"QUE, tengok ni. Comelnya anak kau." Pipi bayi lelaki yang berada di sebelah Qiswany dicucuk lembut.
"Kan. Macam aku comel dia kan?" Amirah membuat muka menyampah.
"Que, keluarga kau dengan Fikrie ada kat luar."
"Hmm, panggilah diorang masuk. Mesti tak sabar sangat nak jumpa si kecil ni." Hazwin yang berada dalam dukungannya dipandang. Pipi dan dahinya dicium lama. Kesian dia.
Papanya tak ada waktu dia lahir ke dunia. Yang azankan dia tadi pun ayahnya, Encik Ibrahim.
"Haih comelnyalah anak ibu ni." Hazwin ditenung lama. Qiswany melihat Zura, Qistina membawa bunga. Di sebelah Qistina Izzudin yang sedang mendukung anak kecilnya sambil tersenyum. Ibu bapa dan mentuannya masuk dengan senyuman.
"Hai mak usu. Siapa ni?" Raudhah yang masih dalam dukungan Izzudin melihat Hazwin dengan kagum.
"Ini adik sedara Raudhah. Nanti Raudhah bolehlah main sama-sama." Qiswany tersenyum bila Raudhah minta dilepaskan dari dukungan. Bila diturunkan tak nampak pula sebab kecik sangat.😂 Katil dah lah tinggi dari dia. Haih sian.
"Papa nak dukung balik." Izzudin ketawa dan mendukung semula anaknya. #TabahIzzudin2k18😂.
"Kenapa cucu nenek ni comel sangat?" Puan Halifah mendukung Hazwin dari dukungan Qiswany. Pipinya yang kemerah-merehan dicium bertalu-talu.
Encik Ibrahim dan Encik Samad hanya melihat isteri mereka dengan gelengan. Rasanya diorang tahu perasaan Hazwin.😂
Haih Hazwin. Tabahlah kalau pipi tembam nanti bila besar. Sebab kecik-kecik dah kena cium banyak kali macam tu. Janganlah bengkak nanti.😂
Qiswany memandang sekeliling. Dia mencari kelibat si dia. Tapi dia langsung tidak ada dalam wad tersebut. Qiswany mengeluh. Pandangannya menjadi sayu.
Amirah yang sedang bermain dengan Raudhah ternampak Qiswany.
"Zura kau main sekejap dengan Raudhah ni. Akak nak tengok kak Que sekejap." Zura yang sedang membaca majalah mengangguk.
"Wokeyy. Raudhah meh sini." Raudhah memandang Zura dan pergi ke arahnya.
Amirah pergi ke Qiswany. Dia duduk di kerusi yang berada di sebelah katil Qiswany.
"Que, kau ok?" Qiswany yang menunduk memandang Amirah.
"Aku ok. Cuma, aku nak sangat tengok muka dia sekarang." Pintu wad yang tertutup dipandang.
"Que, aku faham perasaan kau. Tapi macam yang aku cakap, kau kena kuat. Kau masih ada kitorangkan?" Amirah mengelus belakang Qiswany.
Qiswany hanya tersenyum pahit. Dia kena kuat. Besarkan Hazwin tanpa suami kat sisi. Mungkin Hazwin akan kenal siapa bapanya satu hari. In Sha Allah.
SEORANG lelaki berdiri jauh dari pintu wad yang tertutup. Dia bersandar di dinding dengan jambangan bunga ros kuning dalam pegangan. Nak masuk takut dibenci. Jadi dia hanya memandang dari jauh dan mendengar suara yang sedang tertawa di dalam.
Jambangan bunga dilihat. Dia mengeluh. Tiba-tiba seorang nurse melepasinya.
"Ermm. Cik." Lelaki itu menegur. Nurse tersebut memandang lelaki di hadapannya.
"Ya? Ada apa-apa saya boleh bantu?" Nurse itu memandang dia dengan senyuman.
"Boleh tak bagi bunga ni kat pesakit dalam wad tu?" Jambangan bunga dihulur. Nurse itu menyambut huluran bunga.
"Boleh saya tahu? Encik ni siapa?"
"Cakap kat dia saya kawan dia."
"Okey. Saya akan sampaikan kat dia."
"Terima kasih." Lelaki itu tersenyum sebelum berlalu pergi meninggalkan hospital.
PINTU wad terbuka. Qiswany melihat seirang nurse masuk dengan jambangan bunga dalam pegangan. Dia berjalan menuju ke arah Qiswany.
"Cik, tadi ada kawan cik datang bagi bunga ni." Jambangan bunga bertukar tangan. Qiswany melihat bunga di tangannya. Hmm bunga ros kuning. Kegemarannya. Dia memandang nurse itu semula.
"Siapa yang bagi?"
"Dia cuma cakap yang dia kawan cik je. Saya tak tahu siapa nama dia." Nurse itu berkata dengan senyuman.
