FIKRIE duduk di meja pejabatnya sambil menaip di laptopnya. Hampir sahaja kerjanya mahu siap PAnya, Irfan masuk ke dalam dengan muka yang cemas.
Fikrie melihat muka Irfan dengan serius. Irfan hanya menunduk tapi masih berdiri sambil menahan pintu kaca pejabat Fikrie.
"Rie, aku rasa kau kena keluar turun ke lobi sekejap." Terus dia keluar meninggalkan Fikrie yang tercengang di kerusinya.
"Ada apa pula ni. Kacau betullah." Fikrie mengusutkan rambutnya dan membetulkannya semula.😂
Dia bangun dan berjalan keluar dari pejabat sebelum Irfan masuk buat kali kedua.
"Ada apa ni?" Fikrie memandang Irfan yang berdiri di sebelahnya. Mereka berdua hanya berdiri jauh dari dari tengah lobi.
"Perempuan gila mana tu?" Fikrie melihat seorang perempuan berbaju cream paras lutut dengan rambut yang kusut. Perempuan itu tengah meroyan di tengah-tengah lobi.
"Entahlah. Tapi yang pasti security guard suruh aku panggil kau. Dia kata perempuan tu asyik sebut nama kau." Irfan menyilangkan tangan didada sambil matanya tidak lepas dari perempuan itu.
Fikrie menjongketkan keningnya dan melihat semula perempuan itu.
"Dah kenapa cari aku? Aku tak kenal pun dia." Tak lama lepas Fikrie cakap perempuan tu memandang ke arah Fikrie. Amboi? Asal seram sangat?😂
"Fikrie!!!!!" Perempuan itu bangun dari duduknya dan berlari ke arah Fikrie dengan senyuman sambil mendepakan tangannya mahu memeluk Fikrie.
Di sebabkan rambut yang dah tak serupa rambut menutupi muka, terus tak nampak siapa perempuan itu.
Belum sempat pakcik ni mengelak, dia dah kena peluk dengan Hantu Kak Limah no.2😂 Pekerja yang berada di lobi melihat Fikrie dengan senyuman. Ada yang berbisik dan ada yang dah ketawa sambil terduduk di lantai. Manusia mana tu.
Fikrie tak hiraukan pandangan orang sekeliling dan menumpukan perhatian pada siapa yang menyembamkan muka di dadanya.
Haih geleman rasa.
"Woi, siapa ni? Asal peluk aku tetiba. Mana kau tahu aku ni siapa? Macam mana kau masuk sini ha?" Perempuan itu mendiamkan diri. Tak lama lepas itu dia mendongak memandang Fikrie.
Fikrie terkejut. Dia terus menolak perempuan itu dan membuka kotnya. Dia meletakkan kotnya di kepala perempuan itu dan membawanya keluar dari premis tersebut.
"KAU gila ke apa?!" Kot yang menutupi kepala perempuan itu di tarik. Perempuan itu ditolak jauh darinya.
Kereta yang berada di sebelahnya dibuka. Kot yang dipegang dicampakkan ke dalam. Lengan kemeja berwarna biru tua yang tersarung di badannya dilipat sehingga paras siku.
"Yes! Aku gilakan kau!" Fikrie bercekak pinggang memandang perempuan yang berada di depannya.
"Stop this nonsense boleh tak?! Aku penatlah dengan kau! Kitakan dah tak ada apa-apa!" Fikrie melonggarkan tali lehernya. Rasa macam nak tercekik cakap dengan minah ni.
"No! I tak nak lupakan you." Perempuan itu berjalan ke arah Fikrie.
"Stop, Alisya. Apa motif kau sebenarnya?" Alisya berhenti dari berjalan. Fikrie bersandar di keretanya sambil memicit pelipisnya.
"Nak tarik perhatian you?" Alisya memandang tingkap kereta Fikrie dan membetulkan rambutnya yang kusut.
"Dengan jadi gila kat pejabat aku?" Fikrie ketawa sinis.
"Kau buatlah apa pun. Aku tetap takkan balik kat kau lagi. Aku dah puas kena tipu perempuan macam kau!" Fikrie mengunci keretanya dan berjalan ke bangunan pejabatnya semula.
"Fikrie!" Panggilan dari Alisya langsung tak dihiraukan.
"Fikrie! You akan sedar siapa diri I yang sebenarnya kalau you tak terima I balik!" Langkah Fikrie terhenti. Dia berpaling dan ketawa sinis sambil menepuk tangannya.
