"Seungcheol aku rasa better kau pergi tingkat 50, diorang semua berkumpul kat situ" kata Jisoo penat.
"Tingkat 50? Dengan naik tangga ni? Boleh koma balik aku macam ni" ujar Seungcheol tak percaya.
"Ani, ada satu lif yang masih boleh digunakan hyung pakai tu" kata Chan pula.
"Jadi bila dah dapat kumpulkan semua kita terus turun bawah and blah faham?" Arah Chanyeol selaku yang paling tua dikalangan mereka.
Mereka bertiga mengangguk lalu berpecah.
Seungcheol pergi ke tingkat atas sekali manakala Jisoo pergi ke tingkat yang berada ditengah-tengah, Chan dan Chanyeol pula berada di tingkat bawah.
"Semoga kita belum terlambat" kata Seungcheol sendirian lalu masuk ke lif.
+++
Bam! Bam! Bam!
Seungkwan dan Wonwoo mengelap peluhnya, hampir 15 minit mereka cuba untuk membuka pintu itu.
"Korang tak boleh tendang ke?" Soal Seokjin yang sedang memapah Hoseok yang masih tidak sedarkan diri.
Nasib baik pintu bilik tak berkunci jadi senang dia nak membawa Hoseok keluar.
Taehyung pula pergi ke tingkat lain untuk mencari Seokmin dan Jimin.
"Maybe kita perlukan tiga orang?" Cadang Seungkwan.
"Mana nak cari lagi seorang?" Wonwoo menyerabutkan rambutnya, Seokjin ingin menolong tetapi dia sedang memapah Hoseok.
"Aku boleh tolong" sampuk seseorang, semua tersentak dengan takut-takut mereka pusing kebelakang.
Masing-masing menghela nafas lega apabila orang itu adalah Jisoo.
"Cepat hyung tolong!!" Wonwoo menarik lengan Jisoo.
Dengan sekali tendangan pintu itu dapat dibuka oleh mereka bertiga. Ternampak la sekujur tubuh yang berlumuran darah itu.
"Jihoon!!" Mereka semua terus menghampiri lelaki berkulit putih pucat itu.
"K-korang" Jihoon yang tidak berdaya hanya mampus tersenyum nipis.
Jisoo segera keluar dari bilik itu untuk mencari sesuatu.
"Hyung bertahan hyung" kata Seungkwan cuba untuk memberi Jihoon semangat.
"H-hoseok hyung o-ok?" Jihoon memandang Hoseok yang sudah tidak sedarkan diri itu.
"Yah! Dia ok je patutnya kau kena tanya diri sendiri tu dulu!! Kau tu tak ok!!" Marah Seokjin lalu dia mengelap air matanya.
Jisoo kembali semula ke arah Jihoon sambil membawa satu pisau kecil.
"Jihoon bertahan nae? Hyung nak keluarkan peluru ni dari badan Jihoon" ujar Jisoo.
Jihoon hanya mengangguk lemah, Seungkwan yang tidak sanggup melihat terus memeluk Wonwoo.
Dengan berhati-hati Jisoo fokus mengeluarkan peluru itu, usai sahaja dia mengeluarkan peluru itu dia terus mengoyakkan sedikit baju dari Jihoon lalu membalut luka itu.
Fuhh bakal doktor tu jangan main-main.
Diambilnya ubat tahan sakit di poketnya lalu disuntik pada urat lengan Jihoon. Nasib baik Seungcheol sempat memberikannya lima ubat tahan sakit.
Nampak sahaja Jihoon kembali tenang, Jisoo memandang Jihoon series.
"S.Coups ke buat kau macam ni?!" Soal Jisoo bengang, penumbuknya digenggam erat.
"Ani! Bukan dia tapi orang suruhan dia" ujar Wonwoo.
"Siapa?!"
"J-junmin" kata Wonwoo lagi, dia seram apabila melihat wajah marah Jisoo. Dimanakah hyungnya yang tenang dan penyayang itu?
"Fak! Tak mati lagi dia rupanya!!" Jisoo bangun lalu memandang mereka semua.
"Korang pergi tingkat bawah sekali lepastu keluar dari bangunan ni pintu dah terbuka lepastu jalan terus je nanti korang nampak bas terus masuk tau!! Jangan tunggu kitaorang kat sini" arah Jisoo.
"Kau pula macam mana?" Soal Seokjin risau.
"Aku ok je lagipun aku kena cari yang lain"
"Hyung! Aku ikut!!" Wonwoo mengangkat tangannya.
"Jom la Seungkwan bolehkan bawa Jihoon seorang?" Seungkwan mengangguk lalu mengangkat Jihoon secara piggyback.
"Hati-hati tau jangan sampai tercedera" pesan Seokjin.
"Nae hyung" Jisoo dan Wonwoo terus berlalu pergi naik ke tingkat atas.
"Harap-harap mereka semua terselamat" kata Seokjin.
"Aku pun" Seungkwan dan Seokjin mula membawa Jihoon dan Hoseok pergi ke tingkat bawah untuk keluar dari bangunan serupa neraka ini seperti yang diarahkan oleh Jisoo.
Harap-harap la semua berjalan dengan lancar.
______________
Mian lambat update!!!
YOU ARE READING
[C] The Killer || Seventeen × Bts ||
Bí ẩn / Giật gânDia. Kau. Mereka. Jangan percayakan sesiapa. Disebabkan degil ingin masuk ke dalam bangunan unik itu mereka terperangkap. Semakin lama jalan keluar makin hilang. Ajal mengejar mereka. Si misteri menunggu bersama pisau tajam yang kehausan darah. Apa...