"KENAPA NI?" Puan Hazirah yang berada di dapur bergegas naik ke ruang tamu bila terdengar suara anaknya.
"Er, tak ada apalah, ma. Kitorang main game siapa suara paling kuat dia menang." Rykarl menggosok lehernya dengan senyuman yang janggal. Beberapa orang yang berada di ruang tamu ada yang tersenyum dan ada yang menggeleng.
"Hmm, banyaklah kamu punya mainan. Tolong papa dengan atok kamu melayan tetamu kat luar lagi bagus." Puan Hazirah membebel sambil bercekak pinggang menuju ke dapur semula.
"Sudahlah, Rykarl. Jangan lebih-lebih pula. Nanti Que sedih lagi. Aku tak nak tengok muka dia masa dia tinggalkan Fikrie haritu." Amirah bangun. Baju kurung songket berwarna ungu yang tersarung di badan di betulkan sedikit.
"Aku caw dulu. Nanti Que cari aku pulak." Amirah melambai Rykarl sebelum dia turun ke bawah untuk melayan tetamu yang hadir.
Rykarl mengikut Amirah dan duduk di tangga pintu rumah.
"Kalaulah dulu aku bagitahu perasaan aku." Qiswany yang sedang ketawa dengan rakan-rakan kampung dilihat.
-THROWBACK-
"QUE cepatlah nanti Rykarl dapat tangkap kita." Amirah menghentak-hentak kakinya menunggu Qiswany yang sedang bangun dari jatuh.
"Sabarlah. Dia jauh lagi tu. Sakit tahu tak? Nasib tak luka." Gadis berusia 10 tahun itu menepuk-nepuk seluarnya yang terkena debu.
Amirah membantu Qiswany bangun dan mula berlari. Mereka menuju ke rumah nenek Yayah.
"Nenekkk." Amirah mendepakan tangannya memeluk pinggang neneknya yang sedang menyiram pokok. Qiswany dan Rykarl sampai pada masa yang sama. Mereka duduk di pondok kecil bawah pokok dengan nafas yang tercungap-cungap.
"Lajunya dia lari. Fuhh. Penat nak kejar." Rykarl terus merebahkan dirinya.
"Tadi kau yang nak sangat main kejar-kejarkan." Qiswany melihat Rykarl yang terbaring di sebelahnya sambil ketawa.
"Oklah. Tu salah aku. Aku ingat dapat kalahkan dia, rupanya takk." Mereka berdua memandang Amirah yang sedang membawa tiga aiskrim perisa jagung pada mereka.
"Wuhh, aiskrim!" Rykarl terus bangun dan menghulurkan tangannya pada Amirah. Aiskrim diberikan pada Qiswany dan Rykarl.
"Wany, cuti sekolah dah nak habis. Bila korang balik Johor?" Rykarl memandang Amirah.
"Esok rasanya. Nanti mama dengan abah aku amik." Rykarl mengangguk.
"Alah sunyilah aku nanti."
"Jangan nak ngengada. Macam kitorang ni tak balik selalukan?" Amirah menjeling Rykarl.
"Eleh, biarlah."
"WANY..." Rykarl menegur Qiswany yang duduk di bawah pokok sambil bermain dengan kucing berwarna kelabu entah datang dari mana asal usulnya. Okok😂
"Apa?" Qiswany mendongak memandang Rykarl.
"Aku nak bagitahu sesuatu ni." Rykarl duduk bersila di hadapan Qiswany.
"Bagitahulah. Jangan nak misteri sangat boleh?" Rykarl diam. Lama.
"Rykarl?" Qiswany melambaikan tangannya di hadapan muka Rykarl.
"Rykarl? Ohh Rykarl." Kali ni dia memetik jarinya. Ok tak kelakar. Dia ni dah sampai mana termenung ni?
"Muhammad Rykarl Hanafi Bin Firdaus bin Abdullah!!" Haaa amek kau. Dengan nama atok Amirah sekali pun disebut.
Kesian kucing yang berada di riba dia. Terbangun terus dari tidur yang lena. Tapi tak lari pulak. Boleh sambung tidur lagi pulak tu.😂😂
"Ha?! Apa! Apa!" Rykarl memandang sekeliling dengan wajah yang cemas. Dia memandang Qiswany semula.
"Aku panggil kau dah berapa kali kau tak dengar jugak. Apa yang kau nak bagitahu sebenarnya ni?" Rykarl berfikir. Dia menggosok lehernya.
"Err tak ada apa-apa pun. Aku cuma nak cakap yang nenek bagitahu ibu dengan ayah kau kejap lagi sampai." Rykarl bangun.
