Bab 37

4.2K 139 2
                                    

"WOI."

Qiswany membuka matanya. Buka sahaja mata, wajah Fikrie berada di depan matanya.

Qiswany menutup matanya semula. Semalam baru je balik. Penat masih lagi terasa. Macam dah tak boleh bangun dah.

"Wei, bangunlah." Qiswany membuka matanya semula bila terasa badannya digegar kuat.

Dia duduk dan memandang Fikrie cemas.

"Ha.. Abang nak apa ni?"

"Dah tak reti bangun? Tidur lepas Subuh. Pakai telekung lagi." Qiswany melihat dirinya. Alahai.. Dia langsung tak sedar dia tidur tanpa membuka telekung.

"Abang nak apa?" Fikrie bersandar di kepala katil sambil menyilangkan tangan.

"Bangunlah. Tolong umi kat bawah buat sarapan. Jangan jadi menantu yang malas." Wuish. Seperti tertusuk-tusuk hati Qiswany dengan pisau belati. Sentap japp.

"Yelah-yelah. Abang nak makan apa?" Qiswany bangun dan membuka telekung lalu dilipat.

"Aku nak umi yang masak." Senyuman di bibir Qiswany hilang. Biarlah. Bagi jelah suaminya masa mahu menerima dirinya dan Hazwin. Lagipun ingatannya masih belum pulih sepenuhnya.

"Abang bangunlah bersihkan diri. Nanti turun." Qiswany berjalan keluar dari bilik.

FIKRIE duduk di kerusi sambil memerhati apa yang mahu dimakan. Nasi goreng menjadi pilihannya.

Dah kalau itu yang dimasak nak apa lagi? Nak makan meja? Oh boleh ajaaaa. Tengoklah kalau gigi masih elok lepas makan.😂

"Wah sedap umi masak. Macam dah lama sangat tak makan masakan umi." Fikrie memandang Puan Aisyah.

"Well, this is your mother. By the way. Qiswany yang masak. Bukan umi." Kunyahan Fikrie terhenti. Dia memandang Qiswany yang duduk di depannya.

Fikrie berdehem sedikit dan menyambung makan semula. Eleh, malulah tu. Muka tak merah. Tapi telinga merah tahap maksima. Dah puji orang lain, rupanya salah daaaa..

"Alahai, anak umi malu ke?" Puan Aisyah tersenyum mengusik.

"Umi, jangan ea? Kita tengah makan ni." Fikrie berkata sambil matanya tidak lepas dari nasi goreng di pinggannya. Tak berani nak tengok sesiapa sekarang ni.

Encik Samad yang berada di meja yang sama sambil membaca surat khabar tersenyum. Lama betul anaknya tak sedarkan diri. Rindu betul mereka.

"Rie, kaki dah ok ke? Kenapa tak pakai tongkat?" Encik Samad melipat surat khabarnya dan memandang kaki Fikrie.

"Dah ok dah. Sebelum boleh balikkan buat terapi. Kalau tak ok, tak adanya diorang bagi balik. Mahu kena duduk hospital sampai boleh jalan." Puan Aisyah dan Encik Samad mengangguk.

Qiswany bangun setelah selesai makan. Macam tak ada seleralah nak makan. Katil sudah menunggu-nunggu diri ini untuk baring di atasnya.

Dia berjalan ke dapur dengan pinggang yang kotor. Sampai sahaja singki, dia membasuh pinggannya.

Qiswany terdengar seseorang sedang menuju ke dapur. Dia melihat Fikrie berada di sebelahnya lalu meletakkan pinggang ke dalam singki.

"Basuh." Fikrie berjalan ke arah peti sejuk. Dia membuka peti sejuk dan ternampak ais krim strawberri. Dia melihat Qiswany yang masih membasuh pinggan.

Fikrie mencapai sudu di kaunter dapur dan mengambil bekas aiskrim bersaiz sederhana itu di dalam peti sejuk. Dia makan dan duduk di atas kaunter sebelah singki di mana Qiswany berada.

Biar betul pak cik ni? Pagi-pagi dah makan ais krim? 😐

Qiswany melihat Fikrie setelah selesai membasuh pinggan. Matanya membulat. Ais krim yang dia beli semalam untuk dimakan tengah hari nanti sudah selamat di makan Fikrie.

"Abang....." Fikrie memandang Qiswany sambil menyuap ais krim ke dalam mulutnya.

