Puan Aisyah dan Encik Samad tekejut dan bergegas ke arah mereka berdua.
"Wany, kenapa ni?" Qiswany memandang mentuanya cemas.
"Fikrie sakit kepala." Puan Aisyah bergegas ke dapur. Dia kembali dengan ubat dan air di cawan.
"Rie, makan ubat ni dulu. Lepastu rehat. In Sha Allah. Kurang sakit kepala tu." Qiswany mencapai ubat dan air dari Puan Aisyah dan memberikannya kepada Fikrie.
Fikrie memakan ubat itu dan bersandar di sofa. Genggaman pada lengan Qiswany tidak lepas.
"Pergi masuk bilik. Rehatkan diri kamu." Encik Samad berkata dan mendukung Hazwin dari sofa.
"Biar abah jaga Hazwin." Encik Samad membawa Hazwin ke dalam biliknya.
Perlahan-lahan Qiswany memapah Fikrie naik ke bilik. Tak ada chancelah si Fikrie tu nak kemana-mana harini. Duduk jelah kat rumah rehat.
Qiswany membaringkan Fikrie di katil. Penghawa dingin dihidupkan supaya Fikrie berasa sedikit selesa.
"Abang." Fikrie memegang kepalanya.
"Slowkan sikit suara kau. Kepala aku sakit." Dahinya berkerut menahan sakit.
"Sorry." Qiswany mendekati Fikrie supaya dia tidak perlu mengeluarkan suara yang kuat.
"Kalau abang nak apa-apa, panggil Wany. Nanti Wany naik atas." Saat Qiswany mahu pergi, lengannya dicapai oleh Fikrie pantas. Lantas dirinya ditarik berbaring bersama Fikrie di atas katil.
"Duduk sini. Nanti tak payahlah aku panggil-panggil lagi." Muka Qiswany disembamkan dilehernya.
Katanya Fikrie masih tidak boleh menerima dirinya. Tapi.. Kenapa sekarang.. Jangan cakap yang..
"Abang dah ingat ke?" Qiswany mendongak memandang Fikrie yang sedang menutup mata.
"Sikit." Bisik Fikrie. Senyuman terukir di bibir Qiswany.
"Tapi, bila aku cuba ingat balik benda lain, kepala aku tak dapat nak proses. Shh, baik diam. Kepala aku sakit." Fikrie menyelesakan dirinya dan menutup matanya.
"Cih, ada je alasan nak mengelak. Nasib kepala tengah sakit." Qiswany bergumam perlahan dengan mulut yang dicebikkan.
"Shut. Aku dengar." Qiswany menggemam bibir. Memang dia sengaja nak bagi Fikrie dengar punnn..
"Apa yang abang ingat?" Fikrie membuka matanya memikirkan sesuatu.
"Ada imbasan memori masa aku dengan kau kejar-kejar bawak aiskrim." Qiswany mengingati balik semasa dia baru je berkahwin dengan Fikrie. Masa tu mereka baru je pindah ke rumah baru.
"Lagi..."
"Diam. Kalau tak aku tolak kau jatuh katil." Qiswany terdiam. Nanti kalau jatuh katil. Mahu patah pinggang dia.
"WEI, bangun." Qiswany membuka matanya bila Fikrie memanggil. Dia tersedar yang dirinya baring beralaskan lengan Fikrie. Qiswany cepat-cepat duduk dan menggosok matanya.
"Abang. Kenapa?" Qiswany menggaru kepalanya. Telefon di atas meja dicapai untuk melihat sudah pukul berapa.
"Pukul 2.30?" Mata Qiswany terus segar. Fikrie yang masih berbaring menyilangkan tangannya sambil memandang Qiswany.
"Yelah. Kalau aku tak kejut, rasanya sampai malam kau boleh tidur." Qiswany tersengih. Fikrie terpegun melihat Qiswany yang tersengih. Bila rasa dirinya leka, dia cepat-cepat mengalihkan pandangan.
"Bangunlah. Solat Zuhor. Jangan malas nak buat ibadah."
'Ya Allah, laki aku memang macam ni ke? Banyak kali dah dia sentapkan aku harini.' Kata hati Qiswany.
Setelah selesai mengerjakan solat Zuhor, Fikrie berjalan sekeliling bilik tidur mereka. Dia terlihat beberapa album gambar yang tersusun di rak yang berada di bawah tv.
Fikrie duduk di hadapan rak tersebut dan mencapai album yang tertulis, 'Abang KembarKu.'
Dia ingat album ni. Dalam album ni semua gamba dia dan Zamri. Dia melihat satu persatu gamba yang terdapat dalam album tersebut.
