4 Bulan Kemudian
Someone POV
Aku bangun dari pembaringan ku, aku meraup mukaku ini dah kali kelima aku mimpi buruk, tentang banyak mayat bergelimpangan di satu bangunan asing.
Kenapa aku yang dapat mimpi buruk ni? Dan bukannya Jeonghan?
"Jisoo? Baru bangun ke? Aku baru je nak kejutkan kau" hah panjang umur budak ni baru je tadi aku sebut nama dia.
Aku memandang Yoon Jeonghan yang selalu pelajar U panggil dia devil angle.
Aku yang dah lama kawan dengan dia ni pun kekadang terpanggil dia babeng ╮(╯▽╰)╭
"Jisoo! Apa yang kau menungkan tu?! Asal badan kau berpeluh? Kau mimpi benda tu lagi ke?" aku mengangguk, Jeonghan dah tayang muka kesian eh tolong la tak best la pagi-pagi dah buat muka macam tu.
"Seungcheol tahu tak?" aku senyum nipis, gila si Choi Seungcheol tu tahu kejap lagi mesti dia tahu sebab setiap pagi dia akan serbu aku tanya pasal mimpi tadi.
"Kejap lagi dia tahu la kau ni" jawab aku.
Aku mula berdiri untuk bersiap, katanya hari ni ada meeting.
"Ok la aku chaw lu nak gerakkan si maknae dengan maknae 96 line tu" Jeonghan menyinsingkan lengan bajunya lalu keluar untuk membuat kerja yang ditangguhnya tadi.
Belum sempat kaki aku ni nak jejak lantai bilik air ada tiga orang mula menyerbu bilik aku yang tak tahannya asal muka macam baru kena kejar dengan anjing?
"Hyung!!" Kwon Soonyoung menarik lengan aku.
"Dah kenapa dengan korang ni?!" aku merentap balik lenganku.
"Cheol hyung suruh kitaorang heret hyung turun bawah" jawab Boo Seungkwan.
"Kalau nak heret pun kenapa datang sampai tiga orang?" rungutku.
"Cheol hyung kata kalau hyung tak nak turun angkat je dia sebab badan hyung tu macam ikan kering jadi kitaorang datang bertiga la ikutkan hati nak datang berlima" jawab Lee Seokmin pula.
Anda sungguh bijak Choi Seungcheol, set-set pagi macam ni kau dah kena maki dengan aku.
"Tak payah nak beria angkat aku la aku boleh turun sendiri" kataku.
"Oh baguslah kitaorang pun sebenarnya malas nak angkat hyung" sengih Soonyoung.
Aku pasang muka datar, pemalas betul budak mata sepet ni.
Selesai sahaja aku menghalau tiga ekor dugong tadi, aku turun kebawah maka terpampang la muka-muka member aku yang berair liur basi kantoi tak mandi.
Eh aku pun belum mandi juga tapi sempat cuci muka dengan gosok gigi.
"Kenapa panggil aku ni?" aku meletakkan tuala aku di atas muka Jihoon yang dari tadi tidur mendongak.
Tak salah jadikan dia punya muka jadi penyangkut tuala siapa suruh tidur macam tu.
"Kau ada mimpi lagi tak pasal bangunan tu?" tanya Seungcheol tegas. 12 pasang mata terus memandang aku termasuk Jihoon yang baru bangun lepas menghidu tuala semerbak aku.
Dah dua bulan tuala tu tak basuh tau.
"Ada, tapi mimpi ni lain sikit la" jawab aku. Jujur aku kata dalam banyak-banyak mimpi, mimpi tu yang paling pelik.
"Maksud hyung" Mingyu mengangkat keningnya, dengan apron yang masih ada kat badan dia sempat juga ye nak mendengar.
"Yelah mimpi tu pelik macam bila kau nak masuk jamban lepastu ada tahi kat situ dan kau pelik pemilik siapakah tahi itu yang tak reti nak flush" jawabku panjang lebar.
"Boleh tak hyung terus je cerita pasal mimpi tu dan tak payah cerita pasal tahi -_- kitaorang belum makan tau" kata Chan geram.
"Oh belum ye?" aku mula malu-malu gajah terbang.
"Ok ceritanya macam ni aku mi--" belum sempat aku nak teruskan penceritaan aku yang agak best ni tiba-tiba seekor unta jantan memotong percakapan aku.
Tadi dia yang beria nak aku cerita pasal mimpi tu eii -_-
"Nanti la Jisoo kau cerita pasal mimpi tu sekarang semua makan lepastu bersiap sebab nanti kita kena pergi U ada meeting dengan sunbaenim kita" kata Seungcheol sambil menilik jam.
Semua akur termasuk aku.
"Hyung"
"What?"
"U tu I Love U kan?"
Krik. Krik. Krik.
Maaf la Junhui, kami masih tak faham lawak kau yang satu ni -_- mohon jangan cuba lagi.
_____________
Sorry tak lawakkkkkkk
YOU ARE READING
[C] The Killer || Seventeen × Bts ||
Mystery / ThrillerDia. Kau. Mereka. Jangan percayakan sesiapa. Disebabkan degil ingin masuk ke dalam bangunan unik itu mereka terperangkap. Semakin lama jalan keluar makin hilang. Ajal mengejar mereka. Si misteri menunggu bersama pisau tajam yang kehausan darah. Apa...