"Ok. Terima kasih."
"Sama-sama." Mereka bertukar senyuman sebelum nurse itu keluar dari wad.
"Que kau rasa siapa yang bagi?" Bunga ros kuning dalam pegangan Qiswany dibelek.
"Haish kau ni. Rosaklah bunga ni." Tangan Amirah ditepis.
"Eleh, kedekut!" Amirah mencebik. Qiswany menggeleng. Sekeping kad yang terletak antara bunga diambil.
Tahniah, Wany.
Qiswany tidak tahu siapa yang menghantar bunga ini. Tapi senyuman di bibirnya tidak dapat ditahan.
WAH, bestnya dah habis berpantang." Qiswany berdiri di hadapan kolam ikan di hadapan rumahnya sambil mengeliat.
"Kamu tu, susah betullah. Berpantang je pun. Bukannya pergi berperang." Puan Halifah duduk di meja batu sambil mengehirup teh.
"Ibu tahu tak, terseksanya bila tak dapat makan makanan yang kita nak? Adik rasa bahagian tahu tak?" Qiswany terlompat-lompat sambil bertepuk tangan.
"Huh, nyampah. Perangai tu tukarlah. Kamu tu dah jadi mak orang. Jangan macam budak kecik sangat boleh." Puan Halifah memandang Qiswany dengan muka menyampah.
"Eleh. Zeles ke?" Qiswany memandang ibunya sambil menjongketkan keningnya.
"Nak jeles apanya. Haaa tu si kecik sudah meminta mahu diberi makan. Cepat pergi beri dia makan. Kalau tak beta murka." Puan Halifah ketawa.
"Eleh, nyampahnya. Tahu je macam mana nak elak soalan. Jap, Hazwin! I'm on my way!" Qiswany terus berlari masuk mahu memberi Hazwin makan.
Qiswany baring di sebelah Hazwin sesudah menyusukannya sambil menepuk-nepuk lembut untuk menidurkannya. Hazwin yang sudah tidur dilihat.
"Muka kamu sebiji macam papa kamu." Qiswany meletakkan jarinya di hidung Hazwin.
"Satu hari ibu akan bagitahu siapa papa kamu. Tapi kamu kena tahu. Ibu sekarang tak sanggup nak tengok muka papa kamu." Hazwin membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang Qiswany.
"Kamu kena membesar jadi orang yang baik dan kuat tau, Hazwin. Ibu sekarang ni memang tak kuat. Ya? Kamu je kekuatan ibu sekarang." Dahi Hazwin dikucup. Hazwin menutup matanya semula dan tidur bila Qiswany menepuk-nepuk dirinya lembut.
Macam tahu-tahu je ibunya nak luah perasaan. Haih, cannot.
JAM di dinding dilihat. Sudah pukul 8 pagi. Selepas solat subuh, Qiswany terus merebahkan dirinya di atas katil. Hazwin yang berada dalam baby court sedang tidur nyenyak selepas diberi susu pagi tadi.
Siling bilik ditenung. Sel-sel otak sedang berhubung. Beberapa minit selepas itu dia terus bangun dari katil. Dia terlupa yang dia mahu keluar dengan Amirah harini. NOOO! Dah lah pukul 10 nanti.
Wuish lama lagi kot. Kau kena paham. Dia nak mandikan Hazwin lagi. Ingat sempat ke?😂
Dia mencapai tuala. Hazwin yang berada dalam baby court sudah bangun diambil.
"Jom kita mandi. Anak ibu sudak busuk." Qiswany menyanyi-nyanyi dan membawa Hazwin masuk ke dalam bilik air.
QISWANY melihat pantulan dirinya di cermin. Dia mengenakan baju blouse biru, seluar slack hitam dan tudung berwarna biru langit. Dia melihat dirinya buat kali yang terakhir dan mengangguk.
Hazwin yang berada di atas katil mengawang-awangkan tangannya didukung dan dibawa keluar dari bilik.
"IBUUU." Qiswany meletakkan Hazwin di dalam baby court yang berada di ruang tamu.
"Apa dia? Boleh tak panggil ibu baik-baik?" Puan Halifah keluar dari bilik air dan berjalan ke arah Qiswany.
"Ni nak pergi mana?" Puan Halifah melihat Qiswany atas bawah.
TBC
![](https://img.wattpad.com/cover/126778425-288-k708118.jpg)
YOU ARE READING
Unexpected Love [°Complete✔°]
RomantiekPermintaan akhir Zamri membuatkan Qiswany bersatu dengan orang yang dia tidak sangka akan kahwin. Senyum tidak, apatah lagi ketawa. Suaminya berkahwin dengan Qiswany hanya untuk menunaikan permintaan Zamri dan kegembiraan ibu bapanya. Ini membuatkan...