Nazia leka menulis butir-butir pesakit ke dalam buku rekod tebal. Kad-kad yang tersusun di depannya di ambil satu persatu dan kemudian dia mengasingkan dengan ikatan gelang getah mengikut tarikh temujanji.
Waktu itu suasana sudah tidak sesibuk tadi. Kerusi menunggu di depan kaunter juga telah banyak yang kosong. Hanya ada dua pesakit lagi yang masih menunggu untuk berjumpa Dr Maria.
Jam di dinding sudah berbunyi menandakan pukul 1.00 petang dan menandakan waktu rehat tengahari. Nazia masih lagi meneruskan merekod kad di depannya.
Knock..! Knock...! Knock...!
" Nurse, boleh saya jumpa doktor ?" Tegur seorang lelaki sambil mengetuk meja kaunter dengan lembut.
Nazia terus mengangkat wajahnya.
"Maaf Encik. Ada temujanji ke.....? Hey ! Abangggg !" Nazia tidak jadi bersoal panjang. Dia terus mencapai tangan lelaki tersebut. Menggenggamnya dan mencium tangan lelaki yang mengetuk meja kaunter itu. Lelaki itu tertawa kecil.
" Surprise honey !" Ujar lelaki itu sambil tersengih. Dia tertawa kecil melihat wajah Nazia yang kelihatan tergaman.
"Kenapa tak beritahu nak datang ?" Tanya Nazia dan berlari keluar dari kaunter. Dia tertawa gembira dengan kejutan tersebut.
" Hey ! Ian...!" Suara teguran dari pintu bilik 4.
Langkah Nazia terhenti. Dia terus berdiri memegang bucu meja kaunter. Masing-masing berpaling ke arah Dr Mahes yang berdiri di pintu bilik 4.
" Hey Mahes !" Lelaki yang di sapa Ian itu terus meluru ke arah Dr Mahes. Keduanya berpelukan gembira seolah lama tidak berjumpa. Nazia terkaku melihat situasi tersebut. Dia berpura-pura tidak terusik dengan situasi itu. Dia lantas kembali ke belakang meja kaunter menyiapkan kerjanya.
Tidak lama kemudian Dr Mahes dan tetamunya itu melintasi meja kaunter tempat Nazia bekerja.
" Miss, you tak lunch ke?" Tegur Ian apabila melihat Nazia masih menulis.
" Dah jam 1.00 Zieyn. Berhentilah. Sambung lepas ni," Tegur pula Dr Mahes.
" Hey ! Hey ! Hey ! Zieyn jom lunch dengan I !" Sampuk pula Dr James yang tiba-tiba muncul dari pintu depan. Nazia terkedu. Dia memandang ke arah Ian. Keduanya saling berpandangan. Nazia perasan renungan Ian yang seolah meminta penjelasan. Nazia tersenyum senget. Habislah kena bambu kejap lagi.
" Lunch date ke ?" Tanya Dr Mahes pula.
" Tak !" Jawab Nazia gugup.
" Yes ! Lunch date !" Sambar Dr James pula. Dr Mahes tersenyum. Nazia mengetap bibir. Wajahnya merah diterpa serba salah. Ian hanya diam dan memandang ke luar. Dia tersenyum sumbing.
"Zieyn, you mesti lunch dengan I hari ni. Dah lama You janji !"
Nazia terkedu. Kenapalah waktu ni mamat sorang ni nak muncul dan menganggu ketenangan yang dia milikki. Dr Mahes dan temannya itu melangkah keluar dari pintu klinik tanpa menghiraukan Nazia dan Dr James. Nazia mengeluh kesal. Dia ingin memberitahu sesuatu tetapi dia tidak sanggup. Akhirnya dia diam dan mengikuti juga langkah Dr James. Mereka ke kafe hospital untuk menikmati makan tengahari. Dr Mahes dan temannya itu juga berada di meja berdekatan kerana waktu itu ramai kakitangan yang rehat waktu tengahari.
Nasi yang ditelan terasa kesat. Dr James ceria berceloteh. Semua cerita sampaikan bab artis dan politik semua di campur aduk. Nazia hanya mengangguk dan menyampuk sekali sekala. Waktu berlalu terasa terlalu panjang. Tepat 1.45 petang Nazia sudah bangkit berdiri. Alasannya dia hendak solat zohor terlebih dahulu sebelum masuk kerja. Ketika dia berlalu keluar dari Kafe tersebut bersama Dr James, dia perasan pandangan mata tersebut yang leka memerhatinya. Dia tidak mempedulikan suasana tersebut dan kembali ke klinik.
Dia cuba melupakan situasi yang berlaku dan menumpukan tugasnya yang satu terhadap Allah SWT. Memohon kerjanya diberkati dan berjalan lancar. Memohon juga kebahagiaan dan kasih sayang sentiasa melingkari hidupnya. Memohon ketetapan iman dan jodoh berpanjangan.
