part 27

38 1 0
                                    

Syahirah yang sedang lena tertidur ditatap wajahnya lama-lama. 'maafkan saya sebab tak dapat temani awak semasa awak sakit. Saya percaya yang Aqmal boleh jaga awak dengan lebih baik. namun walau bagaimanapun, saya akan sentiasa lindungi awak dari belakang .' kata- kata itu hanya mampu dipendam dalam hati Helmi. lalu Helmi meninggalkan bilik itu .

'sudah 3 hari saya kena tahan kat hospital, Helmi langsung tak datang jenguk saya. ' agak sedih juga bila diri diabaikan begitu saja secara tiba-tiba. kereta yang di balai polis telah diurus oleh Aqmal setelah dimaklumkan oleh Helmi. "eh dah bangun? baru je saya balik dri Mcd beli bubur. untung nasib lah awak dapat makan bubur panas2 ni. " kata Aqmal yang baru saja melangkah masuk. "wahh, untung nya jadi sakit ni. kena layan macam puteri. " ujarku dengn nada keriangan. "ewahh2 cik adik. kalau tak sakit pun saya boleh layan awak cam puteri juga tau. " kata Aqmal lagi sambil membantu ku untuk duduk dan dekatkan meja untuk saya makan. tiba-tiba sahaja Helmi menghilang dan digantikan pula dengan kehadiran Aqmal.

"tak guna punya perempuan!!! kenapa lah kau tak mati saja?!  sampai Aqmal pula tergila-gilakan kau pastu menyusahkan dia nak jaga kau pula!! " meroyan Mira setelah mendapat berita dari orang upahannya. "ini tak boleh jadi!! aku akan pastikan kau MENYESAL sebab merampas hak milik aku! " diiringi dengan ketawa bagaikan orang gila.

'Aqmal ? ya allah apa Mira dah buat ni? ' Datin Zahira sedang mengintip dari luar pintu bilik Mira. 'saya perlu nasihatkan Aqmalnanti kesian budak tuh teraniayai. ' nekad Datin Zahira lalu berjalan ke balkoni luar rumah sambil dikeluarkan henfon dari poket untuk membuat panggilan.

talian disambungkan.

"assalamualaikum datin, ada apa ye call saya ni? " sapa Aqmal dalam talian. "waalaikumsalam, ish tak perlulah nak ber datin- datin sangat. panggil je makcik pun dah kira okay. maaflah kalau mengganggu Aqmal ye. ni makcik nak bagitahu, mulai harini Aqmal kena lebih berhati-hati tau. makcik rasa Mira tuh dah semakin melampau perangainya. makcik bimbang kalau nanti dia akan susahkan Aqmal kelak. " nasihat Datin Zahira kepada Aqmal.

Baru saja Aqmal ingin membalas, tiba-tiba saja talian dimatikan. "eh kenapa pula datin matikan talian tiba-tiba ni. " lalu diabaikan saja apa yang dibingungkan kepala.

"Mak buat apa tersorok- sorok kat semak ni? " soal Mira.  kehadiran Mira yang mengejutkan Datin Zahira menyebabkan beliau terpaksa serta merta mematikan talian agar tidak terhidu perbuatannya. "hmm, takdelahsaja mak nak tengok-tengok tanaman kita ni, manatau lah ada yang mak tak puas hati dengan kerja mak piah tuh" bohong datin sampai terpaksa membabitkan nama pekebun rumahnya. "ergh, suka hatilah mak lah. ni Mira tak balik malam ni, Ada hal dengan kawan-kawan. " lalu meninggalkan Datin berdiri seorang di balkoni. "ya allah, apa kenalah dengan anak dara saya sorang ni." keluh Datin kerana belum sempat beliau nak tegur sudah pula jalan budak tuh.

"Harini awak dah dibenarkan untuk keluar Hospital. Dan kalau boleh tolong kurangkan aktiviti-aktiviti ganas buat masa ini sahaja ye. " nasihat doktor yang berupa tampan itu. langkah doktor diperhati sampai ke luar . "oih, mata tuh jaga sikit eh. jangan nak menggatal sangat. " sergah debbie setelah diperasan tingkah laku ku. "alah biarlah, yang penting saya masih single. lain lah yang dah berpunya tuh, memang perlu dijolok lah matanya tuh kalau dah ada niat nak pandang-pandang yang lain. " sindirku lalu diiringi dengan satu cubitan padu oleh debbie. "aduiii!  dah tengah sakit dicubit lagi, tambahlah kritikal sakit ni. " merajukku sambil diraba-raba bahu yang baru saja dikenakan cubitan. "hah tuh baru sikit tau, lain kali fikir dulu sebelum nak cari pasal. " ujar debbie sambil ketawa.

"owh yaa, mana Helmi eh? rasanya batang hidung Helmi di hospital pun tak nampak. " soal debbie. " haah,  entahlah. mungkin dia sibuk kot. " ujarku namun dalam hati agak kecewa sedikit dengan perbuatan Helmi yang seakan-akan tidak mengambil berat tentangku. " cuba kau call? kau umpan dia untuk datang. kiranya macam set trap lah" cadang debbie. "hmm boleh guna juga rupanya otak kau ni kan. " pujiku lalu henfon dicapai dari meja kecil yang terletak di sebelah katil.

talian diangkat.

"hello Helmi!  boleh awak datang ke sini tak? urgent!! " sebuah lakonan yang diiringi dengan nada cemas. talian terus saja dimatikan olehku.

"hello?! hello?! " Helmi agak cemas apabila talian terus dimatikan. 'ihh takde orang yang jaga dia ke sekarang? ish lebih baik saya ke sana sekarang. ' kunci kereta dicapai. kereta dipandu keluar dari kawasan perumahan menuju ke hospital.

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now