part 16

52 2 0
                                    

'nak pakai apa ni? takde pula dia kasitau nak join aktiviti apa. 'fikirku sambil selak pakaian2 di bagasi. 'bukannya saya ada bawa baju untuk aktiviti2 macam tuh. ' tiba2 pintu bilik diketuk. kelihatan pekerja hotel sedang berdiri di luar pintu melalui lubang intai yang disediakan di pintu hotel tersebut. 'aik, saya ada order apa2 ke tadi? ' soalku dalam hati dan pintu terus saja dibuka. "maaf ganggu yer cik, saya diarah untuk hantar bag kotak ini kepada cik. " ujarnya sebelum saya sempat bertanya. "owh siapa yang bagi ni? " soalku sambil menyambut huluran bag kotak tersebut. " saya pun tak tahu,  tapi orang tuh tadi ada kata. cik akan tahu selepas cik dapat barang ni. okay lah cik, tugas saya pun dah selesai jadi saya nak minta diri dulu. " pekerja hotel itu terus berlalu pergi. pintu ditutup dan langkah dibawa ke ruang tamu hotel untuk selak bag kotak misteri ini. T shirt 'i love thailand' dikeluarkan dari bag kotak tersebut diiringi dengan satu sampul surat. surat bertulis;
'saya tahu awak mesti tak bawa pakaian2 untuk aktiviti kan. tak perlu berterima kasihanggap ja lah saya 'superhero' yang baru saja menyelematkan awak dari dibelenggu oleh masalah baju. jangan fikir free2 tau, nanti saya claim kau bayar balik. hahaha

daripada,
superhelmi. '

'bilik hotel bersebelahan je kot mengada jer nak minta bantuan penghantar konon. pastu kedekut pulak tuh, T shirt sehelai pun nak berkira. ' ketawaku melihat surat yang diberi itu. T shirt dipakai dan tak sangka T shirt tersebut bersaiz tepat mengikut saiz badan saya. T shirt dipadankan dengan seluar fit dan kasut. 'nasib ada bawa seluar fit. kasut pun pakai kasut jalan jer lahh. '

jam baru menunjukkan pukul 2. 'ala,  saya belum makan tengahari lagi ni. nanti cam mana nak buat aktiviti lasak kalau tak makan. mana boleh nampak lemah depan Helmi. ' peti sejuk mini dibuka untuk lihat jika ada makanan yang boleh dimakan. hampanya, hanya makanan2 ringan je saya terbeli semalam. 'lantaklah,  janji ada makan. ' diambil makanan2 ringan tuh lalu apa lagi, 'dibantai' lerh sorang2 kat ruang tamu sementara menunggu jam 3.

henfon dipandang untuk lihat jam. skrin henfon memaparkan jam 2:50. kebetulan pada masa yang sama, notification tanda message masuk berbunyi. terpapar nama Helmi, 'saya tunggu kat lobi ni. ' ujarnya dalam message tersebut. backpack mini terus dicapai beserta dengan kunci bilik hotel. bilik hotel dikunci dahulu sebelum diri dibawa ke lobi hotel.

kelihatan Helmi yang sedang melambai kearahku dari jauh sambil melangkah menuju ku. "on time!  bagus." sambil melihat jam tangan yang tepat menunjukkan jam 3. " well ni syahirah lah,  of course on time kalau kena janji. " pujiku. "hek eleh,  pantang kalau kena puji, melebih pulak. hmm jomlah gerak sekarang. " cadangnya dan ketika baru saja nak langkah keluar dari hotel, "eh kita pergi naik apa ni. " soalku sambil menahan pergerakannya. "naik motor lah apa lagi. well cik adik ,kita kan kat thailand dan memang kebanyakan orang2 sini naik motor atau kereta 'tuk2' je. " ujarnya. 'budak ni, saya tanya je kot manatau tetiba kerja gila kena suruh pulak kite jalan kaki. ' kutukku dalam hati. "oih , tengah mengutuk saya lah tuh kan dalam hati. " sambil petik jari di depan muka ku. "eww,  buang masa je nak kutuk kau. cepat lah kita jalan! mana motor kau? " cuba untuk menukar topik.
" ada tuh, marilah" sambil menunjuk kearah motosikal yang diparkir dengan cantik lalu berjalan ke arahnya.

helmet dihulurkan dan semestinya keselamatan perlu diutamakan walaupun di luar negara. motor digerakkan selepas kedua2 kami dah naik. " Helmi! kita nak ke mana ni? " soalku dengan nada yang agak kuat sikit keran keadaan ketika di jalan raya itu mungkin agak menyukarkan untuk pendengaran yang jelas. "adalah, jangan risau saya jamin kau mesti suka tempat tuh. " ujarnya tanpa memberi maklumat yang jelas. setibanya di lokasi, saya memang agak terkejut campur terpegun dengan lokasi ini. 'alamak!! kalau bab2 ini saya memang fail lah. tidakkkkkkk' jeritku dalam hati.

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now