Alisya hanya melihat Fikrie pelik. Fikrie berjalan ke arahnya dengan pandangan yang tajam.
"What? Biar aku teka. Kau ni sebenarnya tak betul ke?" Fikrie menghulurkan tangannya pada Alisya. Alisya hanya melihat huluran tangan Fikrie dengan tanda tanya.
"For?"
"Nak ucap tahniah sebab jadi sedemikian rupa." Huluran tangan Fikrie ditampar.
"I tak main-main. You'll see." Alisya berpaling dan berjalan pergi.
"Apa agaknya yang aku nampak nanti." Fikrie berpeluk tubuh sambil matanya tidak lepas memandang anak mata Alisya.
"Why? Kenapa you benci sangat dekat I? Benda yang I buat tu takkan buatkan you benci I sampai macam ni sekali?" Alisya meraih lengan Fikrie. Fikrie hanya melihat Alisya dengan pandangan yang tajam.
"Aku dah kata, kau kena hati-hati dengan dia. Aku takut Alisya tu buat kau jatuh nanti sampai kau rasa tak boleh bangun lagi." Kata-kata Zamri tiba-tiba bermain di kepalanya.
And, baru sekarang dia sedar apa yang dikatakan abangnya dulu. Menyesal dia percayakan perempuan ni bulat-bulat. Sampaikan dia kena tipu macam ni pun dia masih tak sedar dulu.
Alisya yang sedang meraih lengannya dengan air mata dilihat. Dia rasa macam nak tolak perempuan ni dalam gaung. Tapi sebab undang-undang dia tak boleh buat.
Kalau kena tangkap, habislah dia. Habislah syarikat dia. Saham dia. Keluarga dia. Habislah isteri dan anaknya tak mahu kenal dia lagi.
Lagilah menyedihkan bila dia kena pandang hina dengan orang-orang keliling yang berkawan dan kenal dia. Hidup dia akan jadi macam banduan yang layak duduk kat tepi longkang.
Tak guna menyesal masa tu. Jadi kita kena menyesal dari sekarang.
Fikrie, nampaknya pemikiran kau terlalu jauh kehadapan.😂😂
Lama Fikrie mengelamun, baru dia sedar dia di mana. Dia menggeleng dan menarik kasar lengannya yang dipeluk.
Kenapalah dia lipat lengan bajunya? Habis basah lengan dia. Euwwwwwwwww😂😂
"Fikrie, please maafkan I? Kita balik macam dulu?"
"No. Pergilah. Sudah-sudahlah kejar aku. Aku ni masih ada isteri." Alisya menggeleng laju. Fikrie mula menjauhkan diri bila ada beberapa orang yang memandang mereka.
"Dulu you tak ada pun kisahkan isteri you. You ada I je."
"Dan aku sedar. Kau bukan siapa-siapa kat aku." Telefon Fikrie tiba-tiba berbunyi.
Nama pemanggil dilihat. Bila dilihat Irfan yang telefon, dia terus angkat.
"Rie!"
"Apa dia? Kenapa call? Jumpa kat dalam bolehkan?" Fikrie menjeling Alisya yang mendiamkan diri di hadapannya.
"Aku call sebab kau lambat sangatlah. Cepatlah. Kita ada meeting lagi 10 minit. Mana kau? Apa yang kau buat dengan perempuan gila tadi?" Suara Irfan di hujung talian semakin kuat.
Fikrie menggeleng. Dah faham dengan perangai PAnya yang busy body.😂 membawang je pakcik tu.😂
"Haaa yelah. Nanti aku masuk kejap lagi."
"Wei, kau kat luar ke?!"
"Jap lagi aku masuk."
"Aku..." Panggilan terus dimatikan sebelum Irfan sempat kata apa-apa. Telefon di masukkan ke dalam poket. Alisya yang dari tadi di hadapannya di pandang.
"Kita dah selesai. Jangan jumpa aku lagi. Aku tak nak tengok muka kau depan aku lagi." Fikrie terus berpaling dan meninggalkan Alisya sebelum dia membalas kata-kata Fikrie.
TBC
🌚🌚🌚

YOU ARE READING
Unexpected Love [°Complete✔°]
RomancePermintaan akhir Zamri membuatkan Qiswany bersatu dengan orang yang dia tidak sangka akan kahwin. Senyum tidak, apatah lagi ketawa. Suaminya berkahwin dengan Qiswany hanya untuk menunaikan permintaan Zamri dan kegembiraan ibu bapanya. Ini membuatkan...