"Fikrie tak apa-apa. Keadaan dia dah kembali stabil. Kalau nak masuk, masuk sorang-sorang ok? Kita tak nak suasana bising." Izzudin berjalan melepasi mereka. Sebelum dia pergi, dia mencucuk pipi Qistina dan ketawa. Qistina mencebik.
Qiswany bangun dan memandang keluarganya.
"Wany masuklah dulu.. Abah dengan umi masuk nanti je." Encik Samad tersenyum sambil memandang pintu wad. Qiswany mengangguk.
Pintu wad dibuka. Dia melihat Fikrie yang berada di atas katil tidak menyedarkan diri. Mukanya nampak tenang sahaja. Qiswany berdiri di sebelah katil Fikrie. Tangan Fikrie diraih.
"Abang, tadi abang kenapa? Kenapa buat kami semua risau? Buat Wany risau? Hazwin kat luar tu tak berhenti nangis tahu tak? Mesti dia sedih papa dia sakit.
Abang bila nak bangun? Wany rindu abang. Hazwin rindu abang. Semua rindu abang. Wany doakan abang cepat sembuh tau? Abangkan kuat?" Tangan Fikrie diusap lembut. Rindunyalah dengan pegangan tangan suaminya.
Suasana sunyi seketika. Qiswany cuma merenung Fikrie dengan mata yang redup. Kalau Fikrie nampak dirinya sekarang, mesti Fikrie suruh dirinya menjaga penampilan.
"Wany keluar dulu. Lepas ni nanti umi dengan abah pulak masuk. Assalamualaikum.."
"HAPPY BIRTHDAY, to you..." Semua memberikan tepukan yang gemuruh bila lilin sudah ditiup. Raudhah yang berada di hadapan kek teruja melihat kek tersebut.
"Papa... Nanti masa birthday Raudhah, Raudhah nak kek besar boleh tak?" Raudhah memandang papanya dengan harapan yang tinggi.
"Ya, sayang. Boleh. Nanti papa belikan." Izzudin ketawa. Qistina yang berada di sebelah suaminya mencubit lembut pipi Raudhah.
"Yeay! Dengar tak Hazwin? Nanti kita dapat makan kek besar!" Tangannya didepakan. Hazwin yang berada dalam dukungan Qiswany menepuk tangannya.
Apabila semua sedang menjamu selera, Hazwin diletakkam di hadapan tv. Kawasan dihadapan tv dibiarkan kosong supaya dia dapat bermain di situ dengan selesa.
"Happy birthday, Hazwin. Dah besar dah anak ibu." Qiswany duduk di sebelah Hazwin sambil mengusap rambut anaknya.
"Hazwin..." Hazwin yang sedang bermain dengan mainannya memandang Qiswany. Qiswany terkekeh bila Hazwin memandangnya dengan mata yang bulat.
"Comelnya.. Jangan pandang ibu macam tu." Hazwin mula merangkak ke pangkuan Qiswany. Dia duduk di situ dan bermain semula dengan mainannya.
"Harini Hazwin boleh jumpa papa. Suka tak?" Qiswany berbisik. Riuh mulut Hazwin bila Qiswany menyebut papa. Macam tahu-tahu je.
"Eh, sukanya?" Kaki anaknya dicuit. Hazwin ketawa diikuti oleh Qiswany.
"ASSALAMUALAIKUM."
Pinti bilik wad dibuka. Hazwin yang berada dalam dukungan Qiswany memandang sekeliling wad dengan mulut yang riuh. Qiswany mendekati katil Fikrie.
"Assalamualaikum, abang. Harini hari istimewa sebab harini birthdaty Hazwin." Qiswany tersenyum melihat anaknya.
"Wany bawak Hazwin jumpa abang. Abang suka tak? Mesti abang rindukan dengan dia?" Hazwin didekatkan ke muka Fikrie.
Hazwin menyentuh pipi Fikrie dengan dengan kedua tangannya yang kecil. Matanya membulat. Mulutnya yang sebentar tadi riuh senyap.
Qiswany menjauhkan Hazwin dari Fikrie apabila dia cuba menarik alat bantuan pernafasan yang berada di mulut Fikrie. Kalau ditarik, mahunya tak jumpa lagi.
"Happy birthday, anak papa." Fikrie tidak mampu berbuat apa-apa. Dia cuma boleh mendengar semua cerita yang diceritakan oleh Qiswany dan keluarganya.
"Tadikan, Hazwin ni gembira betul sebab dapat banyak hadiah." Hazwin tersenyum. Qiswany sudah tidak tahy mahu bercerita apa lagi. Suasana sepi seketika. Cuma Hazwin yang riuh.
"Abang, Wany balik dulu? Abang rehatlah. Nanti Wany datang lagi jaga abang. Assalamualaikum..." Qiswany berjalan keluar.
