part 7

121 2 0
                                    

nama 'Helmi' tertera pada penghantar whatsapp. 'sampai hati tak contact lepas balik malaysia' dengan emoji menangis tanda merajuk. 'sorry lupa lah' balasku dengan emoji serba salah. 'nampaknya saya masih belum berjaya jadi orang yang penting dalam hidup awak untuk awak ingat kan' balasnya lagi. aduhh budak ni. 'sebagai denda awak tak chat saya,  jom keluar malam ni? ' balasnya lagi.
hmm nak ke tak nak? alaa lagipun malam ni debbie takde, terpaksa makan luar. 'hmm okay lahh tapi awak belanja lah' balasku. 'okay setted. awak tinggal kat mana? saya jemput lah. ' balasnya. 'naik apa? boleh juga jimat minyak kereta saya dan sekurang2nya kita boleh kurangkan penggunaan kenderaan kat jalan raya kan3.' balasku dengan emoji senyum. 'pandai adik abang ni, naik motor lah. habis motor je mampu. ' balasnya dengan emoji ketawa. adik?  sejak bila pula mama saya kahwin dengan bapa dia ni. haihh ada2 je. 'okay lah. awak tau ke apartment 'de leaf' jalan titiwangsa kat mana? ' tanyaku. 'owh! of course lah saya tahu saya kan anak jati malaysia semua selok belok jalan saya tau. okay lah saya tunggu awak kat bustop depan apartment tuh jam 7 setengah bye, jumpa nanti. ' balasnya. 'okay' balasku dan perbualan tamat di situ sahaja.

"oih apa yang kau pandang henfon kau sampai senyum2 tuh? tengok blue eh? ewwww " debbie yang baru keluar dari dapur tepuk bahu saya. "kalau ya pun jangan lah tercegat kat tengah2 ni ,bag pun belum simpan. " celahnya lagi. "nah ambik kau! ada pula tengok blue. dosa tau. "sambil ketuk dahi dia. "aduhh sakit lah!! serious lah weh apa yang kau pandang sambil senyum2 kat fon tuh" sambil gosok dahinya. "rahsia lah, takkan semua benda kena cite, kalau saya ceret beret pun kena kasitau juga ke? " terketawa pula saya dengan perangai kawan saya sorang ni. "eww, pengotor lahh. tak nak kasitau takpe, lama2 saya  kau mesti akan kasitau saya juga tuh. yerlah dalam dunia yang luas ni,  saya je kan kawan kau tempat meluah. " dengan bangga nya dia cakap. "iyeeee lah,  kau lah kawan baik ku sampai bila2." sambil letak tangan kanan saya kat bahu dia. "saya masuk bilik dulu lah,  nak kemas2 barang saya ni. "ujarku terus naik ke bilik saya yang terletak kat tingkat atas.

teringat pula lusa saya kena kerja, destinasi kalini ialah ke thailand. nasib saya pilih pilot sebagai kerjaya saya. memanglah penat tapi pekerjaan ini kiranya sambil melancong dapat juga lah saya merantau melihat ciptaan Allah SWT. sedang asyik baring kat katil, tiba2 teringat pula lagi memori saya dengab Aqmal. tapi tuh lah salah saya juga tak minta nombor fon dia. dah tak dapat contact dia. 'moga kita ada jodoh untuk pertemuan kita kelak. '

eh baru teringat yang saya ada belikan ole-ole untuk makcik warung kat depan apartment ni. pakaian saya ditukar segera dengan penampilan yang ringkas je. kain skarf dikeluarkan dari bag , itulah ole2 yang saya dapat beli. boleh juga makcik tuh guna untuk tudung lilit kan. "oih kau nak ke mana tuh? " tanya debbie sambil duk kaki ternganga depan tv. "p warung depan jumpa makcik tuh nak bagi ole2.tuh kaki tuh kepit, ada pula anak dara duduk gitu. " sambil geleng kepala. "hehe ok2, belikan saya roti canai eh." sambil kepit kaki dia ala2 gadis melayu terakhir. hahaha. "ok" dan terus keluar. sampai saja d lobi,  terus keluar dari apartment. jalan raya kelihatan sangat sibuk time tuh. berjaya juga lah saya limpas jalan raya yang sibuk tuh.

"mak cik!! " panggilku dan kelihatan makcik sedang duduk rehat makan sorang2." eh syahirah bila balik? ada ole-ole untuk makcik ke" sambil disalam dan dicium tangannya oleh saya. "tadi tengahari sampai. mestilah ada kalau untuk makcik,  nah ni ja mampu makcik. " plastik yang dipegang dihulurkan kepada makcik dan terus ambil tempat duduk dekat makcik. "wah, makcik main2 je tadi tuh, tak sangka pula betul2 dapat. terima kasi ye. "senyuman hangat makcik tuh mengingatkan pada mumy saya kat kampung pula. "owh ya makcik, saya nak order roti canai 5 keping. " pintaku. "owh okay, kamal! sediakan 5 keping roti canai untuk gadis ni. " separuh jerit makcik tuh memberi arahan kepada pekerjanya. "okay" jawab pekerjanya. sambil tunggu roti canai tuh, apa lagi saya dengan makcik tuh bergosip lah apa lagi. haha bukannya gosip benda tak berfaedah, tapi gosip pasal hiburan je. roti canai dah pun siap, saya pun minta diri untuk balik sebab dah petang ni. nak bersiap lagii untuk keluar malam ni. nasib makcik tuh okay juga kasi lepas saya.

masa baru je nak mula limpas jalan raya tuh, tiba2 kelihatan kereta hon menuju ke arah ku. mataku dipejam, dan ketika itulah saya ditarik dari belakang. mata dibuka, "fuh nasib masih hidup. alhamdulillah. " keluhku sambil gosok dada. "eh awak? "ujar lelaki yang baru selamatkan saya tadi. pergerakan ku terhenti setelah melihat gerangan lelaki yang selamatkan saya tadi.

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now