part 33

38 3 0
                                    

di awal pagi yang indah ini, sudah berjanji sekumpulan kawan ini untuk menjamu sarapan bersama-sama.

Helmi dan Aqmal yang baru sahaja tiba di lobi, "morning! " ucap mereka berdua secara serentak dengan lambaian tangan kearahku, lalu mereka saling berpandangan sesama sendiri dan melarikan pandangan ke arah lain.
Debbie yang sedang asyik berbual dengan Azzrif memandang ke arah kami bertiga dengan pandangan yang hairan.
"ergh, morning too. " balasku.
3 orang lelaki tersebut melangkah telebih dahulu di hadapan manakala aku dan Debbie menyusul dari belakang.
"oih apa kena dengan dua mamat tuh? " soal Debbie sambil menyiku lenganku.
"ada yang kau tak kasitau aku ke? " teka debbie.
"hmm panjang ceritanya, nanti lah aku ceritakan kau bila timing mengena. " ujarku.
"okay lah, saya tunggu. jangan pula kau buat-buat lupa sudah. " bebel Debbie.
"yerlahh yerlahhh. "
"EH!! apa kata untuk kali ni, kita dua sarapan sama-sama asing dari dorang. " cadang Debbie sambil menaikkan kening sebelahnya untuk meminta persetujuan.
"Haah kan, boleh juga. sejak kau dengan Azzrif ni, dah lama dah kita takde girl's private time. " kataku perlahan seakan-akan merajuk.
"awlooo merajuk ke. sorry lah, maklumlah first time crush mengena." pujuk debbie sambil menolak sikit bahuku.

"Riff, bie nak duduk makan berdua dengan syahirah kay. " lapor debbie depada Azzrif.
"okay, jangan nakal-nakal tau. " pesan azzrif sambil mengenyitkan mata sebelah ke Debbie.
"ya ampun! geli geliman aku tengok kamu berdua ni. " bebelku lalu menarik lengan debbie untuk membawanya pergi.

sebaik sahaja melabuhkan punggung di tempat yang menjadi pilihan untuk menjamu sarapan beserta dengan minuman panas di tangan ,

"apa lagi?  cerita laaaahhh ." ujar debbie dengan nada manjanya.
"ihh kau ni!!yer lah ,nak cerita lah ni. tak payah lah nak buat suara cam tuh." bebelku.

tanpa membuang masa, aku menceritakan segala-galanya kepada debbie bermula dari A hinggalah Z.
Dia yang mendengar ceritaku, kadang sampai menekup mulut lah. melebih pula reaksi dia yang mendengar.

"Ohmo Syah!! peluang emas jangan dilepaskan. sekian lama kau membujang, akhirnya dapat juga aku makan nasi minyak. ihh seronoknya!" dengan aksi riangnya yang seperti budak yang kena diberi gula-gula free.
"ihh kau ni, ke sana pula tuh fikiran. Kahwin? hmm aku tak nak fikir pasal kahwin buat masa sekarang ni. belum puas lah nak hidup bebas macam ni. " kataku.
"Dah agak dah kau akan cakap begini. memang moto hidup kau 'kahwin biar belakang cerita, yang penting enjoy dulu' kan. " sambil mengajuk ayat-ayat ku beserta dengan memek muka sekali.
"aku doakan kau yang terbaik je lah. moga-moga ada juga orang yang dapat terima moto hidup kau ni. " ujar Debbie lagi sambil menepuk bahuku.

aku sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang kawan seperti Debbie. Dia lah yang setia berada di sebelahku ketika ku sakit, sedih mahupun gembira. persahabatan yang kekal berpanjangan selama berbelas tahun sejak sekolah menengah sehingga lah kini kami mencecah umur 27 tahun.

setelah semua bersetuju untuk melawat ke kuil-kuil kuno untuk rancangan hari ini, masing-masing balik ke bilik untuk bersiap sedia.

rasanya aku pula yang terlebih awal sampai di lobi berbanding yang lain. sementara menunggu yang lain, aku mengambil tempat duduk di sebuah sofa yang agak empuk yang terletak di ruang lobi sambil mengeluarkan henfon ku untuk melayari 'twitter'.

"Dah lama sampai ke? " tegur satu suara dari belakang. pandangan ku dilarikan dari henfon untuk mencari pemilik suara tersebut. senyuman manis beserta dengan sebaris gigi putihnya dipamerkan kepadaku. Ya Allah senyumannya sungguh mencairkan iman ku. 'Eh! Eh! Syah relax... relax' cuba untuk menahan debaran di dada ketika itu.
"eh kenapa diam? " soalan Aqmal menyedarkan ku dari khayalan.
"erghh, tak lah baru juga sampai ni. " kataku tergagap-gagap.
Kelihatan Aqmal terketawa melihat gelagat ku ketika itu. Adoi, ketawanya juga mampu membuatkan ku lebur bak kan 'sebatian kimia lebur'. Nah terkeluar fakta kimia terus.
"Just to let you know that i'm serious for what i have said yesterday. i will never change my mind and will patiently wait for your answer. " yakin Aqmal dengan serius.
aku terkedu dengan kata-katanya itu dan masa seakan-akan berhenti sewaktu itu.

"awalnya korang sampai! " tegur Debbie yang baru sahaja sampai dan diikuti oleh Azzrif dan Helmi dari belakang. Adakah mereka dengar apa yang baru saja dikatakan Aqmal tadi?


misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now