"Rie rindu umi, abah, ibu, ayah, semua orang."
"Papa rindu Hazwin."
"Abang rindu Wany, sayang. Tunggulah sampai abang bangun." Fikrie terdengar pintu wad yang tertutup dan suara Hazwin yang menangis.
Dalam tidak sedar, air matanya jatuh kerana terlalu rindukan orang yang tersayang.
"ALONG!"
Qaisarah menarik begnya mendekati keluarganya yang sudah menunggu kepulangannya. Dia melambai-lambai sambil berlari anak.
"Ibu.." Qaisarah terus memeluk ibunya. 6 tahun tidak berjumpa. Rindunya sudah tidak terkata lagi.
Setelah itu dia menyalam tangan Encik Ibrahim.
"Ayah, rindu along tak?" Qaisarah menjongketkan keningnya.
"Kamu tu? Rindu ayah tak?" Qaisarah tersengih. Dia memandang Qiswany dan troli bayi yang ditolak.
"Along.." Adik bongsunya dipeluk.
"Mana kakak kau?" Qaisarah mencari Qistina.
"Ada kat rumah. Jaga Raudhah." Qaisarah mengangguk. Dia tersenyum bila melihat anak buahnya yang berada dalam troli bayi.
"Hai Hazwin. Rindu maklong tak?" Hazwin memandang Qaisarah dan dia mahu menangis.
"Along, along lupa ke? Masa along tak ada Hazwin lahir? Macam mana dia nak tahu along." Qiswany memandang kakaknya dengan sengihan.
"Haahlah. Teruja sangat bila dapat tahu ada anak buah baru." Mereka semua berjalan keluar dari airport dan pulang ke rumah.
QAISARAH duduk di hadapan tv sambil makan popcorn. Dia mengalihkan siaran kerana tidak ada cerita yang menarik perhatiannya.
Akhirnya, tv cuma dibiarkan terbuka dan Qaisarah memandang tangga ke tingkat atas.
"Adik!" Qaisarah memanggil adiknya. Qiswany turun dan duduk di sebelah kakaknya.
"Ada apa? Nak baca novel pun tak boleh."
"Alah, along bosan. Tak ada cerita best. Ni along nak tanya, Fikrie tak sedar lagi?"
"Mana along tahu Fikrie koma?" Berkerut dahinya.
"Kau ingat kita ni duduk kat zaman kegelapan ke? Tak tahu perkembangan keluarga? Ayah selalu call along."
"Lahhh.. Kenapa ayah tak pernah cakap?"
"Manalah along tahu. Wei, jawablah pertanyaan tadi."
"Oh, dia belum sedar." Mata Qiswany redup. Rindunya dengan Fikrie sudah tidak terkata.
"Kau ok tak? Aritu along dengar kau excident."
"Haah dengan Fikrie. Adalah dalam seminggu jugak tak sedar."
"Alhamdulillah, nasib kau ok. Dah berapa lama Fikrie tak sedar?" Popcorn disuapkan ke dalam mulut.
"Adalah jugak dalam sebulan seminggu gitu." Qaisarah terbatuk.
"Lamanya.."
"Ujian Allah, along. Kita kena laluinya dengan tabah." Qaisarah mengangguk.
"Along harap kau bersabar. Ujian Allah mesti ada hikmahnya." Bahu adiknya ditepuk.
"Along tak boleh nak nasihat banyak-banyak sebab along pun tak kahwin lagi." Qaisarah ketawa. Qiswany memukul bahu kakaknya.
"Haaa, kawin cepat. Nanti dah jadi anak dara terlajak tak ada sesiapa nak. Last-last atuk sebelah rumah yang alone tu jadi laki."
"Hoi! Mohon dijauhkan!" Qaisarah bangun dan berjalan ke dapur. Qiswany mengambil alat kawalan jauh dan menukar ke siaran movie.
"Wah, Mission Imposible!" Qiswany memandang ke arah dapur. Ini dia kata tak ada cerita best? Qiswany mencebik.
Fikirannya menerawang memikirkan Fikrie yang berada di hospital. Riak mukanya berubah.
TBC
tahulah .. Memang aritu kata lepas trial. Tapi tak salah kan? Sebab kita ada masa.👉👈😳
![](https://img.wattpad.com/cover/126778425-288-k708118.jpg)
YOU ARE READING
Unexpected Love [°Complete✔°]
RomansaPermintaan akhir Zamri membuatkan Qiswany bersatu dengan orang yang dia tidak sangka akan kahwin. Senyum tidak, apatah lagi ketawa. Suaminya berkahwin dengan Qiswany hanya untuk menunaikan permintaan Zamri dan kegembiraan ibu bapanya. Ini membuatkan...