part 39

40 3 0
                                    

Debbie tersedar dari tidurnya dalam keadaan berpeluh. Mimpi yang baru sahaja dialaminya begitu seram. Betapa terkejutnya Debbie apabila dia menyedari Syahirah tidak ada di sebelahnya. Ke mana pula dia ni? takkan lah mimpi tadi...? segera Debbie keluar dari khemah. Tempat pertama yang bermain di kepala ialah tandas. Debbie bertambah panik apabila tidak ada orang di tandas awam. Langkahnya terus dilajukan untuk meronda sekeliling tempat perkhemahan untuk mencari Syahirah. Kalau betullah mimpi yang baru sahaja dialaminya... Tanpa membuang masa Debbie terus menuju ke satu jalan mati, dimana terdapat curam bukit ke bawah dan mungkin di bawah sana adalah hutan.

Lampu suluh di tangan dihalakan di sekitar jalan itu. Alangkah terkejutnya Debbie apabila terjumpa jam milik Syahirah yamg dihadiakan olehnya sendiri pada hari jadi Syahirah. jam tersebut tersangkut pada salah satu akar- akar pokok yang menjalar  di sana. Jam tersebut diambil terus dengan pantasnya Debbie berlari ke arah tapak perkhemahan.

Khemah milik Helmi dan Aqmal digoyangkan dengan kuat dengan tujuan untuk bangunkan mereka dari tidur. Akhirnya mereka keluar dari khemah mereka sambil gosokkan mata mereka yang masih berat untuk buka.

"Syahirah Hilang! aku syak dia jatuh di curam bukit hujung jalan tuh!! aku jumpa jam dia dekat sana tadi! " sambil menunjukkan jam yang dijumpanya. Habis sahaja debbie meluah, Air mata terus mengalir dengan deras jatuh ke pipi. Helmi dan Aqmal yang mendengarnya saja, hilang nantuk mereka sebentar tadi.

Tiba-tiba saja kedengaran budak menangis tidak jauh dari khemah mereka. "betul mak! tadi adik nampak ada satu kakak ni kena tolak jatuh turun bukit. jom lah tolong dia mak! " merayu budak tuh sambil teresak-esak.

hampir rebah  badan Debbie apabila terdengar apa yang dikatakan budak itu. Mungkin kah....

Aqmal terus bergerak ke arah budak itu untuk soal lebih lanjut.

"Saya nak pergi cari Syahirah! "
pesan Helmi lalu capai lampu suluh dan satu lagi jaket tambahan miliknya selain daripada jaket di badannya yang terletak di sebelah khemah lalu meninggalkan Debbie yang masih terduduk di atas lantai.

"Helmi mana? !" Aqmal yang baru saja datang terus melilau mencari kelibat Helmi. entah mana pula budak ni pergi dalam keadaan macam ini. "dia....cari..syahirah. "
jawab Debbie masih dalam keadaan teresak-esak.
"Ish budak ni! gelojoh betul lah! " kelihatan kedatangan satu rombongan pihak yang bertanggungjawab datang. Aqmal sempat berbual sekejap dengan mereka, lalu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mulakan pencarian.

Debbie dinasihatkan untuk tinggal sahaja di kem, bimbang jika keadaan akan menjadi lebih teruk jika Debbie ikut serta. Debbie hanya mampu menurut sahaja arahan tersebut. Tidak sesaat pun dia berhenti berdoa agar Syahirah selamat.

......

perlahan-lahan mataku dibuka dan melihat sekeliling. Dimanakah aku?
"aduh! sakitnya" badanku terasa amat sakit apabila aku cuba untuk bergerak. kaki ku juga sukar untuk bergerak. Mungkin juga terseliuh akibat terpulas masa kakiku tersangkut di akar sebelum badanku jadi tak seimbang dan lalu jatuh.

Eh, mana jam aku? cuba diingat semula kejadian tadi. Apa yang aku ingat ialah, masa aku nak jatuh aku sempat tangkap tangan seseorang tapi orang tuh tolak aku seiring dengan melepaskan tangannya yang berada kemas dalam peganganku. mungkin pergelutan tangan yang terjadi tuh, menyebabkan jam aku terlepas. Dahlah jam tuh memang longgar di tangan.

Walaupun sakit, namun aku tetap cuba untuk betulkan posisi ku dalam keadaan duduk bersandarkan sebuah pokok yang telah menyelamatkan ku.

Tiba-tiba hujan pula turun membasahi bumi. Dalam keadaanku yang begitu sukar untuk bergerak, ditambahkan lagi dengan kesejukan .

"Tolong!!!! " akhirnya terkeluar juga suaraku untuk meminta tolong. Adakah orang yang akan dengar suaraku? aku sendiri pun tak tahu aku kat mana ni? kaki ku dipeluk dan muka ku disembamkan ke lutut untuk menahan sejuk. Mak! Tolong!  teriakku dalam hati. Di saat ini, muka ibuku, ayahku, adik beradik, dan kawan-kawan ku bermain dalam minda. Terbayang akan kesedihan mereka apabila aku sudah tidak ada di dunia ini. perlahan-lahan air mata ku jatuh mengalir ke tanah seperti mana air hujan yang jatuh ke tanah.

.......

Dengan berhati-hati Helmi melangkah di kawasan lereng bukit itu. Hujan Lebat yang baru saja turun menambahkan lagi kerisauan dalam hatinya. Gambaran Syahirah dalam keadaan kesejukan bermain dalam kotak minda nya. "Syahirah!" teriak Helmi sambil menghalakan lampu suluhnya di setiap sudut hutan itu. Mulutnya tidak pernah berhenti dari terus memanggil nama Syahirah. Dengan Harapan syahirah akan mendengarnya. Ya Allah engkau lindungi lah dia. Doa Helmi dalam hati.

Tiba-tiba entah dimana silap langkahnya menyebabkannya jatuh tergelungsur ke bawah. Terasa sakit pula punggunnya apabila terlanggar batu- batu di permukaan tanah.

"Tolong! "suara yang baru saja didengarinya menghilangkan rasa sakit di punggungnya. Lampu suluh yang masih berada dalam genggaman tanganku dihalakan ke sekeliling untuk mencari arah suara itu.
"Syahirah! kau kat mana?! " teriak Helmi sambil menegakkan badannya untuk berdiri.

....

Kepala ku terus diangkat apabila terasa seperti namaku dipanggil.
"aku kat sini!! " teriak ku lagi. Entah dengar kah tidak suara aku, itu je lah tenaga yang mampu aku keluarkan sekarang. Tiba-tiba ada cahaya yang terarah tepat di mataku. "Syahirah!!" teriak seseorang yang masih samar-sanar di pandangan ku. Tiba-tiba pandangan ku jadi Gelap semula.

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now