IRFAN masuk ke pejabat Fikrie dengan tangan yang di masukkan ke dalam poket. Dia melihat Fikrie yang sedang berbaring di sofa sambil lengannya menutupi matanya.
"Rie, kau ok tak?" Pertanyaan Fikrie tak di jawab. Irfan melepaskan keluhan panjang dan duduk di sofa berhadapan dengan Fikrie.
"Rie, kau ni asal? Masa meeting tadi semua rasa seram sejuk bila tengok muka serious kau." Fikrie menghembus nafas panjang dan duduk dari perbaringan.
"Kau tahu tak macam mana nak pujuk perempuan?" Fikrie melihat Irfan dengan penuh harapan.
"Perempuan? Siapa yang kau nak pujuk?" Irfan menyandarkan dirinya dengan dahi yang berkerut.
"My wife."
"Kau ada bini?! Kenapa aku tak pernah tahu!?" Irfan terus memandang Fikrie dengan muka terkejut.
"Eh? Bukan kau selalu membawang dengan staff lain ke? Entah-entah aku dah ada anak pun kau tak tahukan?"
"Weh, ni lagi dahsyat! Dah ada anak? Kenapa aku tak pernah tahuuuuu!!!" Irfan memegang kedua belah kepalanya.
"Diaorang tak pernah bagitahu aku pun kau ada bini."
"Sudah. Aku tanya macam mana nak pujuk perempuan. Bukan nak bercerita pasal hidup aku." Irfan menggaru-garu dagunya.
"Hmm, tengok juga isteri kau macam mana. Kenapa? Isteri kau merajuk ke?"
"Tak yah sibuk."
"Alooo, ceritalah."
"Malas, keluar. Sambung kerja kau." Fikrie memandang Irfan tajam.
"Yelah-yelah. Eh, tunggu. Perempuan kat lobi yang kau bawak keluar tu siapa?" Irfan yang sudah berdiri duduk lagi. Haih dia ni. Bilalah nak berhenti.
"Dia Alisya." Irfan membeliakkan matanya.😂
"Alisya? Awek kau yang cun tu? Seriouslah apa jadi?"
"Entah." Fikrie yang sudah malas mahu layan Irfan memfokuskan diri di telefonnya.
"Kau ni susah betul nak story." Irfan yang acah-acah nak merajuk bangun dari duduk.😂 tak payahlah nak merajuk segala. Hang tu bukan perempuan.
"Oh ya, lusa kau kena outstation."
"Ke?"
"Johor."
"Ok." Sambil dia melihat Irfan keluar, dia terfikir. Projek dia di sana bukan ke kerjasama ZF SDN. BHD. dengan Wany Holdings? Dah lama rasanya dia tak ke Johor menjenguk Qiswany.
Mungkin ke yang Qiswany ada nanti? Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Fikrie. Tak sabar rasanya tunggu hari itu.
QISWANY duduk di birai katil sambil memikirkan apa yang nak di pakai bila sampai di tempat projek.
"Kakak!" Qistina yang baru je melepasi bilik Qiswany melangkah ke belakang semula.
"Yow. Ada apa?"
"Cuba bagi cadangan baju apa nak pakai nanti?"
"What baju?"
"Kan nanti esok adik nak ke tempat projek. Alah kakak ni. Jangan slow sangat please." Qistina tersenyum dan mula melihat tiga pasang baju yang berada di katil Qiswany.
"Akak rasa ni sesuai." Qistina menunjukkan baju blouse yang terdapat reben di bahagian pinggang yang bewarna ungu.
"Okey, mashihhh." Qistina di tarik dan ditolak keluar dari biliknya.
"Ceh, terima kasih pun tak. Culik Hazwin nanti baru tahu." Qistina melihat adiknya dengan bibir yang disengetkan sedikit. Alahh. Gaya-gaya mak cik garang tuu.

YOU ARE READING
Unexpected Love [°Complete✔°]
RomansaPermintaan akhir Zamri membuatkan Qiswany bersatu dengan orang yang dia tidak sangka akan kahwin. Senyum tidak, apatah lagi ketawa. Suaminya berkahwin dengan Qiswany hanya untuk menunaikan permintaan Zamri dan kegembiraan ibu bapanya. Ini membuatkan...