"QUE, apa yang kau nak buat sekarang?" Amirah duduk di kerusi meja makan. Qiswany yang sedang meletakkan kepalanya di atas meja dilihat dengan penuh simpati.
"Aku tak tahu. Yang pasti sekarang ni, aku tak nak dia jumpa Hazwin."
"Tapikan, tak baiklah. Fikrie tukan papa dia."
"Huh, dia dulu pun tak terima Hazwin. Sekarang baru nak terhegeh-hegeh." Amirah mengeluh. Makin lama ego kawan baiknya ini makin tinggi. Apa yang dia nak buat? Nampak sangat yang Fikrie dah sesal dengan perbuatan dia.
"Beb, aku balik dululah. Sian Hazwin. Mesti rindu aku tu."
"Eleh, tak adanya. Mesti dia seronok dengan ibu kau. Sampai kau dia lupa."
"Alamak! Tidakkk!!" Qiswany berlari ke pintu rumah. Dia memandang Amirah selepas memakai kasut.
"Thanks tau."
"Yelah."
"Byeeeee." Qiswany terus keluar pulang ke rumah.
"HAZWIN, rindu ibu tak sayang?" Qiswany menjengahkan kepalanya ke dalam baby court.
"Eh?" Qiswany terkejut bila Hazwin tiada di tempatnya.
"Ibu, mana Hazwin?" Puan Halifah yang sedang membaca majalah di meja makan di soal.
"Ada kat ruang tamu atas tengah main." Matanya masih tak lepas dari gambar makanan dalam majalah di tangannya.
"Kenapa ibu biar dia main sorang-sorang?"
"Dia tak soranglah. Haih jangalah kacau beta. Beta nak membaca pon tak senang. Sudah pergi."
"Eleh." Qiswany berjalan ke tangga. Langkahnya terhenti. Dia terfikir. Dengan dengan siapa dia main? Asal scary sangat?
Jam di kerling. Belum pukul 10 pon sebelum ayahnya pulang. Haih tak boleh jadi ni.
Dia melihat sekeliling. Majalah yang terletak di meja berdekatan dengan tangga di capai. Digulungnya majalah itu untuk di jadikan senjata.
Dia menarik dan menghembus nafas. Amik feel jap. Haih melebihlah lahai😂.
Dengan bacaan Bismillah, dia melangkah naik satu persatu anak tangga. Semakin lama semakin jelas gelak tawa Hazwin.
Hesh, dengan siapa dia bergurau senda ni? Gembira betul bunyinya.
Genggaman majalah semakin kuat bila dia hampir sampai di tingkat dua. Qiswany akhirnya sampai di tangga terakhir.
Qiswany berjalan mendekati Hazwin yang sedang bermain dengan mainan bayi di hadapan televisyen. Alahai. Bersepahnyalah ruang atas ni.
"Hazwin? Dengan siapa anak ibu bergelak ketawa tadi?" Hazwin melihat Qiswany dengan senyuman.
"Alololo. Comelnya lahai. Tak ada gigi lagi tau." Qiswany mencangkung dihadapan Hazwin.
Hazwin menggapai(?) Tangannya ke atas. Tapi yang pasti tangannya bukan ke arah Qiswany tapi ke belakang Qiswany.
Qiswany terdiam. Majalah yang berada di atas lantai dicapai perlahan-lahan dan digulung semula.
"1,2,3.." Qiswany terus melibas majalah kebelakangnya sambil menutup mata.
"PERGI! JANGAN GANGGU ANAK AKU! AKU TAK KACAU KAU! PERGI!"
"WOI, WOI SAKITLAH MAKCIK! Yang kau beria pukul aku ni pahal? Aku yang hensem ni nampak macam hantu ke?" Qiswany berhenti dari memukul. Matanya terbuka.
Dia terkejut bila melihat Rykarl yang berada di depannya sambil menggosok lengannya yang baru kena pukul.
Majalah yang berada dalam genggaman dicampak ketepi.
"Alamak, sorrylah. Aku tak sengaja. Aku ingat kau ni bukan manusia yang tengah ganggu Hazwin. Sorrylah."
"Hmm. Tak pelah. Salah aku jugak. Tadi pon aku ada niat nak kenakan kau. Tak sangka aku cedera parah macam ni sekali."
"Sorry tau Rykarl. Aku tak sengaja."
"Majok ar gini."
"Mohon jangan ngada-ngada please."
"Fine." Qiswany berpaling dan mendukung Hazwin untuk tidurkan dia di bilik.
