Fikrie duduk di balkoni biliknya. Wajah isterinya yang dilihat beberapa hari lepas masih lagi buatkan dia mahu menikam diri sendiri. Kenapalah dia ni bebal sangat tinggalkan isterinya sedangkan perempuan yang dia ikut tak pernah sayangkan dirinya.
"Aku menyesal sangat tinggalkan kau.... Hazwin maafkan papa sebab tak dapat tengok Hazwin lahir ke dunia." Banyak kali kata-kata yang sama keluar dari mulutnya.
Banyak kali dia kerumah ibu dan ayah mentuanya. Tapi tiap kali tu jugaklah isterinya tiada.
Bukan dulu dia tak nak cari Qiswany. Tapi tulah. Sibuk dengan orang lainkan?
Fikrie memandang pemandangan cahaya malam Kuala Lumpur sambil rambutnya ditiup angin.
Pintu biliknya diketuk. Siapa? Takkan mak cik sebelah nak bagi makanan lagi? Almaklumlah, dah lama tak balik aparmentnya ini. Duduk kat rumah dia rasa macam sunyi sangat.
Fikrie melihat melalui lubang kecil yang terdapat di pintu. Mukanya terus berkerut.
"Apa lagi yang kau nak, Alisya? Sudah-sudahlah kejar aku. Aku tak nak jumpa kau lagilah. Pergi balik." Fikrie tak buka pun pintu biliknya. Di biarkan sahaja Alisya di luar. Malas nak layan orang tak betul.
"Fikrie, please buka pintu ni? I boleh explain kat you. Belum terlambat lagi tuk kita sayang." Pintu bilik di ketuk-ketuk lagi.
Di sebalik pintu, Fikrie sudah membuat aksi geli-geli. Rasa meremang bulu roma bila perkataan 'sayang' tu di sebut dari mulut dia.
"Balik jelah woi. Aku dah cakap kita tak ada apa-apa sekarang."
"Buka pintu please. Atau I pecahkan pintu ni."
"Kau balik sekarang atau aku panggil pengawal kat bawah." Alisya terdiam. Dia mengetuk-ngetuk pintu lagi.
"Kalau bukan sebab kau, Wany takkan tinggalkan aku tahu tak? Bodohnyalah aku sebab ikut kau dulu." Fikrie menyilangkan tangan didada sambil memandang pintu biliknya.
"Sebab you sayangkan I masa tu. Why don't we get back like before? Kita gembira sangat masa tu."
"What? Memang taklah. Ingat lepas apa kau buat, kau masih nak get back? Musnahkan rumah tangga aku yang dah nak hancur?" Memang tak." Muka Fikrie semakin dingin. Bilalah si Alisya ni nak pergi. Rasa macam ada ulat bulu kat badan.
"Tu bukan salah I. You yang nak ikut I." Fikrie terdiam. Dia tak tahu nak cakap apa lagi. Salah dia juga sebab ikut Alisya.
"Baliklah, Alisya."
"Taknak. Kalau you tak nak buka pintu. Kasi I explain."
"Aku takkan buka pintu tuk perempuan macam kau."
"Please, Fikrie? I masih nakkan you." Fikrie sudah hilang sabar.
"Otak kau! Dah! Balik sekarang! Kalau tak aku panggil security!" Suara garau Fikrie bergema di dalam biliknya.
Alisya yang berada di luar tersentak. Tak pernah dia dengar Fikrie marah sampai macam ni sekali.
"Fine. You akan menyesal tak nak terima I balik." Alisya terus berjalan pergi.
Fikrie melepaskan keluhan panjang. Ingat dia takut ke dengan ugutan murahan? Memang tak lah. *flip hair* 😂😂
"HELLO, you dah buat apa yang I suruh buat?" Alisya berdiri sambil bersandar pada keretanya.
"Belum. Ingat senang ke benda yang kau suruh buat ni?" Alisya berdecit sambil membuat muka meluat.
"Kalau you tak buat, bila lagi? Bila I nak dapat hasilnya? You tak nak ke apa yang you nak?" Suara di hujung talian terdiam.
"Yelah-yelah, nanti aku buat. Haish susah betullah!" Talian terus diputuskan.
Alisya hanya tersenyum sinis. Dia masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.
