Bab 44

4.6K 138 1
                                    

Perlahan-lahan kain yang menutupi frame dibuka. Lepas je nampak gambar kain putih dekat frame, Fikrie ragu-ragu nak tarik terus kain tu.

"Haih, aku dahlah baru je lepas tengok wayang cerita hantu minggu lepas. Macam ni ke balasan lepas aku dah bayar harga tiket nak tengok? Ish.." Lepas baca bismillah, kain ditarik kuat sambil matanya tertutup rapat lepas rasa ada habuk masuk kedalam matanya.

Kain dilepaskan, matanya digosok untuk hilangkan rasa sakit. Dasar, orang kalau tak ada kerja memang macam ni ke? Suka ceroboh privacy?

Lepas je hilang rasa sakit, matanya dikedipkan beberapa kali untuk pandangan yang jelas.

Lepas je dia nampak gambar di hadapannya, Fikrie berundur sedikit demi sedikit. Matanya membulat kerana terkejut dengan apa yang dia nampak.

"Wait.." Meja kecil bawah tangga dia pandang. Takkanlah... Langkahnya laju ke arah meja kecil itu.

"Kalau betul tekaan aku.." Laci dibuka. Dalam laci itu ada sampul coklat yang besar. Dengan tangan yang menggigil, Fikrie ambil sampul itu dan terus dibukanya.

"Ya, tekaan aku memang betul. Siapa sangkakan, aku tinggalkan amanah yang aku dapat untuk semua benda ni?" Matanya redup memandang gambar besar di belakangnya.

Gambar itu gambar Alisya yang memakai gaun pengantin dengan seorang lelaki berdiri dibelakangnya. Pakaian mereka secocok di gambar itu.

Di sebelah bawah kiri gamba itu tertulis nama Alisya dan lelaki itu.  Dokumen-dokumen perkahwinan Alisya digenggam erat.

"Bila semua benda ni jadi? Kenapa aku tak sedar.." Fikrie terduduk. Mukanya disembamkan ditangannya. Tarikh di dokumen itu seminggu lepas dia dan Qiswany menikah. Dah terlalu lama..

Jadi selama ni dia duduk dengan isteri orang? Lelaki yang dia nampak semalam memang lelaki yang berada dalam gambar.

Kenapa Alisya tak beritahu dirinya. Rasa macam dirinya diperbodohkan! Apa rancangan yang dirancang Alisya ni..

"Ya Allah, isteri aku..." Air mata laju menuruni pipinya.\(TπT\)

"Aku yang buat dia keluar rumah masa dia tengah mengandung. Aku tak mengaku anak dalam kandungan dia itu anak aku. Aku tinggalkan dia sebab dah taksub sangat kejar cinta lama. Aku abaikan dia.." Air mata dilap.

Fikrie berdiri dengan kaki yang menggigil. Air matanya langsung tak boleh berhenti. Kain yang berada di atas lantai digunakan untuk menutupi gambar yang besar itu. Laci ditutup.

Dokumen yang dia lihat tadi dia bawa keluar. Sebelun keluar, kotak yang berada di sebelah frame tadi dilihat.

Huh, dia tak buka pun, rasanya dia tahu apa yang ada dalam kotak tu. Mesti barang-barang kahwin? Atau benda-benda yang berkaitan dengan pasangan bahagia tu.

Fikrie melangkah keluar dari bilik bawah tangga itu. Hatinya sakit bila dirinya ditipu hidup-hidup!

FIKRIE duduk di sofa dalam keadaan rumah yang gelap. Dia cuma mahu tunggu kepulangan Alisya. Dia nak penerangan. Ataupun tak payah. Sebab bukti memang dah ada depan mata.

Sampul coklat yang berada di atas meja dia ambil siang tadi ditenung. Fikrie bersandar dan menyilangkan tangannya.

"Fikrie." Fikrie tersentak. Alisya memeluknya dari belakang. Dia tak perasan langsung yang Alisya dah balik. Fikrie menolak lengan Alisya yang memeluknya dan menjauhkan diri.

"Fikrie, you ada masalah ke? You boleh je cerita kat I." Alisya tersenyum. Fikrie bangun dan berdiri di hadapan tv.

"You have any explaination, Alisya?" Dahi Alisya berkerut.

