part 20

59 4 0
                                    

tidak juga ramai yang orang yang membeli belah kat times square ni, mungkin sebab musim kerja kan jadi semua pun sibuk. "lama tunggu ke? " sapa Aqmal yang baru saja berdiri di depan ku. "tak lah, kira on time lah kita sama-sama sampai ni. " ujarku. "oh ya! apa yang awak nak minta tolong ni? " soalku. " dah masa lunch ni, kita makan dulu lah pastu baru saya jelaskan. " cadangnya. "owhh boleh juga, nak makan kat mana? " lajuu jee jawab kalau bab makan ni. bak kata orang tua ; rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. "kita makan kat KFC jerlah, craving pula nak makan sana. sebabkan sibuk lah tak dapat nak jenguk datuk aku tuh. " ujarnya. 'datuk? apa kena pula dengan KFC tuh? ' "kenapa dengan datuk awak? " soalku. "datuk saya okay je, kenapa? owh! datuk yang saya cakap ni datuk glamor saya yang jadi duta KFC tuh" jelasnya lalu ketawa. 'ceh itu rupanyaa, aduii lambatnya nak pickup '

sedang asyik menikmati hidangan, saya dapat melihat seorang kelibat wanita yang terus larikan diri apabila saya dapat kesan yang dia sedang memerhati kami. 'kenapa cara dia memerhati kami sangat pelik? mungkin tuh perasaan saya jer kot. mungkin kebetulan je. ' fikirku positif.

Mira's view
'Aqmal!! eh siapa pula minah yang tengah makan dengan dia tuh? ' langkahku terhenti apabila melihat Aqmal bersama dengan perempuan lain. 'patut lah kau dah tak nak saya, rupanya dah ada minah lain!! tak guna! ' geramku melihat mereka berdua sama2. 'awak tinggalkan saya sebab saya dengan lelaki lain tapi rupanya awak pun dua kali lima sama je. kau fikir kau boleh senang2 nak buang saya begitu je, kau dah silap orang lah Aqmal. ' minah tuh seakan2 perasan yang saya sedang memerhati mereka. lalu ku pergi meninggalkan tempat itu beserta dengan nekad untuk merebut semula hak saya.

"sebenarnya saya nak minta tolong untuk cari hadiah yang sesuai untuk. mak saya. saya tak tau nak beli apa, awak kan perempuan mesti awak tahu apa yang perempuan suka kan. " jelasnya. "makcik birthday ke? bila? owhh, tak semestinya kitorang perempuan mempunyai cita rasa yang sama tau. tapi kalau untuk makcik saya akan cuba lahh berdasarkan apa yang saya nampak dalam perkenalan kami. " ujarku.
"yaa, birthday dia lusa. terima kasih ye sebab sudi tolong saya. " dengan senyumannya yang memang mampu mencairkan hati semua wanita.

bahuku disentuh dari belakang ketika sedang berbincang dengan Aqmal. dan lalu diberi kejutan dengan "pick a boo!! " setelah saya memandang ke belakang. "eh! ih ! oh! oihhh! apa nii Helmi, buat orang terkejut jer lahhhh" dipukul bahunya bertubi-tubi. "tengah dating ke? sory kacau daun" ujarnya apabila melihat kelibat Aqmal di belakang ku. "eh tak lahh, perkenalkan di kawan saya Aqmal dan ini pun kawan saya juga Helmi. " mereka dua bersalaman sebagai tanda perkenalan.

Helmi's view
'yess akhirnya saya dah kenal pasti status hubungan syahira dengan lelaki ni. setakat kawan je, masih ada peluang untuk saya. '

"korang tengah plan apa tuh? nak join boleh? " pujuknya sambil buat memek muka comel. "ikut jer lahh,  takde yang menghalang pun. "

Aqmal's view
'ish mamat ni datang dari mana pula. baru je nak shopping berdua, ada je yang jadi halangan. macam takde kerja lain pula, nasib setakat kawan. kiranya masih ada peluang buatku. '

"saya rasa lah kan lebih baik kita beli skarf je lahh. sebab itu jee yang senang fikir. kalau baju susah, sebab kita takde saiz makcik. " cadangku. "okay juga cadangan awak tuh, saya ikut jer lah. " dengan lajunya dia setuju. manakala Helmi pula hanya mendengar je perbincangan kami. lalu kami bertiga bergerak ke escalator untuk ke tingkat bawah dimana ada tempat jual pakaian muslimah yang juga menjual skarf dan tudung2.

skarf coklat muda yang digantung itu menarik perhatianku lalu diambil dan dibelek kainnya. "Aqmal, apa pendapat awak dengan skarf ni? warna nya tak gelap dan tak berunsurkan muda sangat pastu kainnya pun sejuk. " skarf tersebut dihalakan ke arahnya. "wow,  walaupun saya lelaki,  tapi saya pun berkenan dengan pilihan awak ni. kita ambil ni jer lah. " lalu skarf itu dibawa ke kaunter untuk buat bayaran.

"hadiah dah beli kan? apa kata kita tengok wayang? saya belanja. " cadang Helmi. "serious kau belanja? saya okay je. Aqmal, awak pula cam mna? nak join? " soalku. Aqmal bersetuju untuk join selepas dia megambil masa untuk fikir. kami berada di dalam panggung wayang tuh kira- kira 3 jam jugalah rasanya.

sepanjang kami bertiga bersama-sama harini, saya perasan tingkah laku dua orang lelaki ni sangat pelik dan tiba-tiba saja saya dilayan seperti puteri kayangan. ' dah kenapa dengan dorang ni? buang tabiat ke? '

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now