"ADIK, mari sini." Qistina memanggil Qiswany dari pintu biliknya. Qiswany memandang kakaknya pelik. Jam dilihat. Dah nak pukul 12 ada apa?
"Ada apa? Abang Izz tak de ke?" Qiswany memanjangkan lehernya memandang ke dalam bilik.
"Tak, dia ada emergency. Doktorkan?" Qistina tersenyum bangga. Eleh. Puji laki bukan main lagi.
"Jangan riak bolehkan? Ada apa ni?" Kalau Izzudin dapat tahu yang kakaknya tido lambat, mahu Izz tu jadi macam mak orang. Membebel je. Sian Qistina kena tadah telinga.😂
"Alah, akak nak story something ni?" Qiswany memandang kakaknya pelik.
"Story?" Tangan Qiswany terus di tarik sampai ke meja makan.
"Ceritalah." Qiswany duduk berhadapan dengan Qistina.
"Akak curiouslah. Sekarang hubungan kau dengan Fikrie apa cerita? Tergantung?" Qiswany berdecit.
"Jangan mention bolehkan? Tak kesian ke dekat adik akak yang ploles ni kena curang?"
"Haish, akak tanya je. Sebab kakak kesian tengok Fikrie masatu." Qistina menongkat dagu sambil memandang Qiswany dengan pendangan yang sayu.
"Akak jumpa Fikrie? Kat mana?" Qiswany terkejut. Janganlah tu hantu Fikrie yang menghantui keluarga. Haih merepek.
"Pagi tadi, dengan petang tadi." Qiswany berfikir. Hmm, dia belum balik kerja lagi. Patut tak jumpa.
"Ada apa dia datang?" Qistina menghentak meja. Nasib tak ada sesiapa dengar.
"Dik, dia cari kaulah. Dia menyesal dengan apa yang dia buat. Dia nak sangat jumpa kau. Explain semuanya. Dia menyesal."
"Akak, dia menyesal? Selama ni adik sabar dengan dia. Akak tak pernah rasa bila laki benci kita. Tengok kita macam sampah." Qiswany terus bangun. Rasa membara pula bila cakap dengan kakakanya ni.
"Dik, kau tak kesian ke? Kalau kau tengok dia sekarang, kau akan rasa simpati sangat. Dia jadi tak terurus bila kau tak ada." Qistina mendongok melihat adiknya.
"Dia yang pilih nak jadi apa. Dia yang tak terima adik dengan Hazwin dulu. Sekarang terimalah kesannya." Qiswany mahu berjalan pergi.
"Dik, kalau kau tak ada rasa simpati untuk dia sebagai suami, simpatilah dia sebagai seorang manusia yang lemah." Qiswany berhenti dari berjalan. Kepalanya memproses kata-kata kakaknya.
"Tengoklah macam mana." Qiswany berjalan pergi naik ke biliknya.
Qistina menggeleng. Sedih bila tengok kisah hidup adiknya dengan Fikrie. Dah macam novel.
Ego adiknya terlalu tinggi sampaikan tak mahu jumpa Fikrie.
"Akak harap urusan kau dengan laki kau akan ok." Qistina berbisik.
QISWANY berbaring di katilnya sambil mendodoikan Hazwin. Kepalanya asyik memutarkan kata-kata yang sama kakaknya beritahu.
"Hazwin nak tahu tak? Papa Hazwin rindukan Hazwin tau. Tapi ibu takut sangat dia apa-apakan Hazwin." Qiswany melihat Hazwin. Bayi itu hanya merenung ibunya seperti dia faham apa yang dikatakan.
"Ibu rindu papa." Lantas dahi anaknya dikucup.
TBC
😴 selamat menyambut puasa gais😀 aq thu sepatutnya dah lama aku ucap😂😂
![](https://img.wattpad.com/cover/126778425-288-k708118.jpg)
YOU ARE READING
Unexpected Love [°Complete✔°]
Storie d'amorePermintaan akhir Zamri membuatkan Qiswany bersatu dengan orang yang dia tidak sangka akan kahwin. Senyum tidak, apatah lagi ketawa. Suaminya berkahwin dengan Qiswany hanya untuk menunaikan permintaan Zamri dan kegembiraan ibu bapanya. Ini membuatkan...