"Haih bang. Kenapalah aku tak ingat pun kau dah tak ada. Kalau tak, tak adalah aku sedih bila kau pergi. Aku nak tahu sangat macam mana aku boleh tabah dengan pemergian kau." Gambar terakhir dilihat dan album tersebut diletakkan ke tepi.
Dia mencapai album yang nampak agak lama di situ. 'Adik Kesayanganku, Fatin Zahirah.' Gambar satu-satunya adik yang sudah lama pergi dilihat. Rindunya pada adiknya tak terkata.
Gambar dalam album tersebut tidak banyak gambar Fatin kerana Fatin pergi meninggalkan mereka menghadap Ilahi sewaktu umurnya masih muda. Dia tabah dengan Qada' dan Qadar Allah.
Album itu diletakkan bersama-sama dengan album abangnya. Album yang tertulis. 'Love' dicapai.
Dia membuka dan melihat gambar perkahwinan dirinya dan Qiswany. Dia langsung tak ingat waktu ni. Serious betul mukanya waktu itu. Gambar yang lain dilihat. Banyak gambarnya dan Qiswany dalam album tu.
Semakin dia lihat gambar-gambar itu, semakin sakit kepalanya bila cuba mengingati peristiwa yang berlaku.
Jadi dia mengalah dan menyusun semula album-album yang sudah dilihat ke tempat asalnya.
"ABANG, nak makan tak?" Fikrie membuka matanya bila dirinya dipanggil. Sofa yang tadi rasa tak selesa dah rasa selesa. Sampai nak bangun pun tak boleh. Dengan sejuknya hujan lagi. ~_~
Qiswany menutup tv yang terpasang. Haih suka sangat membazir elektrik.
"Hmm... Tak nak." Hazwin berdiri di sebelah Fikrie. Haih dah besar dah si Hazwin ni. Nak dekat 2 tahun dah.
"Makanlah. Kalau tak makan.." Fikrie bangun secara tiba-tiba dan menarik Qiswany mendekatinya.
Nasib dia tak jatuh di atas Fikrie. Kalau jatuh, kan malu ada Hazwin. Apalah..
"Kalau tak makan nak buat apa?" Fikrie mendekati mukanya ke arah Qiswany. Makin lama makin dekat. Dekat, dekat...
Qiswany terus menolak Fikrie menjauh. Tersandar terus Fikrie di sofa. Qiswany berundur beberapa tapak sambil melihat Fikrie takut.
"Jangan macam-macam ea? Nak kena?"
"Heh, sinilah kalau berani." Qiswany memandang Fikrie menyampah dan berjalan ke dapur semula.
Hazwin yang masih berdiri sambil memukul-mukul sofa dilihat. Fikrie mendukung Hazwin dan meletakkannya di riba.
Pipi Hazwin dicubit.
"Hazwin." Hazwin mendongak memandang ke atas. Fikrie ketawa bila Hazwin tak lepas memandangnya.
"Papa rindu Hazwin." Lantas Hazwin dipeluk. Hazwin bergerak-gerak kerana rasa dirinya dipeluk terlalu erat.
"Jangan bagitahu ibu papa dah baik." Jari telunjuk Fikrie diletakkan dibibirnya.
"Papa nak buli ibu lagi." Fikrie berbisik takut nanti kalau-kalau isterinya dengar. Kan dah tak jadi plannya.
"Ok, Hazwin ke sana. Papa nak mula berlakon." Hazwin diletakkan di sebelahnya dan Fikrie meletakkan kepalanya di atas sofa.
1...2...3...
"Aduh!" Kepalanya dipegang seperti gaya orang sedang tahan sakit.
"Arghhh!" Qiswany bergegas ke tempat Fikrie bila terdengar jeritannya. Dalam diam, Fikrie menyembunyikan senyumnya.
Ceh, drama king. Hazwin melihat papanya. Suka sangat buli ibu dia. Tak habis-habis.
"Abang!" Nak tambah lakonan, Fikrie menjatuhkan dirinya di lantai sambil memegang kepalanya yang konon kesakitan.
Qiswany duduk di sebelah Fikrie. Bila je Fikrie rasa Qiswany di sebelahnya, dia berhenti bergerak dan pura-pura pengsan.
Ini orangkan....
TBC
![](https://img.wattpad.com/cover/126778425-288-k708118.jpg)
YOU ARE READING
Unexpected Love [°Complete✔°]
RomantizmPermintaan akhir Zamri membuatkan Qiswany bersatu dengan orang yang dia tidak sangka akan kahwin. Senyum tidak, apatah lagi ketawa. Suaminya berkahwin dengan Qiswany hanya untuk menunaikan permintaan Zamri dan kegembiraan ibu bapanya. Ini membuatkan...