Bab 14

3.4K 133 9
                                    

QISWANY menolak pintu kaca Cafe White tersebut. Terdengar bunyi loceng di pintu membuatkan semua pelanggan yang berada di dalam cafe tersebut melihat Qiswany sekilas.

Dia mencari kelibat suaminya di dalam cafe itu. Qiswany melihat Fikrie duduk berdekatan dengan cermin. Terus dia berjalan ke tempat Fikrie dan duduk di kerusi kosong di hadapannya.

"Ada apa awak nak jumpa? Macam tak boleh jumpa kat rumah." Fikrie masih dengan muka dinginnya sambil berpeluk tubuh. Dia tidak memandang langsung Qiswany di hadapannya. Rasanya, mak cik-mak cik yang berjalan kat luar tu lebih menarik untuk dilihat.

Seorang waiter datang ke meja mereka.

"Miss? You want to order something?"

"Oh yeah. I want one Coffee Latte and Red Velvet cheese cake, please."

"Your order will be serve in 5 minutes." Waiter itu pergi dari meja selepas memberikan senyuman untuk menyiapkan pesanan.

"So, apa yang penting sangat sampai nak jumpa?" Fikrie masih tidak melayannya.

"Awak nak terus palau saya ke? Function saya datang sini?" Qiswany bersandar di kerusi. Fikrie mengeluh. Satu sampul coklat diletakkan dengan kasar di atas meja.

"Sampai bila kau nak terus rahsiakan benda ni?" Fikrie berpeluk tubuh semula.

"Benda ni?" Sampul coklat yang berada di atas meja menarik perhatiannya. Macam pernah nampak je sampul tu. Sampul coklat itu dicapai dan dibuka. Setiap butir ayat mengejutkan Qiswany.

"Macam mana boleh ada pada awak?"

---THROWBACK---

QISWANY melihat Aiman dengan pandangan yang sukar dipercayai.

"Okok. Betul ke dari Zamri ni? Macam aku tak percaya je." Surat yang masih berada di atas meja diambil dan dibuka.

Assalamualaikum,
Hai Wany.
Mesti kau tertanya tanyakan? Kenapa aku nak kau kawin dengan adik kembar aku, Fikrie? Well, sebenarnta aku nak kau gembira. Seronok tau kalau nampak kau ketawa, tersenyum. Fikrie tu kalau kau kenal dia, dia ok walaupun dia dingin. Aku takut kau akan sedih bila aku pergi. Aku pun nak adik aku tu bahagia. Kami ni cuma ada 3 adik-beradik je. Adik aku yang bongsu dah pergi dulu. Aku takut kalau aku pergi dia akan keseorangan. Aku nak korang bahagia sesama korang. Jaga each other. Jangan terlalu layan perasaan kau bila aku pergi nanti. Aku minta maaf sangat-sangat aku tak sempat nak jumpa kau for the last time. Aku minta maaf Wany. Please jaga diri, jaga adik aku. Jaga kesihatan korang. Titipkan salam terakhir aku pada ahli keluarga kita. Remember, have each other is better than being alone. Jaga diri kau Wany.

Zamri.

"Kau ok tak Wany? Apa yang Zamri tulis?" Aiman bertanya apabila melihat Qiswany yang berada di hadapannya hampir menangis.

"Wei, thanks sangat-sangat bagi aku surat ni."

"Sama-sama." Aiman tersenyum.

"Tapi apa yang Zamri bagitahu kau lagi?" Aiman masih tidak berpuas hati. Reaksi Qiswany sangat menarik perhatian untuk disoal siasat.

"Dia bagitahu aku sebab kenapa dia nak aku kawin dengan Fikrie."

"Serious?? Woo. Kau ok tak ni?"

"Ok tu memang ok. Tapi, aku tak tahulah nak cakap macam mana. Susahlah nak lupakan Zamri tu. Dulu dia selalu ada untuk aku susah senang." Aiman memandang Qiswany yang pandangannya semakin redup.

"Yelah Wany. Memang susah. Zamri tu terlalu baik kat kita. Tapi Allah lebih sayangkan dia." Qiswany hanya mengangguk.

"Eh, lama-lama aku duduk sini, karang tak balik nanti. Dahlah kerja bertimbun kat office."

"Eleh tadi kata tak sibuk. Tampar kang." Aiman menyeringai dan keluar dari pejabat Qiswany selepas memberi salam.