Selesai solat dia kembali menyambung kerja. Tepat jam 2.00 petang dia sudah berdiri di kaunter menulis rekod untuk sesi petang pula. Maheran juga membantunya di kaunter depan itu.
" Zieyn, masuk bilik saya kejap," panggil Dr James dari muka pintu bilik 3. Dia tersengih penuh pengharapan. Nazia mengangguk dan melangkah ke arah bilik rawatan Dr James. Dia membontoti Dr James, mengikuti doktor muda itu dari belakang.
"Zieyn, you tolong I kejap. Lisa ke wad mengambil rekod pesakit ini. I nak ambil darah baby ni ," pinta Dr James sambil menarik kerusi lalu duduk. Nazia mengangguk lalu membantu Dr James membalut bayi kecil itu. Ibu bayi itu diminta untuk duduk bertenang di kerusi.
Jam 5.00 petang waktu operasi di situ sudah berakhir. Nazia masih lagi menyusun rekod pesakit hari ini yang di bawa keluar dari bilik doktor ke kaunter. Dia mencatit catatan ringkas dan menulis arahan serta tarikh temujanji ke dalam buku rekod. Lisa membantunya merekod dari bilik 4. Petugas-petugas lain semua sudah terburu-buru balik. Dr James dan Dr Kamila pula berada di dewan bedah kerana ada kes kecemasan melibatkan kanak-kanak. Hari itu Dr James yang bertugas atas panggilan.
Di bangku belakang berdekatan rak majalah seorang lelaki duduk di kerusi sambil membaca majalah yang diambil dari rak tersebut. Dia duduk santai sambil sekali sekala matanya menjeling ke arah kaunter. Memerhati petugas yang masih belum selesai kerjanya.
" Ian, well malam ni you nak datang tempat I atau I jemput you ?" Tegur Dr Mahes yang melintasi ruang itu. Kedengaran tetamu yang disapanya itu menjawab sesuatu.
" Okeylah. I tunggu you tempat biasa," sambungnya lagi. Nazia dan Lisa mengangkat wajah memandang antara satu sama lain. Lisa mengangkat bahu. Nazia membawa rekod pesakit di tangannya ke bilik rekod di bahagian belakang.
Apabila dia kembali ke kaunter Dr Mahes sudah balik. Dia mengemas peralatannya. Kemudian dia ke sinki mencuci tangan sebelum balik.
Lisa juga sudah mengambil begnya. Nazia memandang ke arah tetamu Dr Mahes dan lelaki itu masih leka menyambung bacaanya.
" Jom darling ," cuit Nazia. Lelaki yang disapanya mengangkat wajah. Dia segera bangkit dan membontoti Nazia dari belakang. Nazia mengunci pintu klinik dengan kunci pendua yang dimilikinya. Dia kemudian menuju ke pejabat keselamatan untuk menyerahkan kembali kunci tersebut. Dia terpaksa menandatangani buku sebagai rekod dia telah menyerahkan kunci yang digunanya.
Nazia memandu kereta Myvi putih miliknya dengan tenang. Meredah perjalanan hampir setengah jam kesesakan lalulintas untuk ke rumah sewa Nazia.
Hampir jam 6.00 petang barulah mereka tiba di rumah tersebut dan Nazia membiarkan suaminya menunggu di dalam kereta sementara dia mandi dan menukar pakaiannya. Dia juga mengisi beg mengambil pakaiannya. Dia kemudian meninggalkan pesan kepada teman serumahnya dan memandu keretanya menuju ke arah tempat penginapan mereka. Ian yang berada di sebelahnya pula bersandar santai dan kelihatan sudah terlena. Mungkin kepenatan kerana dia tiba dari Sabah dengan flight tengahari tadi.
Nazia mengejutkan Ian dan mengambil beg pakaian miliknya. Dia membawa beberapa helai pakaian untuk sehari dua sementara suaminya ada di situ.
" Sayang jomlah rehat dulu. Abang nak rehat kejap. Lepas tu abang mandi," arah suaminya sambil melangkah ke arah katil. Nazia mengangguk dan meletakkan begnya ke atas meja kecil mengadap katil. Dia menyelongkar beg pakaian yang dibawanya.
Ian pula terbaring di atas katil. Memejamkan mata melepaskan kepenatan yang dirasainya. Dia terlelap seketika.
YOU ARE READING
Doktor Ni... Sweetlah
RomansaNaziea Ariana dan Edrian Wong pasangan yang terpisah dekat tapi jauh. Halangan keluarga menyebabkan mereka tidak dapat bersama. Malahan terpaksa menyembunyikan hubungan mereka gara-gara ancaman keluarga Edrian. Kasih sayang mereka yang teruji tetapi...