part 42

267 5 0
                                    

"Adakah ini keputusan yang kau pilih? Dah fikir masak-masak? " sayu sahaja suara Aqmal.

"aku yakin dengan keputusan ini. Maaf, aku dah bazirkan masa kau. Aku yakin yang kau boleh dapat perempuan yang lebih baik dan sempurna berbanding aku. " akhirnya terluah juga segalanya dengan berbekalkan semangat yang dikumpulkan.

"sempurna dari segi fizikal? bukan itu yang aku cari. " keluh Aqmal.

Terasa serba salah pula aku melihat keadaannya sewaktu ini. Takkan lah demi nak jaga perasaan dia, aku kena pasang dua pula? HAHAHA. Kecoh satu Malaysia dapat tahu aku kahwin dua. Aduh Syah! jauh sangat imaginasi!

"Takpe, aku terima seadanya keputusan kau. Tapi kalau kau ubah fikiran, pintu hatiku akan sentiasa terbuka untuk kau. " Kata Aqmal lalu meninggalkan ku menjamu sarapan di kafeteria yang terdapat dalam hospital ini seorang diri. keluhan berat dilepaskan. selesai sahaja sarapan, aku terus berjalan ke bilik Helmi. aku telah pun pulih terlebih dahulu. Manakala Helmi pula, akan keluat wad tengahari nanti.

"So how do you feel today? " soalku sambil mengambil tempat duduk di sebelah katilnya.

"Feeling much more better, lagi-lagi bila dapat tengok muka kau ni. " sebelah mata Helmi dikenyitkan.

"eleh, ubat cap apa muka aku ni? " soalku sambil menyilangkan kedua-dua tanganku sambil memandang tepat ke arah Helmi.

"ubat penenang sel " jawab Helmi selamba.

terasa panas pula pipi aku ketika ini.

"so apa status kita sekarang ye? couple? " kening Helmi diangkat sambil memandang ku.

aih takkan lah aku nak jawab pula? Dah lah aku memang tak pandai kalau bab-bab bercinta ni. Al maklumlah dia lah jejaka pertama yang berjaya mencuit hatiku ini.

"you guess? " soalan dibalas pula dengan soalan.

aku takkan mengalah! Biarlah dia sendiri yang mengaku. Mardhiyah Syahirah will never be like 'perigi cari timba'. Cukup lah maruah aku jatuh lepas aku luahkan cinta aku malam tuh. Bila dikenangkan semula, malunya aku!

"saya nak cincin tuh balik! " cincin yang tersarung kemas di jari ku ditunjuk.

"Eh mana boleh! Ni hak milik aku lah! Buruk betullah perangai, buruk siku. " tanganku segera diletakkan di belakang badan ku.

"okay maknanya kau dah terima cinta saya. So officially we are couple
" senyuman Helmi jelas terpamer di wajahnya.

Wait!! Nampaknya aku sendiri dah tersangkut dalam jerat?! Dahiku dipukul berkali-kali. apasal lah bengap sangat.

Helmi yang melihat telatah ku waktu itu, terketawa terbahak-bahak. Haih, Malunya!!!

Aqmal yang sedang memerhati gelagat dua insan dalam bilik itu hanya berdiam diri. Sebuah kemesraan dapat dilihat . ' seems like you already won Helmi. '
Langkahnya menjadi berat untuk masuk ke dalam. Akhirnya Aqmal membuat keputusan untuk mengundur diri dan berlalu pergi.

Kini aku telah memegang jawatan sebagai 'kekasih' kepada Helmi dan sedang dalam proses untuk naik pangkat ke seterusnya. Hari berjalan seperti biasa selepas satu minggu insiden di Taiwan. Helmi tak usah cakap lah, dia masih kekal dengan perangai dia yang suka cari pasal cuma kali ni lain sikit. Cari pasal dia tuh dah berubah ke versi romantik pula. Boleh sunburn muka aku hari-hari sebab rasa panas bila kena tackle olehnya.

Aqmal pula? kami still in contact. Hubungan kami kekal sebagai kawan.
Pasal kes aku kena tolak masa di Taiwan tuh pula. Mesti korang tertanya-tanya kan siapa punya kerja tuh? jeng jeng jeng. Kebetulan terdapat CCTV tersorok yang terpasang pada pokok di tempat kejadian haritu. Aku pun tak tau lah apa tujuan CCTV tuh kena pasang di sana. Tapi disebabkan itu lah, suspek dapat dikenal pasti. Muka Mira memang jelas terpamer di screen. Mira dipindahkan ke penjara Kuala Lumpur atas kes cubaan membunuh sebanyak dua kali. Dua kali? haa yang satu tuh, masih ingat tak masa aku accident kat KL tuh. kerja dia rupanya. Sememangnya cinta itu mampu membutakan hati. Kesian mak dia.

Debbie pula Alhamdulillah dah selamat masuk islam. Dan kini tinggal menghitung hari lagi nak tunggu majlis nikah dia dengan Azzrif. Cepat betul ya dorang bertindak.

"Dear, tengah menungkan apa tuh? " soalan Helmi menyedarkan ku. Aiskrim yang baru sahaja dibelinya dihulurkan kepada ku. Pantang nampak aiskrim, terus aku ambil dari tangannya. Helmi menggelengkan kepalanya apabila tengok perangaiku yang persiskan kanak-kanak.

"Tengok! kan dah comot mulut dear ni. Cuba lah makan pelan-pelan. " sisa di tepi mulutku dilap dengan menggunakan ibu jarinya lalu dijilat jarinya itu.

"Isy awak ni! malulah orang tengok! " panasnya pipi aku, bila terlihat beberapa mata-mata yang sedang memandang ke arah kami sambil tersenyum-senyum. Helmi pula langsung tak endahkan pandangan mereka malah masih mampu tersenyum lagi.

"Dear, i have a gift for you. tapi firstly, dear kena tutup mata. jangan tipu tau. " kata Helmi. Mataku segera ditutup dan tidak sabar untuk ketahui hadiah yang dikatakan oleh Helmi.

"Now, open your eyes. " arah Helmi.

Hadiah berbungkus itu dicapai lalu dibuka kertas pembalutnya selepas Helmi memberikan isyarat untuk membukanya. Sebuah novel cinta yang bertajuk "Mission to find love is successful"

"this book is about us, biar dunia mengenal kisah cinta kita. " luah Helmi.

Aku terkedu ketika ini, kegembiraan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Akhirnya jatuh juga air mata ku. Air mata kali ini bukanlah membawa maksud kesedihan tapi membawa maksud kegembiraan.

Air mataku pantas diseka oleh Helmi.
"Don't cry, your tears boleh melemahkan dear tau. " pujuk Helmi.

Nampaknya Misi aku untuk mencari Mr. Charming telah berakhir.
Mr. Charming tidak semestinya seorang yang kaya, berupa dan romantik. Tapi dia hendaklah seorang yang baik dan sentiasa bersedia untuk melindungi cinta hati mereka.

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now