"Kau nikan. Tahu tak dah lewat? Asal tak tidurkan dia lagi?" Rykarl berjalan disebelah Qiswany sambil mencucuk pipi Hazwin.
"Alah, kau kan biasa tidurkan Hazwin kat dalam bilik kau. Takkan aku nak masuk?"
"Eleh, alasan. Kat bawah tukan ada baby court. Mintak tolong ibu pon bolehkan?"
"Yelah, semua aku salah. Kau je betul." Qiswany masuk ke dalam biliknya. Bila Rykarl mahu masuk, Qiswany memandangnya.
"Kau nak apa?" Rykarl memandang Qiswany dengan muka innocent(?).
"Aku nak tengok Hazwinlah."
"Kau sedar tak kau ada kat dalam kawasan mana?" Qiswany menujukkan kawasan pintu biliknya.
"Alah, maaf. Aku tunggu luar." Pintu bilik Qiswany ditutup.
QISWANY keluar dari bilik setelah menidurkan Hazwin. Dia melihat Rykarl sedang bersandar di dinding sebelah biliknya sambil bermain telefon.
"Perlu ke kau tunggu? Macam tak boleh duduk."
"Entahlah, aku tak terpikir pulak." Rykarl menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apasal dia ni slow sangat malam ni?
"Apakah?" Qiswany berjalan di belakang Rykarl yang menuju ke sofa di hadapan televisyen.
Mereka duduk di sofa sambil menonton movie.
"Asal kau datang?" Qiswany bertanya sambil matanya masig berada di skrin televisyen. Rykarl memandang Qiswany dan melihat skrin tv semula.
"Saja. Mak bapak aku yang nak melawat. Aku pon join jelah. Dapatlah jugak jumpa Hazwin."
"Mana paklong dengan maklong?" Qiswany memandang Rykarl sambil membetulkan tudung yang senget.
"Dah lama tidur. Lepas solat Isyak tadi terus tidur. Penat sangatlah tu agaknya. Padahal aku yang drive sampai sini." Qiswany ketawa.
"Biaselah tu. Tenaga orang muda lain." Suasana senyap semula. Hanya suara tv yang didengari.
"Kau sekarang apa cerita?" Rykarl memecah kesunyian.
"Apa cerita macam mana?" Qiswany memandang Rykarl pelik.
"Yelah pasal kehidupan kau bila Fikrie..."
"Cupcup. Mana kau tahu ni?" Qiswany memotong percakapan Rykarl. Dia berfikir. Tak ada pula dia bagitahu si Rykarl ni pasal Fikrie.
Rykarl terkedu. Opss, rahsia sudah bocorrr. Rykarl mendiamkan diri. Qiswany mengeluh.
"Mesti Ara yang bagitahu kau kan?" Rykarl mengangguk perlalahan.
"Tak apalah. Mungkin kau memang patut tahu pun." Rykarl menyandarkan dirinya sambil menghembus nafas panjang.
"Fuhh, aku ingat kau nak gusti aku kalau aku dapat tahu." Qiswany ketawa sambil membaling bantal kecil ke muka Rykarl.
"Aku tak sejahat tu." Bantal yang dibaling Qiswany dipeluk dan dia duduk tegak menghadap Qiswany.
"Apa cerita?" Qiswany mengeluh.
"Petang tadi, dia ada datang jumpa aku." Rykarl terkejut.
"What? Kat mana? Seriouslah mamat ni."
"Kat mall tadi masa aku keluar dengan Ara."
"Dia ada buat apa-apa kat kau tak?" Qiswany menggeleng.
"Dia cuma cakap dia menyesal tinggalkan aku." Rykarl mengepal penumbuk.
'You hurt ma girl, you will get back what you should get.'
"Wany, kau jangan risau. Aku takkan lepaskan kau kat dia selagi dia belum terima maaf dari kau."
TBC
Sorry for the late update😭
Buzy gila dekat sekolah minggu2 lepas😫 kawad beb. Muka aq dah hitam🌚😭😂😂

ANDA SEDANG MEMBACA
Unexpected Love [°Complete✔°]
RomancePermintaan akhir Zamri membuatkan Qiswany bersatu dengan orang yang dia tidak sangka akan kahwin. Senyum tidak, apatah lagi ketawa. Suaminya berkahwin dengan Qiswany hanya untuk menunaikan permintaan Zamri dan kegembiraan ibu bapanya. Ini membuatkan...