<< Tingkat 35 >>
"Tak guna!!" Marah Jeonghan tiba-tiba.
"Kenapa kau ni?" Taehyung mengerutkan dahinya
"Aku baru teringat dia ada orang suruhan!!" Kata Jeonghan bengang.
"Macam mana hyung tau?!" Seungkwan melopong, bahaya kalau S.Coups ada orang suruh mereka takkan boleh keluar dari bangunan ni hidup-hidup.
"Aku terdengar dia ada borak dengan seseorang kat luar! Dan aku pasti lelaki tu lagi teruk psikonya dari S.Coups" wajah Jeonghan mula series.
"Tch S.Coups tak guna" carut Wonwoo.
Bam!
"Hey guys!!" Sapa S.Coups teruja tetapi tak kepada mereka berempat. Empat pasang mata memandang S.Coups bagai nak telan.
"Wowowo jangan pandang aku macam tu seram ok" kata S.Coups sinis.
"Lepaskan kitaorang la!!" Ronta Seungkwan.
"Mana boleh lepaskan korang tak adil namanya tu kawan korang terperangkap dan korang terselamat kan tak adil tu!!" S.Coups menggelengkan kepalanya sambil mengembungkan pipinya.
"Fikir comel la buat muka macam tu?" Datar sahaja muka Taehyung melihat S.Coups.
"Of course bi*tch" Taehyung membulatkan biji matanya.
'EH HELLO!! AKU TAK CARUT KAT KAU KAN?! PAHAL NAK MAKI AKU HAH HANAT?!' bisik hati Taehyung.
Dia hanya mampu diam sahaja ingin sahaja dia maki tetapi dia pasti akan ada akibatnya jika dia buat begitu.
"Aku tertanya pahal Bts termasuk sekali dalam kes ni?! Diorang tak buat salah apa-apa pun!!" Kata Jeonghan tak puas hati.
"Diorang ada buat salah ok aku terdengar Seungcheol kata kat kau yang dia benci Bts so aku akan bunuh orang yang dia benci tu" S.Coups membetulkan capnya dengan selamba.
"Kau salah faham ni!! Dia memang kata dia benci Bts tetapi dia sambung ayat dia 'kalau benci pun lama-lama akan sayang juga' ITU YANG DIA MAKSUDKAN!! KAU LA YANG MAIN BLAH PAHAL?! LAIN KALI DENGAR SAMPAI HABIS DULU!!" Marah Jeonghan sekuat hati. Dia memang dah lama terbako dengan si S.Coups ni ego tak bertempat.
"KAU DIAMLAH!!" Entah mana datangnya batang besi di tangan S.Coups, dia terus memukul lengan Jeonghan dengan kuat.
Pang!
"Jeonghan hyung!!" Terjerit Seungkwan apabila melihat Jeonghan merintih sakit.
"Korang cari pasal dengan aku!!!" S.Coups memukul kaki Wonwoo pula dengan kuat.
"Arghhh!! Sakitlah!!!" Ronta Wonwoo kuat sambil menahan sakit.
"WOI BERHENTI LA!!" Jerit Taehyung sekuat hatinya.
S.Coups memandang Taehyung dengan tajam.
"Berhenti? No way man" kata S.Coups lalu memukul kepala Taehyung dengan kuat.
Taehyung terbaring lemah lalu lama kelamaan matanya tertutup.
"TAEHYUNG HYUNG!! KAU KEJAM!!" Jerit Seungkwan diiringi dengan tangisannya.
"Sekarang tinggal kau" S.Coups menghampiri Seungkwan.
"Jangan...." kata Jeonghan perlahan.
"Hah jangan? Takkan" S.Coups memukul lagi lengan Jeonghan dengan kuat dan makin kuat la tangisan Seungkwan.
"Hyung...." rintih Seungkwan.
"Tolong jangan...." Wonwoo cuba menahan kaki S.Coups tetapi S.Coups terlebih dahulu menyepak perut Wonwoo.
"Sekarang tinggal aku dan kau" S.Coups mencangkung bagi sama tinggi dengan Seungkwan.
"Ada kata-kata terakhir?"
"Lepaskan hyung aku dan kau boleh bunuh aku" kata Seungkwan series tiada lagi wajah kesedihan dan air mata di wajahnya.
"Seungkwan jangannn" ujar Jeonghan lemah. Dia ingin bangun tetapi disebabkan ikatan di kakinya membuatkan dia sukar untuk bangun.
"Takpe hyung aku ok" Seungkwan memberikan senyuman manis kepada Jeonghan.
"Seungkwan...." Wonwoo memandang Seungkwan tidak percaya.
"Ermmm tak boleh la.. aku nak bagi diorang tengok kau menderita" S.Coups mencebik bibir.
"Kalau macam tu kau bunuh aku and then kau tak kacau hyung aku lagi kat bilik ni amacam?" S.Coups mengangguk setuju.
"Kalau macam tu go on" kata Seungkwan.
"Dengan senang hati" S.Coups tersenyum gembira, hujung batang besi yang tajam itu diacukan di perut Seungkwan.
"Andwae Seungkwan!!" Wonwoo menggelengkan kepalanya, air matanya menitis dengan laju.
"Bye bye Boo Seungkwan"
"S.Coups hyung aku nak kata yang aku tetap sayang kau macam hyung aku walaupun kau dah bunuh aku"
"............"
Zzapp!!
"SEUNGKWAN!!"
+++
<< Hospital >>
Choi Seungcheol membuka matanya dengan luas apabila dia terdengar jeritan rakannya, dia memandang sekeliling. Tiada orang dibiliknya.
"Seungkwan please bertahan..." Seungcheol bangun dari baringnya. Kepalanya yang pening akibat tersedar dari koma dengan mengejut diabaikan.
Apa yang dia fikir adalah keluar dari hospital ini dan selamatkan rakannya.
Seungcheol mencabut jarum di tangannya lalu keluar dari bilik ICU itu.
Kepalanya terasa berpinar tetapi dia kuatkan juga, dia tahu kepalanya yang sakit itu tak sesakit apa yang kawan dia rasa di sana.
Kerana dia mimpi semua itu mereka dipukul, diseksa, diracun dan yang paling teruk dibunuh.
Dia harus pergi sebelum terlambat.
Tiba-tiba Seungcheol terlanggar seseorang. Jatuh terduduk Seungcheol disitu.
"Aduhhh maa— Seungcheol?!" Seungcheol memandang lelaki yang menyebutnya dan dia terkejut.
"Chanyeol hyung!! Bawa aku pergi jumpa diorang!!" Seungcheol menggenggam tangan Chanyeol erat, merayu sepenuh hati.
"K-kau tahu ke apa yang terjadi??" Chanyeol membulatkan biji matanya apabila Seungcheol mengangguk.
"Kalau macam tu jom tapi kita kena tukar baju sebab kemungkinan Jaehoon dan nurse tengah cari kau" segera Chanyeol menarik lengan Seungcheol apabila dia perasan nurse dan doktor mula kelam kabut mencari seseorang.
__________
Ending makin hampir
YOU ARE READING
[C] The Killer || Seventeen × Bts ||
Misteri / ThrillerDia. Kau. Mereka. Jangan percayakan sesiapa. Disebabkan degil ingin masuk ke dalam bangunan unik itu mereka terperangkap. Semakin lama jalan keluar makin hilang. Ajal mengejar mereka. Si misteri menunggu bersama pisau tajam yang kehausan darah. Apa...