<< Tingkat 20 >>
"Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Mingyu batuk kuat apabila dia sudah tersedar dari pengsan entah kenapa tekaknya terasa perit sekali apabila dia bangun.
"Kau ok tak?" Soal Yoongi risau. Dia sudah lama bangun lepas beberapa minit Mingyu pula yang bangun kini tinggal lagi dua orang yang masih tidak sedarkan diri.
"Aku ok je cuma tekak aku rasa perit maybe kesan bau gas tu banyak sangat kot" Mingyu cuba membuat andaian.
"Yelah kot"
"Kita kena ikat ke hyung? Haishh tak best betul!!" Rungut Mingyu kedua-kedua tangannya yang diikat ditatap lama.
"Dengan kaki sekali so kita tak boleh nak keluar" Yoongi melihat sekeliling mana tau ada benda yang boleh buat mereka lepaskan diri tetapi tiada bilik itu kosong.
"Bila lagi dua orang tu nak bangun?" Mingyu menunjuk Soonyoung dan Namjoon masih lagi tidak sedarkan diri entah pengsan ke tidur diorang tu.
"Woi bangun!" Yoongi menyepak punggung Soonyoung dan Namjoon sekaligus.
Terus terbangun diorang, mereka memandang Yoongi dan Mingyu dengan blur.
"Kita kat mana ni?"
"Pahal aku kena ikat?"
"Lahh kita bukan kat disko ke?!"
"Pahal badan aku rasa sakit-sakit?"
Yoongi dan Mingyu memandang mereka dengan datar, bangun-bangun je terus tanya soalan cepumas.
"Kita kat bilik dan kita still ada kat bangunan ni dan Seungcheol dah tangkap kita and then kurung" jawab Yoongi.
"Eii Seungcheol hyung takkan buat macam tu la!!" Bantah Soonyoung.
"Kan tapi aku rasa bukan Seungcheol yang buat semua ni" kata Mingyu.
"Of course sebab aku bukan Seungcheol" terkejut mereka berempat apabila kelihatan S.Coups di sebelah Namjoon.
"Makk... najis" kata Namjoon perlahan lalu berganjak menjauhi S.Coups.
"Eo Namjoon? Kau takut dengan aku ke?" S.Coups acah membuat muka terkejut.
"Eh takde la siapa nak takut dengan kau? Aku takut kat tuhan je" terus terdiam Seungcheol.
Yoongi membuat muka bangga pada Namjoon.
"Aku dah agak kau bukan Seungcheol hyung!!" Kata Mingyu kuat.
"Yes aku bukan Seungcheol dan aku—
"S.Coups" celah Soonyoung yang sedang memandang S.Coups tajam.
"Wow kau tahu!! Bagus-bagus" Seungcheol menepuk tangan dengan bangga.
"S.Coups?" Yoongi mula keliru.
"Yup! Aku S.Coups kembar Seungcheol" S.Coups memperkenalkan dirinya kepada Yoongi dan Namjoon.
"Habistu Seungcheol mana?" Soal Namjoon.
"Hospital" terkaku Yoongi dan Namjoon mendengar jawapan dari Seungcheol.
"Kau memang tak serik agaknya kat penjara tu!! Cuba la insaf!!" Jerit Soonyoung bengang.
"Diam!!" Marah S.Coups, pisau yang dipegangnya diacukan pada leher Soonyoung.
"Kau nak mati Kwon Soonyoung? Tak kesian ke dengan member kau yang tengok kau mati dulu?" Soonyoung memandang mereka bertiga dengan sayu.
"Silakan bunuh aku itupun kalau kau tak nak tengok Seungcheol hyung benci kau" cabar Soonyoung.
"Kau!!" S.Coups menekan pisau itu di leher Soonyoung, darah Soonyoung mula keluar dari lehernya.
"Yah hyung!!" Hampir menangis Mingyu melihat adegan itu.
"Woi berhenti la bengong!!" Marah Yoongi, tidak sanggup dirinya ingin melihat kawannya dibunuh di depan matanya sendiri.
"Huh!! Kau selamat!!" S.Coups melepaskan pisau itu dari leher Soonyoung, nasib baik pisau itu tidak sampai ke uratnya.
"Tapi jangan risau sekejap lagi ada benda yang akan berlaku" kata S.Coups sinis lalu keluar dari bilik itu.
Semua menghela nafas lega.
"Hyung ni gila ke?!" Marah Mingyu.
"Memang pun" Soonyoung menjelirkan lidah.
"Sakit tak?" Soal Namjoon takut.
"Of course la sakit dia tekan pisau tu nasib tak kena urat aku lagi habis berdarah leher seksi aku ni" jawab Soonyoung, darah yang sudah berhenti mengalir dia abaikan walaupun rasa tidak rasa selesa dia tidak boleh lap kerana tangannya diikat.
"Kau bernasib baik" kata Yoongi dengan senyuman nipis.
"Wuu hyung risaukan kita la~~" Soonyoung mengenyitkan matanya kepada Yoongi.
"Aku geli la gila -_-"
"Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Mingyu batuk perlahan tetapi semakin lama dia baruk semakin kuat.
"Tekak kau ni memang nak air ke apa?" Soal Namjoon risau.
"Rasanya sebab tekak aku rasa kering haish mesti sebab gas tu" kata Mingyu geram.
"Rilek kejap lagi elok la tu" Soonyoung cuba menenangkan keadaan.
"Hah yelah uhuk! Uhuk! Uhuk!" Sekali lagi Mingyu batuk tetapi batuk kali ni terasa lain.
"Mingyu... KAU BATUK DARAH!!" jerit Yoongi kalut.
"A-asal ni?" Mingyu ingin menyeka darahnya tetapi tidak boleh.
"Uhuk! Uhuk! Uhuk!!" Mingyu batuk sekali lagi.
"Dah jangan batuk lagi!! Makin banyak la darah yang keluar!!" Kata Soonyoung risau.
Mingyu mengetap gigi, dadanya terasa sakit tiba-tiba kepalanya terasa berpinar.
"Hyu—
Buk!
Mingyu terbaring lemah secara tiba-tiba. Yoongi, Namjoon dan Soonyoung sudah terkaku, air mata mereka mula bertakung.
"MINGYU!!"
YOU ARE READING
[C] The Killer || Seventeen × Bts ||
Misteri / ThrillerDia. Kau. Mereka. Jangan percayakan sesiapa. Disebabkan degil ingin masuk ke dalam bangunan unik itu mereka terperangkap. Semakin lama jalan keluar makin hilang. Ajal mengejar mereka. Si misteri menunggu bersama pisau tajam yang kehausan darah. Apa...