part 31

40 3 0
                                    

henfon di sebelah diambil apabila ia mendendangkan lagu menandakan panggilan masuk. 'Aqmal' panggilan segera diangkat. "eh! Aqmal.. ada apa call malam-malam ni? " sapaku dalam talian. "larhh, mesti kena ada apa-apa dulu baru boleh call ke? yerlahh.. siapalah saya yang boleh call anytime anywhere. " balas Aqmal perlahan. 'Alamak takkan dia merajuk pula? '
"eheh!!  tak lahh saja je tanya manatau lah kot-kot ada emergency ke... sepatutnya  siapalah saya kam nak call awak malam-malam ni. " balasku berbasa basi.

Helmi dihadapan merenung ke semacam dan menggunakan pergerakan mulut yang menyebut "A... Q... M.. A... L" secara perlahan-lahan. hanya anggukan yang diberi untuk mengiakan tekaannya.

"awak tak bosan ke? jom ke kafe kejap kita minum atau makan makanan manis-manis. tiba-tiba pula teringin ." ajak Aqmal bersungguh-sungguh. "owhh kebetulan pula saya memang dah ada kat luar nii. saya tunggu awak kat kafe lah. " balasku teruja. "okay! 5minutes from now." janji Aqmal. talian terus dimatikan.

"apa dia kata? " soal Helmi tidak sabar. "Dia ajak lepak makan kat kafe kejap , nak minum air manis katanya. " balasku. "what?! dia craving ke? ya allah Syahirah apa kau dah buat dengan dia?!! " teriak Helmi lalu ketawa terbahak-bahak. "hisyyy!!  mereng betul lah otak kau ni! dah lahh aku nak caww dulu. " pamit ku.
"alarhhh takkan marah kot? yerlahhh mentang-mentang si cinta hati ajak minum-minum si kawan ni kena halau pulak. " ujar Helmi perlahan. "ewahh siapa yang merajuk sekarang ni? bukan aku nak halau, tapi takkan lah aku nak bawa kau sekali join kitorang? " soalku, Senyuman di bibir Helmi makin panjang. "eh takdenya! karang kau kacau daun je. " balasku lalu melangkah pergi ke arah kafe selepas berikan lambaian tangan ke Helmi menandakan 'bye! '

senyuman di bibir Helmi semakin menghilang. "ya Allah engkau tabahkan lah hati hambamu ni. " tangan yang titadahkan diraupkan ke muka.

bayang-bayang Aqmal baru saja muncul dan berjalan ke arah meja yang telahku duduk. "dah order ke? " soalan pertama yang keluar dari mulut Aqmal sebaik saja mengambil tempat dihadapanku. pakaian yang dikenakan Aqmal sangat simple tapi 'boleh tahan' puji ku dalam hati. "hmm saya tak tau menu apa yang best kat sini. " sambil mendagu memandang jejaka di depan. perkataan 'saya ' cuba dibiasakan hanya pada Aqmal. karang takut saham jatuh pulak.

kini baru ku sedar... ada satu perasaan yang berbeza apabila saya bertentang mata dengan Aqmal dan Helmi. perasaan yang memberikan respon berbeza kepada dua jejaka itu. 'apakah maksud nya? ' soalan tidak berjawab berlegar-legar di minda.

"Syah!! " teguran Aqmal mengejutkanku dari lamunan.
"jauh betul angan-angan sampai saya terpaksa bercakap dengan meja ni ha" sindir Aqmal sambil menggeleng-geleng kan kepalanya. "tengah fikirkan teman lelaki yang nun jauh di sana ke? " soal Aqmal lagi.
"Hisy!  teman lelaki apanya? tak mampu lah nak berteman lelaki bagai ni. " balasku tegas.

perbualan kami terhenti apabila seorang pelayan datang ke meja kami untuk mengambil order. "Bagi cendol ais dua ye. " pesan Aqmal kepada pelayan tersebut. pelayan itu terus meninggalkan kami setelah mencatat sesuatu dalam nota kecilnya.

"ais cendol? kat Malaysia pun ada lah...  dah naik bosan dah makan benda tuh. " gumamku. " memang lah kat Malaysia ada, tapi kat sini punya cendol lebih pekat manis dan saya berani jamin yang Syah akan suka nanti. " balas Aqmal dengan yakin.

terasa lain pula apabila Aqmal menggelarkan diriku 'syah' dalam perbualan.

tiba-tiba kelihatan seorang wanita yang agak cantik dan seksi dalam perjalanan ke arah kami. "Hai Aqmal!  tak sangka saya boleh jumpa awak kat sini kan. kecil sungguh dunia ni yer. " sapa gadis itu dengan nada yang agak gedik. geli -geliman bulu roma aku dengar lenggok suaranya tuh. "hmm,  kebetulan lah sangatt. " balas Aqmal seperti acuh tak acuh nak layan gadis tuh. " By The Way,  I'm Mira and you? what should i call you? Snatcher or what? " tangannya dihulurkan untuk salam dengan mukanya yang kelihatan seperti tak senang dengan kewujudan ku. 'Snatcher?! apa pulak perempuan ni merepek pula? gile ke apa? ' hanya ditahan kemarahan itu dalam hati.

"Mira!! enough! jangan memandai nak libatkan dia dalam hal ini! " tegas Aqmal tidak puas hati dengan layanan yang diberi. "What?! i just nak kenal dengan dia lah. takkan tak boleh kot,  kita kan sepatutnya merapatkan silaturrahim sesama manusia betul tak awak? " balas Mira selamba sambio memandangku untuk minta sokongan. persoalannya saja ku abaikan. "you may call me Syahirah. " balasku dengan senyuman yang cuba diikhlaskan. "Nice to meet you. hmm i got to go, and wish for another meet with you soon." pinta Mira lalu meninggalkan kami dan sempat memberikan pandangan yang menggoda pada Aqmal tapi pandangannya hanya bertepuk sebelah tangan. Hahaha, padan muka kau!.

Aqmal hanya mendiamkan diri sambil meraup mukanya.  siapa Mira?  apa yang menyebabkan Aqmal serabut? ingin ditanya soalan itu tapi ditangguhkan dahulu untuk berikan Aqmal ruang. cendol yang dipesan baru saja tiba. cendol di depan dihabiskan dengan penuh nikmat syukur sebab dapat rasa cendol yang sungguh sedap iu yang secara langsung telah berjaya menawan hatiku.

"Mira!! enough! jangan memandai nak libatkan dia dalam hal ini! "
kata-kata ini masih terngiang-ngiang dalam otakku. 'libatkan dia dalam hal ini? ' apa maksud Aqmal?

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now