Bab 19

3.9K 146 4
                                    

"Anak siapa ni? Mesti kau perasan selama ni aku sayangkan kau kan? Tolonglah aku tak pernah sayangkan kau."

Kata-kata Fikrie masih terngiang-ngiang di kepala Qiswany. Perlahan-lahan dengan kaki yang menggeletar, dia bangun dari lantai dapur. Meja makan di sebelah menjadi tempat untuk berpegang.

"Sayang, ibu dah tak tahan. Bila ayah keluar dengan perempuan lain, ibu tak berapa kisah, tapi bila ayah cakap dia tak terima kamu, ibu dah tak sanggup." Air mata yang mengalir masih lagi deras.

Qiswany berjalan keluar dari dapur. Dia dah ambil keputusan. Ya, keputusan yang muktamad. Dia akan tinggalkan Fikrie. Hati dan perasaannya terseksa bila tinggal bersama dia.

"Sorry Zamri, aku tak mampu nak teruskan permintaan kau." Baju di dalam almari dilipat dan dimasukkan ke dalam bagasi.

Telefonnya yang berada di atas meja dicapai selepas siap berkemas. Nombor Amirah didail.

"Hello, Ara."

"Kau kenapa? Baru lepas nangis ke?" Amirah yang berada di hujung talian cemas.

"Amik aku kat rumah wei. Aku tak sanggup nak bawak kereta."

"Bagitahulah aku dulu kalau ya pon."

"Tolong? Nanti aku bagitahu ok?" Talian diputuskan.

Beg yang penuh dengan pakaiannya di bawa keluar. Qiswany memandang ruang rumahnya.

"Wany harap. Abang dapat jalankan hidup dengan baik lepas ni. Abang nak tinggalkan tanggungjawab abang? Wany tak kisah. Asalkan abang bahagia." Qiswany tersenyum dan tombol pintu dipulas. Dia berjalan keluar dari rumah yang sudah lama dia duduki bersama Fikrie.

"BABE, asal bawa beg bagai ni? Kau lari rumah? Kenapa?" Pertanyaan Amirah tak dijawab. Bagasi yabg ditarik diangkat dan diletakkan ke dalam bonet kereta Amirah.

"Que, bagitahu aku please. Kau tak pernah macam ni." Bahu Qiswany disentuh.

"Ara, aku bagitahu nanti. Cepatlah kita pergi dari sini." Tangan Amirah diraih dan ditepuk perlahan. Qiswany masuk ke dalam kereta.

Amirah akur. Kereta yang dinaiki mereka maninggalkan perkarangan rumah Fikrie dan Qiswany.

"NOW bagitahu aku." Amirah bercekak pinggang. Qiswany merebahkan dirinya di sofa sambil lengannya menutupi mukanya.

Dia duduk dari perbaringan. Amirah duduk lantas bahu Qiswany dipeluk. Air mata Qiswany tiba-tiba jatuh.

"Babe ceritalah. Mana tahu kau ok lepas cerita?" Qiswany menceritakan perkara yang terjadi antara dia dan Fikrie kepada kawan baiknya.

"Aku dah agak. Dia dah melampau. Macam mana kau boleh tahan duduk dengan dia?"

"Kalau dah sayang kau takkan boleh nak cakap apa." Qiswany mengusap lehernya. Amirah hanya mengangguk.

"Betul-betul. Tak apalah Que. Kau duduk je sini dulu." Qiswany mengangguk.

FIKRIE duduk di hadapan kereta sambil termenung memandang pemandangan dataran merdeka Kuala Lumpur.

Dia memandang ke langit.

"Wany dah mengandung. Zamri, apa aku nak buat? Aku tak dapat nak sayang dia langsung." Fikrie menekup mukanya dengan tapak tangan.

"Ahh, lantak. Sekarang ni aku dah ada Alisya balik. Aku takkan tinggalkan dia lagi." Fikrie bangun dan masuk kedalam kereta. Keretanya laju dibawa ke rumah Alisya. Nak balik nanti terjumpa dengan Qiswany.

"QUE!" Qiswany yang duduk di ruang tamu sambil menonton tv terkejut.

"Astagfirullah. Babe, tolong jangan terkejutkan aku. Nanti anak aku terkejut juga. Siap kau." Qiswany memandang Amirah tajam.

Unexpected Love [°Complete✔°]Where stories live. Discover now