"Abang... Kenapa makan ais krim Wany." Qiswany mencebik. Pengajaran, jangan beli ais krim lepas tu simpan. Pengakhirannya akan habis dimakan Fikrie.

"Lah, ais krim kau ke? Tak tahu pun?" Dengan muka selamba dia masih menyuap ais krim ke dalam mulutnya.

"Bagi balik." Laju Fikrie mengangkat tangannya bila Qiswany cuba mencapai ais krimnya. Sah-sahlah si Qiswany tu tak sampai. Fikrie tu lagi tinggi dari Qiswany. Tambah lagi dia duduk di atas kaunter.

"Bagilah.. Janganlah kejam sangat.."

"No. Kalau kau nak kau kena amik sendiri." Fikrie menjelirkan lidahnya.

"Abang tu tinggi! Mana aci!"

"Aci kat India." Fikrie turun dari meja kaunter dan berjalan ke ruang tamu. Tangan yang memegang ais krim masih lagi terangkat.

Qiswany mengekori kemana Fikrie pergi. Ais krimnya kena diselamatkan!

Puan Aisyah dan Encik Samad lihat anak dan menantu mereka pelik. Apa agaknya yang mereka buat? Tapi di biarkan sahaja. Orang muda zaman sekarang.

Fikrie berdiri di hadapan tv yang terpasang. Hazwin yang sedang bermain dengan mainan di atas kerusi melihat ibu dan papanya pelik. Orang dewasa zaman sekarang.

"Abang, bagilah balik." Qiswany mula berjengket sedikit mahu mencapai ais krim tersebut. Fikrie pun berjengket. Jadi makin tinggilah kedudukan ais krim tersebut.

Qiswany bercekak pinggang dan mencari idea mahu mendapatkan ais krimnya semula. Dia melihat Fikrie makan ais krimnya bila dirinya leka.

Mentol di kepala tiba-tiba menyala. Tahu dah apa nak buat.

Qiswany menarik kolar baju t-shirt berwarna merah yang dipakai Fikrie mendekatinya. Tiba-tiba,Fikrie terasa tepi bibirnya dikucup sekilas.

Fikrie terkaku. Tindakan berani isterinya telah melekakan dirinya sekejap. Bila dia sedar, dia mengangkat tangannya semula.

"Berani kau guna cara kasar." Kolar bajunya masih lagi dipegang Qiswany.

"Mana ada kasar. Itu paling lembut apa." Qiswany menarik semula Fikrie dan mengucup kedua belah pipinya berkali-kali.

Fikrie ketawa tidak henti kerana berasa geli dengan kucupan tidak henti di pipinya.

"Okok, aku bagi balik. Penat woi." Fikrie menghulurkan ais krim kepada Qiswany. Qiswany melihat ais krim yang tinggal separuh. Alamak! Dah nak cair.

Qiswany berlari ke arah dapur dan meletakkan ais krim itu ke dalam peti sejuk.
Dia dan Fikrie pernah berlari untuk aiskrim dulu. Tak sangka boleh pulak jadi lagi.

Fikrie duduk di kerusi sebelah Hazwin. Hazwin melihat Fikrie dengan mata yang bulat. Fikrie terasa dirinya diperhatikan, dia memandang Hazwin.

"Apa? Nak aiskrim? Tak ada dah habis." Hazwin menyambung bermain permainannya semula.

Dalam kepala Hazwin mesti cakap, 'siapa yang nak aiskrim? Ibu dengan papa tu macam budak-budak. Main kejar-kejar.'

Kalau budak tu pandai bercakap, mahu si Fikrie tu koma lagi sebab terkejut. Haha.

Kepalanya tiba-tiba rasa sakit. Rasa macam ada yang sedang memukul kepalanya berkali-kali. Sesekali semasa kepalanya sedang sakit, memori yang samar-samar bermain di fikirannya.

Memori dia sedang berlari dengan aiskrim di tangan. Perkara yang sama berlaku tadi. Tapi..

Semasa Fikrie sedang cuba mengingati semula. Kepalanya kembali sakit.

"Arghh!!" Erangan Fikrie di ruang tamu mengejutkan Qiswany. Dia berlari ke depan dan mendapatkan Fikrie yang sedang terbaring di lantai sambil memegang kepalanya.

"Abang! Kenapa ni?"

TBC

Unexpected Love [°Complete✔°]Where stories live. Discover now