part 35

41 3 0
                                    

"Huh! apa hal minah tuh? otak mereng ke? ISH diminta jauhkan lah aku dengan perempuan bersifat begitu sebagai pasangan sehidup semati aku nanti. aniayai aku." kata Helmi setelah kami masuk ke dalam kereta untuk bergerak ke lokasi seterusnya untuk mencari makan.
"sayang muka cantik, tapi perangai.. hmm" kataku lagi.
"cantik? eh aku rasa kau lagi cantik kot. " puji Helmi kepadaku.
"ceh, tak payah kau cakap pun aku dah tau pun yang aku ni memang cantik. " balasku masuk bakul,angkat sendiri. pantang bila dipuji.
"eh maaf yer cik adik, itu pun nasib-nasib jee" dengan selambanya Helmi berkata sedemikian lalu ketawa apabila dapat mengesan kemarahan yang timbul dari ekspresi muka ku ketika ini.

Baru sahaja tangan ku ingin mengambil tempat untuk mengenakan bom cubit, kereta yang sedang bergerak tadi tiba-tiba brek mengejut. aku yang berada dalam kedudukan yang tidak stabil, hampir sahaja terhumban ke depan. tapi sempat dihadang oleh Helmi dengan mengunakan lengannya. Sempat juga cuci mata dapat tengok keindahan lengannya yang sasa tuh.
"Maaf ya, tadinya ada kucing mahu limpas. " ujar pemandu itu sambil mengangkat tangannya tanda maaf.
"takpe takpe. " Balas Aqmal

"Karma! " bisik Helmi lalu melepaskam tawanya. haihh tak guna punya mamat ,ada saja nak cari pasal. "haih kamu dua ni, asyik-asyik saling cari pasal. memang cocok ni kalau kasi pasang, kan riff. " usik Debbie .
"no comment. " balas Azzrif di sebelah Debbie sambil mengangkat kedua-dua tangannya. masing-masing melepaskan tawa kecuali aku dan Aqmal.

"pakai seatbelt tuh" nasihat Aqmal yang duduk di sebelah pemandu di hadapan. aku pun seperti budak-budak yamg menerima arahan dari guru terus memakai seatbelt.

henfonku mengeluarkan bunyi notification tanda message masuk. segera dikeluarkan henfonku dari bag. Tertera nama Aqmal sebagai si penghantar.
"About Mira, i will make sure that she will never bother you again. "
"And don't forget to think about what i said last night, because i'm suffer in the feeling of jealous when i saw you very close with Helmi. "

'aduii, apa aku patut jawab ni. haihh jawab ke tak? jawab lah. eh tak payah jawab lah. ya allah susahnya nak buat keputusan!! ' rintihku dalam hati.

perjalanan yang agak jauh membuatkan mata ku rasa agak berat dan teringin saja melelapkan mata ketika ini. Ni pasal semalam lah ni, banyak sangat fikir sampai lambat tidur. memang jawapannya tak cukup tidur lah. Ni kalau dapat katil dengan bantal peluk ni alangkah nikmatnya!

tak sampai beberapa minit, cuba dilawan rasa nantuk sehingga boleh dirasakan yang kepala ku terlentok-lentok ke kiri dan kanan. tiba-tiba kepala ku mendarat di satu tempat yang agak selesa dan seterusnya aku terus lena dibuai mimpi.

bibir Helmi mengukir senyuman tatkala itu. perasaan bahagia mula mengetuk pintu hati, 'maaf syah, saya tak dapat nak lupakan perasaan aku terhadap kau begitu sahaja. betapa sukar dan peritnya hati ini jika dipaksa untuk buat tidak tahu sahaja dengan perasaan ini. Aku nekad untuk menambat hati kau walaupun peluangnya 0.01%' luah Helmi.

apabila aku sedar akan posisi kepala ku pada waktu ini, kelam kabut aku menegakkan kepala semula. Diintai juga wajah Helmi yang masih bersahaja sambil memejamkan matanya itu. Hmmmm, rasanya Helmi tak perasan kut aku tertidur kat bahu dia. Nasib baik....

sebaik sahaja kami tiba di pasar yang menjual pelbagai jenis makanan tempatan, "selesa tak tidur kat bahu saya? " bisik Helmi di telinga ku beserta dengan senyuman nakalnya. Alamak, malunya. rupanya dia tidur-tidur ayam je masa tuh. Kalau boleh nak je aku cari plastik untuk tutup muka ku sekarang juga!

"selesa apanya! Dahlah berbonggol-bonggol bahu tuh. Tidur kat jalan raya lagi selesa berbanding bahu kau tuh. " Bohong ku, sedangkan bonggol-bonggol itu lah yang menampakkan sasa lelaki tersebut.
"tapi kau tetap pilih bahu aku untuk mendarat kan? sampai kau berdengkur lagi. " usik Helmi.
What!! aku berdengku?! Ya ampun, seriously?!

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now