part 23

48 4 0
                                    

bahunya ditepuk olehku. "wargh! ya Allah! awak dah kenapa ni? macam kena kejar hantu pulak. beri salam pun tak. " marah Helmi. "Assalamualaikum, hah puas? " ujarku sambil tercungap-cungap kerana kepenatan. Helmi menggeleng- gelengkan kepalanya setelah melihat perangaiku. "awak belum jawab pun soalan saya tadi. " Helmi mengingatkan semula soalannya tadi. ' takkan nak beritahu yang saya rasa seolah-olah diekori orang? karang tak pasal-pasal saya diketawakan percuma. ' "takdelah, saja je sebab dah nampak awak tadi lan, ada juga kawan nak tolong saya carikan hadiah untuk mak Aqmal sempena hari lahirnya lusa. " bohongku sambil mengekalkan reaksi muka agar tidak mudah dikesan berbohong. sekelilingku diperhatikan dalam diam untuk cari gerangan si misteri itu. 'saya ada buat salah dengan siapa-siapa ke? bukannya saya pernah singgungkan perasaan orang pun. '

henfon didail. "cik, saya dah ikut syahirah seperti yang diarahkan. dia kini sedang bersama dengan seorang lelaki yang pastinya bukan encik Aqmal. " lapor lelaki yang bertopi hitam dan mukanya yang sukat dikenalpasti. "dengan lelaki lain? hmm bagus-bagus . mulai dari sekarang , hanya laporkan maklumat yang berguna saja. jangan lupa rancangan seterusnya tuh, saya nak awak laksanakan sekarang." lalu talian dimatikan. 'tak guna punya perempuan! dasar perempuan gatal! dua lelaki dalam satu masa? hebatt' gambar yang dipegang dikoyak-koyak lalu dibuang ke tong sampah. 'kau tunggu saja lah perempuan, HAHAHA' ketawanya bagaikan histeria sambil memandang kearah tong sampah. pintu bilik diketuk dari luar. "Mira!! apa hal yang buat anak mak ketawa sampai macam tuh. tak baik anak dara ketawa begitu. karang kalau tetamu dengar , mana nak letak muka ni. " nasihat Datin Zahira iaitu maknya. "kau diam!! suka hati Mira lah nak ketawa macam mana, jangan nak sibuk hal orang!! " teriak Mira dari dalam bilik. "Astaghfirullah!! mak tak pernah ajar anak mak jadi kurang ajar macam tuh tau!! tunggu lah nanti bila papa balik!!" suara cuba dikawal agar tak didengari tetamu.
lalu Datin Zahira meninggalkannya dan bergerak semula ke ruang tamu untuk melayan tetamu.

"thanks sebab sudi temankan saya untuk harini. " selepas keluar dari kedai untuk membeli hadiah untuk mak Aqmal. "sama-sama kasih, kereta awak mana? nak saya temankan ke? " soal Helmi. "eh takpelah, saya tak nak menyusahkan awak lagi. " ujarku. " well then, i have nothing to say. " lalu bergerak ke lif sama-sama. sewaktu hendak menekan butang lif, jari kami tertindih menekan butang yang sama. "eh kebetulan pula" ujarku lalu dilarikan tangan sambil menggaru kepala yang tidak gatal. suasana dalam lif tiba-tiba jadi sepi seketika sehinggalah lif tersebut berhenti di tingkat yang dituju. "kalau gitu, takpelah kalau saya temankan kat awak ke kereta dulu. " offer Helmi. 'dah macam puteri pula nak kena ada bodyguard setiap masa. ' angan-angan untuk jadi seorang puteri bermain di fikiran. "suka hati awak lah, jangan salahkan saya sebab susahkan awak tau. "ujarku lalu menuju ke tempat parkir keretaku.

langkah ku dan Helmi terhenti di depan kereta ku. 'ini kereta saya kan? haah betullah kereta saya tuh, plat nombor pun memang menunjukkan kereta di hadapanku ini kereta ku. ' "ya allah!  kereta awak ke ni syahirah? kenapa jadi begini ni? " hanya Helmi yang bersuara ketika itu. saya hanya mampu berdiri dan diamkan diri kerana terkejut dengan apa yang terjadi sekarang ni.

"baiklah encik Helmi, kami akan teruskan siasatan kami dan akan laporkan kepada encik sekiranya ada maklumat yang diperoleh" ujar polis itu sambil menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Helmi. keretaku terpaksa ditinggalkan di balai polis untuk 2 hari saja untuk sisatan lanjut dan untuk mengesan jika ada tanda-tanda yang boleh dijadikan bahan bukti. kelihatan kereta debbie terpacak berhenti di depan balai. debbie juga telah maklum dengan apa yang berlaku. "thanks sekali lagi yer Helmi, kalau awak takde tadi saya pun tak tau nak buat apa tadi. " kata-kataku dibalas dengan satu senyuman yang menawan. "takpe, mulai dari sekarang awak kena hati-hati tau. sebab saya bimbang orang tuh target untuk kenakan awak. " nasihatnya . pandanganku mengikut langkah Helmi yang sedang membawa diri ke arah keretanya .

'siapa pula yang cuba nak kenakan saya pula? ' cuba difikirkan semula sekiranya saya pernah menyinggunkan hati orang lain.

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now