Qiswany melihat semula surat yang berada di tangannya.

"Zamri, aku rindu kau."

---END THROWBACK---

"Aku jumpa kat dalam laci meja kerja kau."

"Awak buat apa kat dalam bilik pejabat saya?" Fikrie memandang Qiswany dengan pandangan yang dingin.

"Bukan urusan kau."

"Ia jadi urusan saya bila melibatkan benda kepunyaan saya."

"Aku tak..." Kata-kata Fikrie terhenti bila waiter menghantar pesanan Qiswany. Mereka berdua memerhati gerak geri waiter itu. Setelah waiter itu pergi, merrka berpandangan sesama sendiri semula.

"Aku tak peduli. Kita ni suami isteri. Semua masalah, semua benda kena cerita. Semalam juga kau ada cakap kat aku yang kau terima aku seadanya kan?"

"Itu memanglah. Sampai awak ceroboh privasi saya." Qiswany mahu berkata lagi, tapi melihat muka Fikrie yang semakin muram menhentikannya.

"Semalam aku jumpa buku catatan kau kat atas meja kerja aku."

"Buku catatan?"

"Buku catatan yang kau tulis kau masih sayangkan Zamri." Mata Qiswany membundar.

"Aku ni apa sebenarnya? Pengganti? Gitu? Ok. Kau yang mintak." Fikrie terus bengun dan meninggalkan cafe tersebut. Qiswany memandang hidangan yang berada di hadapannya dengan pandangan yang kosong.

PINTU rumah dibuka. Suasana rumah yang sunyi menandakan tiada sesiapa di rumah.

"Fikrie tak balik lagi ke?" Qiswany duduk di sofa sambil kepalanya disandarkan.

"Apa aku nak buat sekarang?" Siling putih dipandang kosong. Jam di dinding sudah pukul 6.30 petang. Lama juga dia berjalan keliling bandar tadi. Bukannya buat apa. Hanya jalan-jalan memikirkan masalah yang sedang dihadapi. Wuish lama gila kau berjalan Wany.😂

Pintu rumah yang tertutup dipandang. Kelibat Fikrie masih belum muncul lagi. Telefon di sebelah dicapai dan nombor Fikrie didail.

Tapi hanya peti suara yang menjawabnya. Dah banyak kali Qiswany mendail nombor yang sama. Tapi masih peti suara yang menjawab.

Nombor Amirah didail.

"Hello?"

"Hello Ara. Macam mana ni? Fikrie tak balik lagi."

"Dia pergi mana?"

"Aku tak tahu. Apa aku nak buat ni?"

"Kau buat apa sampai dia tak balik? Kau ada buat benda yang salah ke?"

"Dia terjumpa surat Zamri and terbaca buku aku yang aku ada tulis aku masih sayangkan Zamri." Suara Qiswany semakin serak.

"What?! Que, asal kau buat macam tu? Sedar wei. Kau tu dah ada laki. Bila kau nak move on kawan? Sampai bila? Sampai kau dah ada anak nanti? Sampai tua? Manalah si Fikrie tu tak marah."

"I will try babe. Thanks"

"Ha yelah. Jangan lupa pujuk balik Fikrie tu. Byee."

"Bye." Panggilan ditamatkan. Qiswany bangun dari duduknya dan naik ke tingkat atas untuk mandi dan solat Maghrib.

JAM di dinding dilihat. Sudah dekat pukul 12 malam. Kemana Fikrie pergi? Merajuk takkan lama macam ni? Qiswany menutup komputer ribanya dan diletakkan di sebelahnya. Kepalanya disandarkan di kepala katil.

"Fikrie, bila awak nak balik?" Log panggilan ditenung lama. Sudah berpuluh panggilan tidak dijawab oleh Fikrie.

FIKRIE berjalan di sekitar bandar sambil fikirannya kusut memikirkan situasi yang dialaminya sekarang. Langkahnya membawanya ke taman berdekatan dengan rumah lama yang pernah diduduki oleh mereka waktu kecil dahulu.

Fikrie duduk di buaian sambil matanya memandang rumah taman yang berada di hadapannya.

"Bang, kenapa kau pergi cepat sangat? Aku keseorangan." Air matanya sudah bertakung.

TBC
Lambat ke? Tak kan?😂 Sorrylah aku buzy dengan sukan masa tak update tu😂
Oklah. Enjoy the chapter tho🙋

Unexpected Love [°Complete✔°]Where stories live. Discover now