part 36

40 2 0
                                    

Kelihatan Helmi tersengih-sengih sambil menahan ketawanya apabila melihat perubahan air muka ku.
Cuba diingat semula apa yang terjadi, tapi kalau dah tidur mati dunia bergegar pun mesti tak sedar lah. Haihh buat tak tau je lah. terpaksa lah aku buat muka tembok tak tau malu.

Helmi yang disebelahku masih lagi dengan mukanya yang sedang menahan ketawa sambil menolak bahu ku berkali-kali. Haih mamat ni memang nak kena betul lah.
"boleh gila aku tau tak?! kalau berkawan dengan kau ni. " dengan nadaku yang agak geram waktu ini.
"alarh, ni baru usik main-main. kalau kita kahwin nanti, saya usik manja-manja lah. Barulah awak rasa bahagia memanjang. " usik Helmi sambil menolak bahu ku lagi. Dan kali ini hampir saja aku jatuh menghempap di tanah.

tanganku pantas menarik lengan Helmi sebagai pertahanan, nasib Helmi sempat menyeimbangkan kedudukannya dan menarik aku untuk kembali ke posisi berdiri. tetapi malangnya posisi ku sewaktu itu berada sangat hampir dengan Helmi dan mukaku yang agak hampir dekat dadanya sehinggakan  boleh merasakan setiap hembusan nafas Helmi di kulit kepala ku. masing-masing menjauhkan diri dengan segera setelah sedar akan posisi mereka waktu itu.

"oih, kenapa dengan muka kau ni merah semacam? first time jumpa lelaki sekacak aku ke? " dengan nada perli Helmi, lalu langkah seribu meninggalkanku terpinga-pinga di sini yang masih dalam proses menahan malu. takut kena bom oleh aku lah tuh, atas usikannya yang sangat memanaskan hati. "suka sangat nak menyakitkan hati aku." gumam aku dengan rasa yang tidak puas hati.

Sengaja disibukkan diri, kononnya sedang mencari sesuatu yang dijual oleh penjual-penjual di pasar itu. Sedangkan aku pun tidak tahu apa yang seharusnya aku beli.

"Syah! kau dah membeli ke? " Debbie yang entah dari mana, tiba-tiba sahaja terpacul di depan ku lalu menegur ku.
"kau nampak tangan aku ada pegang apa-apa ke? " sindirku. sudah terang lagi bersuluh tangan aku sememangnya kosong tanpa memegang apa-apa beg plastik pun sepertimana pengunjung- pengunjung di pasar itu.
"alah, saja je aku tanya. tuh pun nak marah. " ujar Debbie sambil menunjukkan tindak balas seakan-akan orang yang merajuk.
"mana ada aku marah sayang oii. hmm, nampaknya kau pun beli apa-apa kan? so apa kata kita dating kejap, temankan lah aku membeli. aku mana tau nak beli apa. " segera diubah topik, sebelum rajuknya bertambah panjang.
"hmm, yerlah. memang tujuan aku datang ni nak ajak dating dengan kau. sekali sekala, rindu nak beli belah dengan kau yang banyak ragam ni. " kata debbie sambil memeluk lenganku .
"eh, kau ni jangan lah pegang-pegang. nanti pakwe kau cemburu buta. habis benjol mata aku nanti. " lenganku ditepis dari pegangan itu, lalu memandang sekeliling. kononnya nak pastikan Azzrif tak ada di kawasan sana. padahal tuh hal biasa je kot. memang dah jadi tabiat kami dua sekawan ni.
"eleh, berani dia nak tumbuk bestfriend aku ni. sila langkah mayat aku dulu! " dengan nada yang kononnya dia berani sangat.

"Syah! kau belum buat keputusan ke pasal luahan Aqmal? " soal Debbie sebaik sahaja kami berdua mengambil tempat di sebuah warung yang berdekatan.
Belum sempat soalan itu berbalas, pelayan wanita itu telahpun datang untuk mengambil pesanan. "bagi kuew tiao basah 2 dan ais limau 2 yer dik. " pesan Debbie tanpa perlu mendengar kehendak ku. sebenarnya, kehendak ku sama seperti yang dipesan oleh Debbie sebentar tadi. sememangnya dia lah kawan sejati yang mengenal sepenuhnya tentang perangai ku ini.
"kay sambung balik cerita, so apa cerita kau dengan Aqmal? jangan lah buang masa, karang dia tak jadi nakkan kau. padan muka. " kata debbie.
"kalau dia dah tak nak, sudahlah. banyak lagi lelaki lain kat luar sana tau. kumbang bukan sebiji. " jawabku selamba.
"ish kau ni! aku seriuslah! jangan lah main-main. ni soal masa depan kau, tau tak? aku cuma nak tengok kawan aku ni bahagia. aku dah anggap kau ni macam adik beradik aku tau, boleh dikira kau ni sebahagian nyawa aku. so kau mesti kena bahagia selalu kalau nak tengok aku bahagia. aku sayang kau, dan aku tak akam benarkan mana-mana manusia pun yang cuba nak sakitkan kau. " luah Debbie, tidak lama kemudian setitik air matanya melimpah keluar dan matanya berair seakan-akan sedang menahan air mata dari terus keluar.

aku yang sangat terharu akan luahannya, lalu berdiri dan mengambil tempat duduk di sebelahnya. lalu diusap-usap belakangnya.
"aku tahu lah, jangan lah nangis. kau pun satu-satunya kawan aku yang sentiasa ada ketika ku susah dan senang. sama-sama merasai susah, sama-sama menikmati kesenangan. " ujarku sambil menenangkannya.
lalu aku balik semula ke tempat duduk asalku. menu yang dipesan, baru sahaja tiba. masing-masing menyepi , sibuk menikmati makanan di depan mata.

"sebenarnya aku ada kenalan penulis novel cinta. aku dah tanya dah pendapat dia pasal kes-kes macam kau ni. Dan hasilnya, aku dapat lah ilmu baru. 'Bandingkan nervous kau bila bertentang mata dengan si lelaki pertama dan yang kedua' itu lah yang dia kata. " ujar Debbie sebaik sahaja kami habis menjamu selera.
"laah, boleh percaya ke dengan 'penulis novel cinta', bukannya dia berpengalaman pun. dorang ni cuma mereka kisah cinta orang lain, bukannya mengalami sendiri pun. "
balasku lagi.
"tuh lah kau ni, tak tau. dari mana dorang nak dapat ilham untuk buat novel-novel tuh semua, kalau dorang sendiri tak pernah nak alaminya. lagipun dia professional tau dan sangat dikenali. " dengan bangganya Debbie membela si penulis. setahu aku Helmi pun seorang penulis, tapi tak tahu pula aku buku apa yang ditulisnya.
"hmm yerlahh, kau menang. " balasku, mengalah dalam perdebatan dengan si Chef ni. kalau dibiarkan aku yang menang, memang alamatnya tak merasa lah masakan dia nanti bila balik KL.

'Bandingkan nervous kau bila bertentang mata dengan si lelaki pertama dan yang kedua' kata-kata yang disampaikan oleh Debbie masih lagi terngiang -ngiang di kepala.

patutkah aku cuba cara ni?

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now