Seharian hari itu kecoh. Nazia masuk bilik bos tak keluar-keluar dah. Dia terus mengambil dua tiga fail yang agak berat dan terus mengadap komputer. Ketekunannya mengadap komputer dan memasukan data-data awal bulan tersebut membuat teman-teman sekerja di luar tertanya-tanya.
Bilik sempit yang menempatkan ketua pengurusan bahagian tersebut mempunyai sebuah komputer. Di situlah bos dan kakitangannya yang lain berkongsi komputer membuat kerja berkaitan pengumpulan data. Tempat kerja yang sempit itu hanya memuatkan almari fail rekod berkaitan kerja dan sebuah komputer serta dua buah meja tulis. Bilik tersebut sebenarnya menempatkan bahagian pengurusan untuk unit kecil di situ. Ianya diketuai oleh Puan Laila merangkap bos kecil unit tersebut.
" Kamu dengan Dr Edry tu kenal dah lama ke ?" Cetus Puan Laila tiba-tiba memecah kesunyian. Dia memandang Nazia yang ralit membuka fail dan kemudian mengetuk keyboard komputer.
Nazia membisu tidak menjawab. Sebenarnya dia fokus kepada kerjanya.
" Nazia, saya bukan nak menyibuk apa ," suaranya sedikit ditekan bila melihat Nazia buat tak endah dengan persoalannya.
" Erk, apa dia sis ?" Nazia berpaling terpinga-pinga. Dia memandang wajah Sr Laila yang berada di meja sebelahnya dengan dahinya ikut sama berkerut.
" Dr Edry dan kamu tu dah lama kenal?" Puan Laila ulang semula persoalannya tapi ubah ayat sikit je.
" Dr Edry ?" Pantas Nazia geleng kepala.
" Ada yang sampaikan kepada saya kamu dengan Dr Edry kenal," sambung Puan Laila lagi. Nazia membuat memek muka muncung dan kemudian tersengih. Dia tidak menjawab pertanyaan Puan Laila dan meneruskan kerjanya.
" Bakal tunang dia ada datang jumpa saya tadi. Dia minta saya sampaikan pesan dekat kamu, jangan nak cuba-cuba dekat dengan Dr Edry," tutur Puan Laila lembut. Dia berhati-hati menuturkan ayat agar anak buahnya itu agar tidak menimbulkan perselisihan faham. Nazia sudah hampir 2 tahun berada di bawah kelolaannya. Bukan dia tidak tahu perangai Nazia. Seorang kakitangan yang berdedikasi dengan kerja tetapi tegas.
" Minah tu memang suka buat kecoh. Sis abaikan ajelah apa yang dia kata tu. Pasal saya dengan Dr Edry tu abaikan juga ajelah," jawab Nazia sambil tangannya lincah memasukan data.
" Saya risau dia datang lagi ke sini. Menganggu kamu dan kakitangan lain," ujar Puan Laila dengan suara kebimbangan. Masih terbayang di matanya tadi suara perempuan tersebut di bilik sebelah. Dicerca dan dimaki nama Nazia dengan pelbagai hinaan dan kutukan. Sampaikan semua kakitangan di situ berbisik-bisik. Mujurlah waktu itu Nazia tidak mendengar. Hari itu waktu pagi jadualnya berada di luar kawasan. Tengahari barulah dia pulang ke klinik tanpa mengetahui situasi sebenar. Dr Edry juga tiada hari itu kerana menghadiri kursus.
Semasa dia tiba di tempat kerjanya seorang staff senior memberitahu kedatangan bakal tunang Dr Edry. Semua adegan pagi itu diulang cerita satu persatu. Wajah mereka serius bercerita.
" Abaikan ajelah hal tu. Jangan sampai Dr Edry tahu pula hal ni," jawab Nazia sepatah. Dia tergesa-gesa mengambil fail dan membawanya ke bilik pengurusan.
Kerana perihal itulah dia mengurung diri di bilik pengurusan. Dia segan untuk berdepan dengan rakan setugas yang lain pada hari itu. Mereka tertanya hubungan dia dengan Dr Edry.
" Atau kamu nak saya bincangkan hal ini dengan Dr Edry ?" Puan Laila tahu hubungan Nazia dengan Dr Edry yang hanya berkaitan dengan kerja. Keduanya jarang dilihat berbicara berduaan. Walaupun kedua-duanya masih single tetapi dia tahu Nazia gadis yang baik. Dia tidak akan sesekali merampas kekasih orang. Nazia memang ramai peminat. Tubuhnya yang lampai dan langsing dengan wajah seakan kacukan membuat pandangan mata sesiapa sahaja yang melihatnya akan memandangnya dua kali. Kulitnya putih gebu dan kemerahan dengan ulas bibir yang pink dengan lipstik merah jambu. Rambutnya hitam pekat dan sentiasa disanggul apabila di tempat kerja. Tetapi seusianya yang sudah menjejak 25 tahun, dia dianggap dalam golongan gadis lanjut usia kerana masih belum berkahwin. Dia dicemburui oleh isteri dan perempuan lain kerana ditakuti akan merampas suami atau kekasih orang.
" Tak perlu sis. Abaikan ajelah. Lama-lama benda ni akan reda dengan sendirinya. Lagipun saya tahu saya tak bersalah," jawab Nazia yakin. Puan Laila menggeleng kepalanya mendengar jawapan Nazia. Kalau dah tuan badan cakap begitu dia tak boleh nak buat apa. Dia hanya mampu berdoa semoga apa yang dikatakan oleh Nazia adalah betul.
YOU ARE READING
Doktor Ni... Sweetlah
RomanceNaziea Ariana dan Edrian Wong pasangan yang terpisah dekat tapi jauh. Halangan keluarga menyebabkan mereka tidak dapat bersama. Malahan terpaksa menyembunyikan hubungan mereka gara-gara ancaman keluarga Edrian. Kasih sayang mereka yang teruji tetapi...