"What explaination?" Fikrie melirik sampul di atas meja dan melihat wanita di hadapannya semula.

"Apa ni?" Alisya berjalan megelilingi sofa dan duduk. Sampul diambil dan dibuka.

"You selongkar barang I?" Alisya melihat dokumen di tangannya dengan muka terkejut.

"What? Yeah.. You selalu halang I masuk bilik tu. And, semua I dah tahu. Bravo Alisya." Fikrie menepuk tangannya.

"And who is this? Adam? Kenapa cari I kalau dah ada laki?" Fikrie tersenyum sinis.

"Fikrie, I.." Alisya bangun dan mula mendekati Fikrie.

"Kau diam! Duduk!" Alisya langsung tak suka Fikrie yang ini. Dia memang tak boleh nak lawan kalau Fikrie sudah menggunakan kau-aku.

"Apa ramcangan kau, Alisya? Eh tak. Apa rancangan kau dan Adam?"

"I tak ada rancang apa-apa pun. Adam tu, I memang dah lama tak jumpa dia. Serious."

"Betul ke? Kau dah tak dengan dia?" Alisya melihat Fikrie yang sudah sedikit tenang. Suara Fikrie yang tinggi tadi sudah semakin kendur.

"Ya.. I memang dah tak jumpa dia lepas seminggu I kahwin dengan dia. Parents I yang nak I kahwin dengan dia."

"Habis? Yang aku nampak semalam tu apa?"

"Semalam?" Dahi Alisya berkerut semula.

"Semalam, aku tunggu kau kat rumah nak buat surprise. Tiba-tiba, Irfan call aku. And aku ke sana. Aku nampak kau tengah gembira betul sambut birthday dengan Adam ya?"

"What?! You kat sana?"

"101% aku kat sana tengok kau tengah makan." Alisya nak berkata sesuatu tetapi dipotong dengan panggilan masuk dari telefon Fikrie.

"Rie!"

"Ha.. Macam mana?"

"Dia ni memang tak boleh nak bawak bincang!"

"Bagitahu dia, kalau dia taknak bagitahu hal sebenar, perempuan depan aku ni, done."

"Rie! Kau jangan macam-macam, Rie. Bawak bertenang. Jangan biar setan hasut kau!" Irfan sudah gelabah.

"Aku bagi dia masa 15 minit." Panggilan dimatikan. Alisya sudah ketakutan. Dia memang tak suka Fikrie yang ini.

Habislah semua rancangannya kalau Fikrie dapat tahu..

"Kau tak nak bagitahu apa-apa?" Cuma ugutan je dia mampu bagi. Dia takkan buat lebih dari tu.

"You bawak Adam ke mana?!"

"Jawab dulu. Kalau tak, say goodbye to Adam." Fikrie tersenyum sinis. Sakit hatinya bila ditipu. Wait for me, Wany. Abang selesaikan hal ni, dan cari Wany.

"The clock is ticking, Alisya." Fikrie melihat jam di dinding berdekatan dengan pintu dapur.

"Ok, ok. Tapi I nak you lepaskan Adam." Alisya berdiri.

"Fine, explain.."

"Rancangan I nak balas dendam kat you." Fikrie yang menyilangkan tangannya terkejut. Dia diam. Tangannya jatuh ke sisi. Dia melihat Alisya sambil tangannya mengepal penumbuk.

"I sakit sebab you akhirnya kahwin dengan orang lain. I tak sanggup nak tunggu lama lagi. And my parents suruh I kahwin dengan Adam. Adam memang memahami I." Alisya terdiam sekejap.

"Dia tahu macam mana sakitnya I tengok you bahagia dengan orang lain. And dari situ I nak balas."

"Bukan ke I suruh you tunggu masa you datang majlis I dengan Qiswany dulu?" Fikrie mula rasa bersalah.

"You nak suruh I tunggu sampai bila, Fikrie. Sampai you ada cucu nanti?"

"No.."

"And bila you kata nak kahwin dengan I, I gembira sangat."

"Macam mana dengan Adam?"

"Dia rela lepaskan I lepas kahwin dengan you. Dia sanggup bila I cakap yang I akan kongsi kekayaan bila dah kahwin dengan you. And then dia setuju." Fikrie menggeleng dengan muka tidak percaya.

TBC

Unexpected Love [°Complete✔°]Where stories live. Discover now