<< Bangunan 50 tingkat >>
Jimin dan Jihoon terbaring lemah, setiap inci di badan mereka mempunyai luka akibat dilibas oleh S.Coups.
Jihoon memandang dua lagi rakannya yang diikat di kerusi dengan kepala yang berlumuran darah iaitu Seokmin dan Minghao.
"H-hyung bangun...." Jihoon menggoncang badan Jimin dengan perlahan.
Jimin membuka matanya lalu memandang Jihoon dengan tanda tanya, mulutnya terasa berat untuk membuka.
"J-jom keluar dari sini" Jihoon cuba bangun dari perbaringannya tetapi gagal.
Jimin pun turut bangun dari perbaringannya tetapi sama sahaja seperti Jihoon akan terbaring juga.
Bam!
'Lahai jangan la S.Coups datang balik aku dah penat ni' bisik hati Jihoon sambil menutup matanya.
"Jihoon kau ok?!" Jihoon membuka matanya dan terlihat wajah Hoseok yang risau di hadapan matanya.
Jihoon yang sudah tidak berdaya lagi hanya mampu menunjuk ke arah Seokmin dan Minghao yang seperti tidak sedarkan diri itu.
"Aku pergi tengok diorang yang kau ni cuba bangun dengan Jimin tu" kata Hoseok lalu pergi kearah Seokmin dan Minghao.
Nak tak nak Jihoon terpaksa akur dan cuba bangun, nasib baik dia boleh bangun lalu bersandar di dinding bilik itu.
"Hyung bangun la cepat" Jihoon mencubit pipi Jimin dan dibalas dengan jelingan.
"Hah dah bangun puas?" Jihoon mengangguk kecil apabila melihat Jimin bersandar disebelahnya dengan tatapan tidak puas hati.
"Korang! Rasanya korang kena korbankan tenaga boleh tak tolong papah Seokmin? Aku kena piggyback Minghao ni" Hoseok tersengih sambil membetulkan kedudukan Minghao yang berada di belakangnya.
Jihoon dan Jimin mengeluh perlahan.
Badan dah sakit-sakit tapi kena papah anak orang. Redho jelah badan.
+++
"Sikitttt lagiiii" Junhui menatap Hansol dengan datar. Hampir sejam juga kedudukan Hansol sebegitu berusaha untuk membuka pintu dengan menggunakan pin rambut.
"Aku rasa kau tak boleh ni" kata Junhui.
"Mana boleh kata tak boleh! Kita kena cuba lagi!" Kata Hansol tak mengalah sambil mencekak pinggang.
Klik!
"Wah Hansol dah boleh buka pintu!! Hebatlah kau" Junhui menepuk tangan lalu memandang Hansol yang beriak takut.
"Pahal kau ni?"
"B-bukan aku yang buka pintu tu" Junhui memandang Hansol terkejut.
"Kau jangan main-main"
"Sumpah bukan aku yang buka!!" Hansol dan Junhui mula menapak kebelakang apabila melihat pintu itu seperti ditolak oleh seseorang.
Junhui mengambil sebatang kayu yang berada disebelahnya untuk perlindungan.
"Hansol berdiri rapat dengan aku" kata Junhui series.
"Buat apa? Hyung jangan nak bergay dengan aku"
"Ikut jelah!! Otak kau ni kuning sangat" Junhui mencerlung Hansol tajam. Dengan malas Hansol menghampiri Junhui.
Skreett
Junhui meneguk air liurnya payah, dia dapat melihat tangan seseorang yang menolak pintu itu. Tangannya sudah bersiap sedia untuk hayun kayu itu.
"Kor—
Pak!
"Hyung!!!!"
YOU ARE READING
[C] The Killer || Seventeen × Bts ||
Mystère / ThrillerDia. Kau. Mereka. Jangan percayakan sesiapa. Disebabkan degil ingin masuk ke dalam bangunan unik itu mereka terperangkap. Semakin lama jalan keluar makin hilang. Ajal mengejar mereka. Si misteri menunggu bersama pisau tajam yang kehausan darah. Apa...