part 29

50 3 0
                                    

hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba.
"semua dah ada kan? jom lah kita check in masuk terus. " cadang Debbie. "hmm semua dah ada, yakin. " ujar Aqmal. masing-masing menarik bagasi sehingga di pintu yang telah disetkan dalam tiket.

"korang.. lama lagi kan flight kita? kita makan kat marrybrown sana lah dulu. laparlahhh" cadang syahirah sambil menunjukkan jari ke arah marrybrown yang berdekatan. "bagus cadangan tuh, sebab saya pun memang dah lapar juga ni. " ujar Helmi. yang lain juga turut setuju.

setalah mengambil makanan yang di order di kaunter, debbie dan Azzrif mengambil meja yang dikhaskan untuk dua orang. 'mentang-mentang dah bercinta, dah pandai duduk asing-asing dengan kawan. ' desis syahirah di hati. manakala Syahirah, Helmi dan Aqmal mengambil tempat tidak jauh dari meja debbie dan Azzrif. "dorang dua tuh bercinta ke tuh? sebab dari tadi duk terkepit je berdua. " soal Aqmal memulakan perbualan. " haah, baru-baru juga dorang bercinta. " balas Syahirah.
"tak cemburu ke? " soal Helmi dengan pandangan nakalnya. "eheh buat apa nak cemburu? saya bersyukur lah, akhirnya cinta dorang dua dapat dipertemukan secara zahir sekian lama dorang pendam sesama sendiri. " bebel syahirah tapi dalam hatinya, dia juga teringin merasakan kasih sayang itu.

setibanya di Bali...

mereka ke resort yang telah ditempah oleh debbie melalui internet dengan sebuah kenderaan yang disewa dan kiranya sponsor oleh Aqmal.

seorang wanita berkaca mata hitam sedang memerhati mereka dari sebuah sudut yang tidak jauh juga dari mereka. "huhh, saya akan pastikan kau tak akan dapat Aqmal. " nekad wanita itu dalam hati.

setelah masing-masing meletakkan bagasi di bilik masing-masing. mereka berjanji untuk berkumpul semula di lobi untuk meneruskan aktiviti di bali.

"ehh ada apa ramai-ramai kat tepi pantai tuh? jom kita tengok kejap. " ujar Helmi sambil menunjuk ke arah pantai resort ini. "hmm, saya pun nak tau juga ada apa. manatau ada persembahan ke. " Syahirah sudah dahulu menjejakkan kaki ke pantai. "tak pandai sabar betul lah dia ni. laju pula tuh dia jalan. " ujar Azzrif sambil menggeleng-gelenggkan kepalanya. Debbie di sebelahnya hanya tersenyum kerana memang dah masak dengan perangai kawannya yang satu ni.

"mari-mari kakak-kakak sama abang-abang sekalian. di sini ada permainan yang memang udah ( sudah)  dikhaskan untuk pasangan yang sedang bercinta. " ujar seorang lelaki yang kelihatannya sedang mengacarakan sebuah permainan. Debbie dan Azzrif yang baru saja dengar tentang permainan itu terus menyertainya. " disini sudah ada 4 pasangan. kalau boleh kita mau satu aja(saja) pasangan lagi. " ujar pengacara permainan itu. Aqmal yang tadinya memang ada di sebelah Syahirah menghilang secara tiba-tiba.  'mungkin dia ke tandas kot. ' fikir syahirah setelah perasan akan ketiadaan Aqmal. "kamu dua kayanya(sepertinya)  pasangan yang cocok si. mari ikut permainan ini. " pengacara permainan itu tiba-tiba saja berdiri di depan syahirah dan Helmi dan sedang bercakap tentang kedua-duanya lalu ditarik untuk menyertai permainan itu. Syahirah yang agak bingung dengan keadaan yang sedang berlaku hanya ikut saja .

"awak okay ke nak main dengan saya? ataupun kita mengaku kalah je lah masa pusingan pertama. " kata Helmi kepada Syahirah, bimbang jika syahirah tidak suka. "eh takpelah, dah alang-alang kita dah join game ni.  saya kalau dah ikut apa-apa je game, saya ada pendirian untuk menang. " Syahirah serius mendengar butiran yang disampaikan oleh pengacara itu.
"ish!! apa ni?! kenapa pula kau boleh ada kat sini? awak ikut saya ke? " tangan direntap daripada pegangan Mira. "ya saya ikut awak. tak boleh ke. suka hati saya lah nak ke sini itu hak saya. " balas Mira selamba. "Mal.. awak masih tak nak maafkan saya ke? saya betul-betul dah insaf. saya janji lepasni saya tak nak lagi ikut ajakan kawan ke tempat-tempat yang terkutuk tuh. " nada Mira tiba-tiba saja bertukar manja. "saya dah lama maafkan awak. tapi hati saya dah tak ada pada awak. cukup lah Mira, move on lah. bina kehidupan baru, tapi bukan dengan saya. " Aqmal menegaskan ayatnya. "satu lagi, jangan sesekali kau cuba nak apa-apakan Syahirah. kalau tak, awak akan terima padahnya. " ugut Aqmal lalu meninggalkan Mira. "asyik-asyik Syahirah! Syahirah! syahirah! hebat sangat ke perempuan tuh?! " teriak Mira tetapi Aqmal tetap meninggalkannya.

"permainan yang pertama, setiap pasangan harus berdiri di atas surat khabar yang diletakkan di depan kalian. dalam kiraan 3...2...1.." semua peserta melakukan seperti yang diarahkan. pada waktu itu, Syahirah dan Helmi berdiri secara berdepan dengan jarak yang dekat. tanpa sengaja pandangan mata mereka berdua berhenti dan memandang  satu sama lain. tiba-tiba degupan jantung Syahirah tidak seperti biasa. 'kenapa dengan saya ni? perasaan apakah ini? tak sangka kacak juga Helmi ni kalau pandang dari arah yang dekat. ' desis hati Syahirah. masa seakan-akan terhenti seketika.

Aqmal yang baru saja tiba di pantai terlihat Syahirah dan Helmi yang  menyertai permainan pasangan. '....'

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now