Alhamdulillah. Abang dah ingat.. Wany syukur sangat. Wany dah lama maafkan abang. Wany tak sanggup nak tengok abang sengsara lagi.."
TBC
Guys! I'm back!😚 setelah sekian lama berhiatus. Akhirnya diriku membuat comeback.😂😂😂
Oklah. Jumpa kat chapter seterusnya.😂
![](https://img.wattpad.com/cover/126778425-288-k708118.jpg)
YOU ARE READING
Unexpected Love [°Complete✔°]
RomancePermintaan akhir Zamri membuatkan Qiswany bersatu dengan orang yang dia tidak sangka akan kahwin. Senyum tidak, apatah lagi ketawa. Suaminya berkahwin dengan Qiswany hanya untuk menunaikan permintaan Zamri dan kegembiraan ibu bapanya. Ini membuatkan...