part 18

48 3 0
                                    

"aduh!! " langkah ku terhenti apabila kakiku terasa seakan-akan berdenyut. Helmi segera berlari ke arahku. "tuh lah degil, kata tadi boleh jalan. " sambil memapah saya untuk berdiri.
"kata boleh tahan lasak" sindirnya sambil ketawa dalam nada yang rendah. "oih saya dengar tuh!! " marahku dan belum sempat saya nak pukul dia, "eh nak pukul? karang saya kasi jatuh baru tahu." ugutnya. niat nak pukul ditarik semula,  karang tak pasal- pasal saya jatuh macam dugung.

keindahan di luar dan dalam gua diteroka sambil dipapah oleh Helmi.
saya dapat melihat muka Helmi dari jarak yang sangat dekat. hatiku seperti berdegup dengan kencang sehingga saya boleh merasakan setiap degupan itu. 'tak sangka jika diperhatikan dengan dekat,  Helmi mempunyai satu aura yang menarik perhatian ku. ' sambil dipandang mukanya yang agak tampan juga tanpa disedarinya. 'takkan saya suka dia kot? tak boleh! saya tak boleh ada perasaan dengan dia. manatau dia tak ada hati pun dengan saya, bukankah sakit tuh' pandangan dilarikan serta merta.

Helmi's view
'Ya Allah sungguh indahnya ciptaan mu ini, insan di sebelahku ini ialah wanita yang pertama bukakan hatiku ini dan yang pertama membuatkan saya rasa apakah perasaan jatuh cinta. tapi adakah dia juga mempunyai perasaan yang sama padaku? ' soalan kian bermain di minda.

kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel. " kaki tuh dah okay ke? " soal Helmi. "hmm rasanya okay kot. "sambil goyangkan kaki untuk mendapat kepastian. "Haah! okay dah ni" ujarku lagi. untuk kali ini kami jalan seperti biasa untuk turun semula. sememangnya turun adalah lebih senang berbanding naik tangga.


"maaf yer, sebab menyusahkan awak terpaksa dukung saya sambil naik tangga- tangga tuh. pastu kena susahkan awak untuk papah saya berjalan lagi. " kataku sebelum kamo berpisah untuk masuk ke bilik hotel masing-masing. "eh tak payah lah nak maaf-maaf, dah nama pun kawan. mana lah sanggup nak tengok kau jalan dalam kesakitan gitu. " balasnya. "okay lah saya masuk dulu, by the way thanks for today" senyumku. "its my honour, glad to see you happy" lalu masing-masing kami membawa diri masuk ke bilik.

setelah pintu ditutup, saya bersandar kejap di pintu. 'Kawan? nampaknya dia hanya anggap saya sebagai kawan je. takpelah,  yang penting saya tahu awal-awal dan boleh kawal perasaan ini. ' keluhku.

Helmi's view
'aihh cam mana boleh terlepas sebut perkataan kawan tadi. buatnya kalau dia pun suka saya tapi terus putus asa bila saya macam anggap dia kawan je. eh jangan mimpi lah! siapa lah saya dia nak suka sampai tahap gitu. '

'lagipun saya belum kenal pasti siapakah lelaki yang bersama dengan dia di pasar malam semalam tuh. '

kedua-dua insan ini memikirkan hal yang sama pada masa yang sama. lalu mereka berbaring di katil pada waktu yang sama sambil mengenang semula saat manis bagi mereka walaupun dalam diam ketika di kuil wat tham sua.

misi mencari MR.Charming si cik pilotWhere stories live. Discover now