"Dah tu je? Yang kau termenung sampai berjuta tahun tu kenapa?" Kucing yang berada di riba Qiswany berpusing menghadap Rykarl. Eeee ngengadanya.😂
"Ohh yang itu aku cuma ingat balik apa yang opah cakap." Dia melambai Qiswany dan berjalan pulang ke rumah.
"Ok selamat. Tak apa. Mesti ada waktu yang lain aku boleh cakap." Rykarl mendabik dada.
IBU bapa Amirah memeluk Puan Yayah dengan erat. Muka Puan Yayah menjadi sayu.
Qiswany dan Amirah berdiri di luar kereta selepas bersalam dengan atuk dan nenek. Rykarl hanya memerhati dari tangga rumah.
Kereta yang di bawa oleh mama dan abah Amirah meninggalkan perkarangan rumah.
"Nek, bila diorang balik sini lagi?" Puan Yayah yang berdiri membelakangi Rykarl memandangnya.
"In Sha Allah, waktu cuti. Tapi kalau kamu nak jumpa mereka, kamu mesti kena balik kampung juga kan?"
"Alah nenek, tinggal je sini tak boleh ke?" Rykarl memuncungkan bibirnya.
"Mana boleh. Pelajaran kamu macam mana?"
"Hmm yelah nenek." Rykarl memandang perkarangan rumah yang kosong. Rasa menyesal menyelubungi dirinya.
-END THTOWBACK-
RYKARL bangun dan menuruni tangga. Dia tak akan mengalah. Satu hari nanti. Fia akan dapat Qiswany. Rasanya.
"FIKRIE, kenapa sejak akhir-akhir ni you banyak termenung?" Fikrie yang duduk di kerusi balkoni aparment Alisya dipeluk dari belakang. Kepalanya diletakkan di atas bahu Fikrie.
"Tak ada apa-apalah. You dari mana ni?" Fikrie mendongak memandang Alisya yang sudah berdiri. Dia duduk di kerusi kosong yang berada di sebelah Fikrie. Tangan Fikrie diraih.
"Baru balik keluar dengan member sekelas dulu." Fikrie hanya mengangguk. Pemandangan malam Kuala Lumpur dipandang.
"You dah lama duduk sini. Umi dengan abah you tak marah ke?"
"Marahlah jugak. I duduk rumah I yang kat sana pun bila diorang datang. Tak betah I lama-lama duduk situ. Ada masanya jugak diorang suruh cari Wany. Tapi I tak nak."
"Isteri you agaknya sekarang macam mana eak?" Jari Fikrie di sentuh.
"Please. Jangan cakap pasal dia. Itu keputusan dia nak balik ke atau tidak. I tak boleh nak ceraikan dia sebab dia tengah mengandung." Alisya memandang Fikrie. Terkejut lettew.
"Serious? Abis you biar je?"
"Biar jelah." Alisya mengangguk.
"BABE. Tak sabarnya aku nak tunggu kau bersalin. Tinggal tunggu hari je." Amirah yang menolong Qiswany duduk di katil meninggikam suara.
"Kau ni ah. Janganlah bising-bising. Sakit telinga aku." Lengan Amirah di pukul kuat.
"Aduh, sakitlahhh. Siapa je yang tak teruja kalau nak dapat anak sedara.
"Haah. Aku pun teruja jugak. Tapi tak macam kau. Beli barang baby bukan main banyaknya. Heret aku sana sini nak mencari barang tu." Qiswany menyandarkan kepalanya di kepala katil sambil menyilangkan tangannya ke dada.
"Alah. Sorrylah. Aku teruja sangatlah." Amirah membuat muka comel.
"Ok fine fine." Qiswany berpaling dari memandang Amirah. Amirah bertepuk tangan.
"Ara, andai kata aku tak dapat teruskan, kau jaga anak aku baik-baik boleh tak?" Amirah tersentak. Dia duduk di sebelah Qiswany.
"Janganlah cakap macam tu. Aku nak tengok kau bahagia. Hidup dengan anak kau, membesar sama-sama. Kau boleh. Walaupun tak ada suami kat sisi kau, kau tetap boleh jalankan hidup sepanjang kau mengandung 9 bulan ni. Betul tak?" Belakang Qiswany diusap.
Qiswany tersenyum.
TBC

YOU ARE READING
Unexpected Love [°Complete✔°]
RomancePermintaan akhir Zamri membuatkan Qiswany bersatu dengan orang yang dia tidak sangka akan kahwin. Senyum tidak, apatah lagi ketawa. Suaminya berkahwin dengan Qiswany hanya untuk menunaikan permintaan Zamri dan kegembiraan ibu bapanya. Ini membuatkan...