part 26

40 1 0
                                    

sebaik sahaja sedar dari mimpi yang agak ngeri. ku sedar yang keadaan bilik itu sangat asing berbanding bilikku. tangan kananku dibalut dengan pembalut luka. seluruh badanku terasa sakit-sakit. 'apa yang terjadi ni? bukankah tadi itu hanya mimpi semata-mata. ' cuba diingatkan kembali apa yang terjadi.

"syahirahh!! " sergah Aqmal yang baru saja masuk ke bilik itu.

"ya allah!! syahirah! " teriak mak Aqmal yang juga berada di kawasan kejadian itu. Helmi sewaktu itu sedang memapah syahirah ke dalam keretanya untuk dihantar ke hospital. "Helmi! saya nak ikut sekali! " teriak Aqmal yang baru saja tiba di tempat kejadian. "naiklah cepat! " balas Helmi terus masuk ke dalam kereta.

"encik, saya inspektor rahman ingin menyoal siasat mengenai kejadian tadi. jika encik tidak keberatan, saya ingin tanya beberapa soalan saja di balai polis. " ujar inspektor yang baru saja tiba di hospital tempat syahirah dirawat. "baiklah. Aqmal ,kalau ada apa-apa telefon sayananti saya akan datang balik ke sini. " pesan Helmi sebelum dia bergerak mengikut jejak inspektor Rahman.

"awak jangan banyak bergerak ye, doktor kata otot-otot awak terkejut tuh yang awak akan rasa sakit-sakit." ujar Aqmal sambil menolak semula badanku untuk menyandar di katil. tanpa disedari , air mataku mengalir dengan deras jatuh ke pipi. "awak jangan lahh nangis. saya memang lemah kalau nampak perempuan nangis. " ujarnya sambil menghulurkan sapu tangan miliknya. huluran itu disambut lalu dilepaskan semua tangisan ku dan traumaku di sapu tangan itu. Aqmal hanya mendiamkan diri dan membiarkanku menenangkan diri. " nanti saya bagi balik sapu tangan awak ye. " kataku sambil mengelap sisa-sia air mata yang mengalir di pipi. "tak payah tergesa-gesa sangat. " ujar Aqma sambil menghulurkan air mineral kepadaku. "terima kasih" lalu diteguk air bagi melegakan tekak ku. Aqmal juga berjaya membuatku ketawa dengan lawak-lawaknya tuh. setelah lama saya sedar, baru disedari akan ketiadaan Helmi. 'dimanakah Helmi? orang terakhir yang saya nampak ketika kejadian ngeri itu ialah Helmi. '
kotak cincin di tangan ditutup semula dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Helmi hanya mampu melihat kemesraan syahirah dan Aqmal dari luar pintu bilik itu. lalu melangkah pergi dari sana.

"syahirah!!! " sergah debbie selepas masuk ke bilik tanpa diketuk pintu itu terdahulu. Saya dan Aqmal terkejut dengan situasi itu "ya allah, tak bolehke ketuk dulu pintu tuh. ni memang nak saya mati awal lah nii. " marahku. Azzrif juga ada menemani debbie datang menjengukku. "alaa maaflah weh, risau sangat saya tadi bila Aqmal bagitahu awak kemalangan. " ujarnya lagi. pandanganku terhenti pada Aqmal sebagai tanda untuk minta penjelasan. "masa awak tidur tadi, debbie ada call tuh yang saya angkat pastu sekaligus bagitahu lah pasal awak. " jelas Aqmal. suasana bilik menjadi lebih meriah dengan kehadiran debbie.

Mira sedang berjalan ulang alik dalam biliknya sambil digaru-garu kepala yang tidak gatal bagaikam orang gila. 'dah mati ke perempuan tuh? ' risaunya. tiba-tiba ada bisikan halus yang menghasut mindanya, 'biarlah dia mati!! bukankah itu satu berita yang baik untuk awak? mulai hari ini, takde lagi yang menjadi penghalang antara awak dan Aqmal. ' seterusnya satu lagi bisikan halus dari arah yang berlawanan, 'lebih baik awak serah diri kepada polis, sekurang-kurangnya hukuman dapat diringankan sedikit sebelum ia menjadi terlambat. ' Kali ini Mira terduduk di lantai sambil memeluk kedua-dua kakinya seperti budak yang merajuk.

Aqmal meminta diri untuk keluar sekejap untuk menjawab panggilan. "awak dah siasat tak nombor plat kereta yang langgar syahirah tuh? adakah itu kerja si Mira.? " soal Aqmal kepada pemanggil telefon. "masih dalam proses, tujuan saya telefon awak adalah untuk maklumkan satu bukti baru dari pengakuan salah satu saksi kejadian bahawa pemandu kereta yang langgar cik syahirah ialah seorang perempuan. " lapor si pemanggil telefon itu. "itu tidak cukup untuk buktikan yang Mira pesalahnya, teruskan siasatan. kalau ada apa-apa maklumkan kepada saya tau. " pesan Aqmal sebelum mematikan panggilan itu.

Doktor nasihatkan saya untuk terus tinggal di hospital bagi rawatan yang lanjut. malam ini debbie yang akan jaga saya di hospital selepas perbincangan dilakukan oleh debbie dengan geng-geng yang lain. manakala saya hanya sebagai pendengar.



misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now