24

1.5K 208 86
                                    

"Ish lepaskan kitaorang!!!" Hansol meronta kuat berserta Junhui. Mereka ditangkap oleh orang suruhan S.Coups di depan lif. Dah la kena ikat lepastu heret macam diorang tu binatang.

Menyesal tak lari tadi.

"Kau mimpi apa ni? Lepaskan korang berdua? Tak semudah tu" kata Hoonjae sambil mengheret mereka berdua.

"Kau nak bawa kitaorang pergi mana?!" Soal Junhui seriau, sebab dia kenal tingkat ni.

"Pergi ke bilik korang la, mana lagi" jawab Hoonjae.

Hansol dan Junhui menelan air liur mereka payah, dalam bilik tu ada S.Coups macam mana ni?

Junhui cuba mengambil peluang untuk menyepak Hoonjae apabila melihat jejaka itu terlalu sibuk memandang hadapan.

Dan iainya tak berjaya kerana Hoonjae dapat menangkap niat Junhui lalu dielaknya dari kena sepak.

"Cubaan yang terbaik untuk lepaskan diri tapi cuba lagi" sindir Hoonjae.

Sampai sahaja di hadapan bilik kurungan itu, Hansol pula cuba menyepak badan Hoonjae.

Tak sempat nak mengelak, Hoonjae sudah jatuh bergolek di atas lantai.

Dengan peluang yang ada Hansol dan Junhui cuba melarikan diri walaupun badan mereka berikat dengan ketat tapi itu tidak mematahkan semangat mereka untuk cuba melarikan diri dari syaitan bertopeng itu.

Bang!

"Satu, tumbang"

Bang!

"Dua, mati"

S.Coups tersenyum puas apabila tembakannya mengena, pistol milik diusap lembut.

Hoonjae pula hanya terdiam di belakang lelaki itu.

"Lain kali jangan cuai" S.Coups menepuk bahu Hoonjae lembut, walaupun suaranya nampak lembut tetapi masih ada rasa seram pada ayatnya.

Manakala, Soonyoung yang berada di sebalik dinding pula jatuh terduduk, air matanya tumpah ingin menjerit memanggil rakannya tapi ditahan sebaik mungkin. Mulut ditutup dengan tapak tangan, cuba untuk tidak mengeluarkan bunyi sebaik mungkin.

"Hiks..." terkeluar jua bunyi tangisan itu di segenap tingkat 46.

Langkah S.Coups terhenti, picu ditarik pada pistol itu. Hoonjae memandang S.Coups.

"Aku ada dengar bunyi something" ujar S.Coups lalu menghampiri tempat dimana Soonyoung berada.

Soonyoung memaki dirinya sendiri, mahu lari tapi rasanya sudah terlambat. Perlu ke dia menyerah sekarang?

Langkah demi langkah, maut makin menanti. Soonyoung menutup mata rela dengan apa yang bakal berlaku.

"Ermm S.Coups, aku rasa mungkin bunyi tu datang dari tingkat atas" tegur satu suara. Soonyoung membuka matanya perlahan apabila mendengr suara itu menerjah.

Langkah S.Coups terhenti, dia memandang Hoonjae yang sedang menggaru kepalanya.

"Maksud kau?"

"Maksud aku, rasanya diorang ada lalu kat tingkat atas, bunyi tu pun aku dengar tapi bunyinya macam datang dari tingkat atas" terang Hoonjae.

"Kalau kau still curiga, biar aku yang check. Kau pula naik atas lagipun aku nak settlekan lelaki dua orang ni" sambung Hoonjae sambil menunjuk Hansol dan Junhui yang terbaring berlumuran darah.

"Hmmm ok" S.Coups mengangguk lalu manaiki tangga untuk ke tingkat atas.

Hilang sahaja kelibat S.Coups, Hoonjae menghela nafas lega. Dipandangnya tempat Soonyoung menyorok dengan lama.

Beberapa saat kemudian, Hoonjae mula melangkah pergi meninggalkan dua tubuh manusia yang terbaring kaku, sempat juga dia baling sesuatu di tepi mereka berdua sebelum masuk ke lif.

Pintu lif ditutup menandakan lelaki itu sudah pergi ke tingkat lain, dengan peluang yang ada Soonyoung keluar di sebalik dinding lalu berlari menghampiri Hansol dan Junhui.

Melihat sahaja keadaan Hansol dan Junhui membuatkan air matanya tumpah sekali lagi.

"Andwae, korang jangan mati! Bangun la!" Soonyoung menggoncang tubuh Hansol tetapi tiada sebarang pergerakan begitu juga Junhui.

Soonyoung cuba menyelamatkan mereka dengan cuba mengoyakkan kain seluar Hansol dan Junhui bagi membalut luka tempat dimana mereka ditembak.

Tetapi tetap tiada sebarang kesan, Soonyoung menunduk lemah.

Tiba-tiba matanya tertancap pada dua bungkusan yang amat dikenalinya. Segera dia ambil dan memeriksa.

"Ubat?" Soonyoung menguntum senyum, walaupun hanya la ada dua picagari yang mengandungi ubat, itu cukup membantu dia menyelamatkan rakannya.

Tetapi senyumannya terhenti, dia memandang ubat itu dan lif di depannya silih berganti.

"Hoonjae ke yang bagi ubat ni?"

____________

Adakah Hoonjae sudah insaf? Pfft tapi S.Coups kejam dia pergi tembak laki aku *tarik telinga S.Coups*

S.Coups-adehhh!! Telinga aku!!

Junhui-*tarik telinga author* eh kau pun sama!! Kau yang buat chap ni ok!!

Author-arghh ampun woi ampun!!

[C] The Killer  || Seventeen × Bts || Where stories live. Discover now