part 13

65 2 0
                                    

"eh awak? tak sangka kebetulan kita boleh jumpa kat sini. " ujarku sambil terasa ada taman di hati. "saya dari kelmarin lagi kat sini esok petang kena ke bali indonesia pulak. " ujar Aqmal. "awak pula bila sampai sini? " soalnya lagi. "tadi tengahari. " hanya itu yang mampu keluar dari mulutku. 'tetiba pula bibir ku macam kaku susah nak bawa borak lama2'. "awak dah makan ke? kalau tak, saya kira nak suggest awak satu tempat yang ada jual makanan yang memang meletup punya sedap ." ujarnya dengan teruja. "belum, terliur pula saya dengar awak cakap macam tuh. " membayangkan sesedap cam mana lah makanan tuh. "yes, jom lah kat depan je gerai dia tuh. " tanpa disedarinya, dia sedang memegang tanganku.  tanganku perlahan cuba untuk dilepaskan ." eh sorry sangat2, saya tak sedar pula terpegang tangan awak sebab terlalu excited. " lalu melepaskan tanganku dan tunjukkan saya jalan ke arah gerai tuh.  'what?!  dia excited sebab dapat makan ke atau sebab ada saya ?' persoalan mulai bermain dalam minda.

saya agak terkejut dengan makanannya. lagi2 kegemaran saya iaitu udang dengan saiz yang besar dan panjang sikit berbanding udang biasa. memang puas lah makan. cakoi pun ada jual tau tapi berbentuk seakan2 buaya. kreatif sungguh dorang yer. "maaf yer tadi sebab terpegang tangan awak, jangan lah awak repot kat boyfriend awak tau. karang biru mata saya nanti ditumbuknya. " dengan mukanya yang agak bersalah. 'hal kecik gitu pun boleh sampai pucat muka tuh. kesiannya. ' gelakku dalam hati. "alarhh tak pelah bukannya kritikal sangat pun hal kecik je,  lagipun saya masih single nak repot kat siapa juga? " ujarku.  "eh single?!  mustahillah, ke awak saje je nak sedapkan hati saya? " renungannya ketika ini membuatkan saya rasa agak panas walaupun takde matahari. "betullah! yerlah muka sepuluh sen cam ni sape lah nak kan? " merendah diri konon. padahal mase kat depan cermin,  saya rasakan saya lah yang paling lawa di dunia ni. "cantik ape awak ni, tapi mungkin awak terlalu cerewet kot, tuh yang susah lelaki nak pikat." ujarnya. 'alamakk, dia kata saya cantik lahh. manisnya mulut dia bila bercakap,  bukan cam helmi tuh, mulut langsung takde insurans. ' ujarku dalam hati memuji kelebihan Aqmal. "cerewet tuh mesti, barulah tak silap memilih pasangan hidup semati. " ceramahku bagaikan orang yang berpengalaman pulak. Aqmal sepertinya sedang cakap sesuati tapi tak kedengaran, sebab keadaan di pasar malam itu agak riuh pula tetiba.

*Aqmal's view
" hmm susah lah saya nak pikat awak ni. " keluhku dengan nada yang agak perlahan. "apa?! " soal syahirah. 'eh, apsal saya boleh terlepas cakap pula ni. ' "ha?!  takde lah. " bohongku. 'saya janji satu hari nanti saya lah yang akan bersalam dengan wali awak untuk berjanji yang saya akan jaga awak dan hidup bersama dengan awak. tunggu sajalah nanti.' janjiku dalam hati sebagai simbol untuk kuatkan semangatku untuk teruskan usaha saya.

"dah lewat ni, saya rasa lebih baik saya balik hotel sekarang. " ujarku. "owh okay, kalau begitu saya hantar awak lah. tapi kalini naik motor je, sebab saya perasan ramai orang suka naik motor kat sini, tuh yang tukar angin nak sewa motor pulak." ujarnya. "eh tak kisah lah, motor pun syok lah boleh juga menikmati angin malam ni. "
tiba sahaja di bilik, badan terus dihempapkan atas katil. dah tak larat nak bangun, mata terus ditutupkan.

*Helmi's view
'siapa lelaki yang dengan syahirah tadi tuh? macam mesra je dorang dua. ' keluhku sambil cuba memikirkan gerangan si jejaka tersebut.
-throwback di pasar malam-
'eh tuh kan syahirah, sampai hati dia tak kasitau dia pun ada di thailand. ' baru sahaja nak pergi tegurtiba2 mucullah seorang jejaka yang terlebih dahulu menegurnya. terbantut terus niat nak pergi tegur. dari jauh, mereka dilihat seperti kenal antara satu sama lain dan kelihatan mesra pula tuh. terus mood nak jalan2 terbantut dan terus kembali ke hotel.

'kenapa saya rasa sakit bila nampak dia mesra dengan lelaki lain? boyfriend dia ke tuh? ' dada disentuh dengan telapak tangan. terasa seperti hatiku berdegup dengan lebih laju dari biasa. 'kenapa hati saya tiba2 berdegup laju? takkan lah saya boleh jatuh cinta kat dia pula. ' soalan demi soalan yang semakin bertambah bermain di dalam mindaku. 'Helmi, awa tak boleh suka dia. mungkin dia memang dah ada boyfriend pun dan mungkin lelaki tadi tuh lah boyfriend dia. ' cuba ditahan perasaan ini.

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now