part 40

58 3 0
                                    

mataku dibuka apabila terasa badanku lebih hangat. Baru ku sedar badanku telah disarung dengan jaket yang tebal. walaupun hujan masih tidak berhenti, namun ia tidak menjejaskan ku. Mungkin jaket ini kalis air kot. Eh kejap! dari mana pula datangnya jaket ni?! "Eh dah bangun rupanya !" kalini mataku bertentang dengan sepasang mata milik Helmi. patutlah aku rasa kepala aku selesa sangat . rupanya kepala aku tengah landing di bahu Helmi. Tanpa aku sedar, aku memeluk Helmi sambil melepaskan tangisan ku yang telah aku tahan dari tadi. Dilepaskan segala trauma aku di badan Helmi. Helmi yang mulanya sangat terkejut dengan tindakan itu hanya biarkan saja.
Buat pertama kalinya, aku nampak seperti perempuan yang lemah di depan Helmi.

"Nampaknya hujan macam dah reda sikit,  tapi rasanya lebih baik kita gerak sekarang. Takut hujan turun balik. " cadang Helmi selepas aku melepaskan pelukan tadi. "ergh, saya tak boleh nak gerak lah. "terpaksa juga aku suarakan masalah ku. sebab badan aku memang sangat sakit sekarang ni. lagi-lagi kaki aku. Haihh.
"hmm naik belakang aku! " arah Helmi sambil separa duduk membelakangkan ku. Dengan tujuan untuk memudahkan ku untuk naik ke belakangnya. "okay ke? " was was pula aku nak naik. "Jangan pandang saya sebelah mata lah, naik cepat! " gesa Helmi lagi. kali ni aku takde pilihan lain selain daripada naik ke belakang Helmi. Walaupun dalam kepayahan, berjaya juga aku naik belakangnya.

Tekaan Helmi sememangnya tepat, Hujan itu turun semula. Dan kali ni lebih lebat berbanding tadi. Kami singgah di berteduh di bawa sebuah pokok. Nasib juga tidak ada petir. Kalau diikutkan, memang bahaya betul berteduh di bawah pokok masa hujan ni.

Tiba-tiba air muka Helmi berubah bila dia raba-raba poket dia. Dahinya ditepuk beberapa kali. berkerut dahi aku hairan tengok kelakuan Helmi yang macam kehilangan anak. "hurmm, tunggu sini kejap tau. aku nak tengok sekeliling sini, nak cari cincin aku. " pesan Helmi lalu berjalan ke arah lereng bukit tidak jauh dari tempat perteduhan mereka tadi. Cincin?!  cincin apa yang hilang tuh? 

Tiba-tiba ada banyak lampu terarah padaku seiring dengan laungan namaku. "Syahirah!! " teriak seseorang dari jauh sambil berlari ke arah ku bersama dengan ahli kumpulan yang lain.

Dan pada masa yang sama, aku terdengar salah seorang ahli kumpulan mereka teriak sambil menunjuk ke arah lereng bukit yang tidak jauh dari tempat perteduhan itu.

jantungku seakan-akan ingin berhenti apabila aku ternampak kejadian yang baru sahaja berlaku.  sebuah tanah runtuh yang kecil baru sahaja berlaku di depan mataku. Dan itu juga merupakan kawasan yang baru saja Helmi pergi.

"HELMI!!!!!! " Teriakku seiring dengan air mata yang tidak berhenti dari terus keluar.

.....

Tempat persinggahan mereka tadi tidak lah jauh daripada jalan utama. Ahli kumpulan yang lain bergegas ke arah tanah runtuh itu untuk bantu keluarkan Helmi daripada timbusan tanah itu. Helmi dihantar ke Hospital berdekatan dengan Ambulans yang baru sahaja datang selepas dimaklumkan oleh salah seorang ahli kumpulan pencarian tadi. Aku juga disertakan ikut ambulans yang sama dengan Helmi untuk mendapatkan rawatan juga .

keadaan Helmi yang terlantar di atas katil sorong  dalam keadaan tidak sedar itu menambahkan lagi sebak di hati. Tangannya dipegang oleh aku lalu diletakkan pipi ku yang telah dibasahi dengan air mata. Tiba-tiba terasa ada sesuatu dalam tangan Helmi. sesuatu yang keras. tangannya dibuka, kelihatan sebentuk cincin terletak kemas dalam tangannya. Inikah cincin yang kau risaukan tadi tuh?  soalku dalam hati. Cincin itu terus dimasukkan ke dalam poketku apabila pintu ambulans tersebut dibuka. Helmi dikejarkan ke bilik kecemasan, manakala aku pula dibawa ke bilik rawatan dengan bantuan kerusi roda .

sebaik sahaja aku selesai diberikan rawatan, aku dinasihatkan untuk berehat. sebaik sahaja doktor dan jururawat itu meninggalkan ku. Aku terus turun dari katil dengan perlahan dan duduk di kerusi roda. Segera aku bergerak keluar dari bilik untuk mencari Helmi. Jururawat yang ada di situ aku tahan, "Cik, dimana bilik rawatan lelaki yang baru tadi dimasukkan ke sini atas kes tertimbus tanah masa tanah runtuh tadi." soalku. "owh ,lelaki tuh masih dalam rawatan. " jawab jururawat itu,dalam bahasa cina. "Boleh cik bawa saya ke ruang menunggu dekat bilik rawatan tuh tak? " pintaku lagi berbahasa cina. Jururawat itu tersenyum lalu bantu menolak kerusi roda ku ke tempat yang hendak dituju.

Kata -kata jururawat berbangsa cina tadi masih terngiang -ngiang di kepala.
"Doktor kata 50% untuk dia selamat dan 50% sebaliknya, semuanya bergantung kepada pesakit itu. "
Ya Allah engkau lindungilah dia. Doaku lagi dalam hati.

cincin yang mulanya berada dalam poket ku dikeluarkan. Cincin tersebut dibelek-belek. pergerakan jariku terhenti apabila terdapat ukiran namaku, 'Syahirah' pada cincin tersebut. Air mataku mengalir sekali lagi. Terasa murah betul air mata ini.

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now