part 38

38 3 0
                                    

Hari ku berjalan seperti hari-hari biasa. menjelajah ke ke negeri orang. sudah 3 hari aku tidak bersua muka dengan Helmi dan Aqmal atas faktor sibuk dan penat. Namun begitu, kami tetap sempat berbalas chat di group Whatsapp.

Tidak sabar untuk menantikan hari Ahad ini. kebetulan pada waktu itu, jadual penerbangan aku ialah ke Taiwan. begitu juga dengan Aqmal, cuma dia lebih awal berbanding aku. manakala Debbie pula, kebetulan dihantar ke Taiwan untuk mendapat ilham baru untuk resipi barunya yang berunsur dari Taiwan dan akan digubah sikit dalam versi Malaysia. Helmi juga akan ke Taiwan dengan alasan untuk cari ilham baru untuk karyanya, apabila majoriti kami semua akan ke Taiwan kecuali Azzrif.

sedang aku asyik baring di atas katil bilikku sambul berangan, henfon ku bergetar sebab aku baru set vibrate agar tak ganggu aku masa melayani novel tadi. henfon ku dicapai lalu menekan group Whatsapp yang sejak tadi bising.

"apa kita nak buat nanti masa kat Taiwan? "-Debbie

"alaa jealous nya aku, mentang-mentang aku tak dapat nak join. 😞"-Azzrif

"laa riff jangan risau nanti aku tengok-tengokkan  kekasih kau tuh. "-Aku

"let's do something extraordinary? "-Aqmal

"how about kita camping? saya dah cek kat internet. lebih kurang like kita join jungle tracking. dan kita akan menginap di sana only for one night. live like survival. "-Helmi

hmm macam syok pula, teringat aku masa sekolah menengah ikut aktiviti perkhemahan pengakap. Dah lama pula aku tak join aktiviti-aktiviti macam tuh.

"good idea! saya setuju! "-aku
yang lain juga turut setuju dengan cadangan tersebut.

henfon ku terus dimatikan, agar dapat tidur dengan tenang malam ni.
5 days to go....

"Debbie!!  kau dah bawa ke khemah? bawa yang besar tuh, kita satu khemah lah nanti." Arah ku. awal-awal pagi baru nak kelam kabut mengemas. masa Flight kami asing. Debbie dan Helmi akan ke sana dalam flight yang sama tengahari nanti. manakala aku pula jam 10 dan akan sampai di Taiwan lebih kurang jam 3, sebab aku akan singgah di destinasi lain terlebih dahulu sebelum ke Taiwan. jam dinding telah pun menunjukkan jam 5.

"yerlahh yerlahh, aku tau lah. tak payah risau. aku dah packing dah awal-awal. Dah lah aku yang kena bawa semua barang tuh! nanti barang-barang kecil beli jer lah kat sana. " Bebel Debbie .
"Thank you Deb, sebab tolong angkat. sayang awak. Muah!! " flying kiss aku berikan kepada Debbie.
"Ewww, hmm yer lah. nasib kita dah agihkan barang lain yang perlu dibawa kat Helmi dan Aqmal tuh. " tangan Debbie gerak ke sana sini kononnya nak tepis flying kiss aku tadi.

Keluar saja dari Airport Taiwan, aku menahan Teksi yang baru saja menurunkan penumpang. Untuk bertutur dengan pemandu itu tidak lah susah, kerana bahasa Mandarin sememangnya ada dalam kamus bahasa diriku. GPS yang diberikan oleh Helmi terus aku berikan kepada pemandu itu. Anggukan Pemandu yang menandakan dia tahu tempat itu, terus menulakan perjalanan tersebut.

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now