part 9

95 5 0
                                    

"ih apa pandang2? congkel biji mata tuh baru tau. " bebelku sambil tunjukkan dua jari.  "ih ganasnya! saja je nak pandang, sebab saya hairan lah kenapa awak tak pakai makeup macam perempuan lain? masa kat beijing haritu pun awak tak pakai makeup. " soalnya. "tak sukalah,  biarlah saya bersolek masa kahwin nanti je. biar terkejut beruk bakal suami tengok saya berhias nanti. " sambil tersengih2 membayangkan situasi. "bila saya tengok muka awak lama2 kan, teringat pula saya pada adik perempuan saya. " memek muka dia tetiba berubah. "yerke? mana dia sekarang? " soalku. " dia dah meninggalkan kami sekeluarga lebih awal, mungkin sebab tuhan lebih sayangkan dia kot. " terasa simpati pula saya dengar kisah dia ni. "oh maaflah, hmm kalau gitu lain kali kalau awak rindu adik awak tuh, awak tengo je lah saya. " ujarku untuk menceriakan dia semula. "hmm thanks" mukanya terus ceria semula. makanan dah pun sampai. "fuhh,  banyaknya ni! gemuk lah saya nanti. " monyokku. "alarh takpelah, bukan selalu. " sambil ambil lauk untuk dimasukkan ke pinggannya. 'macam sedap je, tapi takut berat badan menaik pula. hmm bantai jer lah, esok pagi baru pergi jog lah' lauk diambil masuk pinggan. apa lagi bantai lah kitorang kasi habis semua lauk ni.

rasa macam ketat terus perutku. kedengaran bunyi sendawa pula, ish Helmi selamba jer sendawa. " tak senonoh lah, kalau lah pihak media tau pastu sebarkan kat internet, mesti trauma peminat kau ." sindirku . "alah, buat apa nak dengar kata orang. lebih baik kita ikut kata hati, buat ikut cara sendiri. macam mana nak hidup kalau kita asyik ikut telunjuk orang jer kan? " barulah kini saya sedar kenapa dia boleh jadi penulis yang terkenal. ayat dia sangat power dan menusuk kalbuku. "hmm betul tuh! saya sokong." thumbs up saya tunjukkan padanya. tersengih2 dia bangga kena puji. Dia terus ke kaunter nak bayar bil. panjangnya barisan kaunter. henfon dikeluarkan dari bag dan ketika hendak clear history activity henfon, ternampak pula Mr. google punya search pasal Helmi haritu. Saja saya buka laman tuh, nak hilangkan boring sambil2 tuh dapat lah saya curi maklumat serba sedikit pasal dia. tetiba nampak pula *Helmi Syukri merupakan anak tunggal dalam keluarganya* petikan ini ditunjukkan dalam salah satu biodata dia. 'kalau dia anak tunggal, habistuh takkan dia tipu pasal adik perempuan dia? apa juga faedah yang dia dapat kalau menipu? " teka teki mula bermain di mindaku.  kelihatan Helmi sedang datang ke arahku.  " jom lah balik. " ajaknya. pergerakan dia terhenti apabila saya tahan bahu dia. "Helmi,  Mr. google kata kau anak tunggal. habis tuh adik perempuan yang kau kata tuh? " dah tak tahan nak pendam persoalan,  terus disergah dengan persoalan tu. "betullah saya anak tunggal, dan bila masa pula saya kata adik perempuan saya tuh manusia? " ujarnya sambil ketawa lalu jalan terus ke arah motor nya. 'habis , kalau bukan manusia takkan jin kot?' pergerakan saya dilajukan untuk kejar helmi. ketika helmet dihulurkan,  saya terus pakai sambil tanya balik " apa maksud awak adik perempuan awak bukan manusia hah? " sergah ku lagi. henfonnya dikeluarkan dari poket seluarnya. kelihatan seperti dia sedang cari sesuatu lalu dihulurkan pada saya.  "ini lah adik saya, comel kan? " sambil ketawa terbahak2. "apa ni?  tak guna kau!! " sambil pukul bahunya. adakah dia kata muka saya macam anak anjing dia. memang tak guna betul mamat ni. "alaa lek lerh,  syok lah dapat main dengan kau. untung saya dapat kawan cam awak ni. " ketawanya lagi. saya tak layan dia terus naik motornya. karang tak pasal2 saya kena tinggal kalau berdiri lama2 merajuk . sepanjang jalan tuh dia asyik ketawa je tak henti2.geramnyer...

sampai jer depan apartment saya terus turun dan hulurkan helmetnya semula lepas dibuka dari kepala ku. "masih marah ke? alaaa sorry lah. " sambil turun dari motornya dan berdiri di hadapan saya. maafnya langsung tak dijawab. tiba2 dia tunduk pula, alamakk malunya. "yerlah2 saya maafkan, jangan lah sampai nak tunduk2 bagai. " pujukku. "eh bila pula saya nak tunduk kat awak ? saya nak ikat tali kasut ni lah. tapi memandangkan awak dah maafkan saya, saya okay jer. okay lah bye and goodnight. " ujarnya sambil ketawa dan terus tinggalkan saya yang sedang menahan malu campur geram. 'kenapa lah saya bodoh sangat? ish' sambil pukul kepala sendiri. "cik okay ke? " soal pakcik guard yang sedang menghampiriku. 'aduhhh, malunya.. ' "hmm okay,  cuma tadi rasanya ada nyamuk kat kepala tuh yang pukul tuh. okay lah saya naik dulu yer uncle. " lalu pergi meninggalkan uncle tuh.' Helmi punya pasallah ni. mesti pakcik guard tuh tadi fikir saya gila kan. '

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now