tHROWBACK KERJA hOSPITAL

97 0 0
                                    

Kunci kereta Myvi miliknya di selit ke celah poket. Zip beg sandang di tarik perlahan. Buku nota kecil diselit ke celah poket beg sandang sebelah kiri.. Dia mengemaskan diri dan melangkah ke arah pintu utama menuju ke lobi.

Suasana perkarangan hospital itu seperti biasa kelihatan sibuk. Di unit kecemasan kelihatan beberapa orang mudar mandir dan berdiri keresahan menunggu. Situasi biasa di bahagian tersebut yang terkenal dengan kesibukan kemasukan pesakit sehingga adakalanya melimpah sehingga ke bahagian luar.

Langkah Nazia yang laju menuju ke lift di halang seseorang. Brek kecemasan di tarik. Nazia mendegus geram. Langkahnya terhenti. Dia mendongak. Seorang lelaki berkot putih tersengih berdiri tegak di depannya.

" Awal sampai my dear !" Lelaki itu tersengih. Tangannya bersilang ke belakang menyakat Nazia.

" Ala Dr James. Bagilah laluan. Zieyn nak punch card dulu. I'm promise, rehat nanti I temankan you lunch okey ." Nazia tersengih membuat tawaran. Dia menayangkan giginya yang putih bersih tersusun rapi menyerlahkan lagi keayuannya. Memek muka merayu simpati.

" No, I tak percaya. Nanti you cakap kaunter sibuklah. Dah banyak kali you larikan diri. Pagi ni temankan I sarapan. You nak makan apa, cakap aje I pergi beli. Kita breakfast kat pantry klinik you okey !"

Alahai ! Dia yang memberi idea. Dia juga yang memberi kata putus. Mata Nazia tertacap ke arah jam di dinding berdekatan dengan kaunter 1. Hampir jam 7.35 pagi. Lagi di layan kerenah doktor ni lagilah lama masa akan di ambil. Bukannya tidak pernah berlaku jam 8.03 pagi dia terlewat gara-gara di sakat oleh doktor muda ini.

" Okey. Zieyn punch card dulu. You belikan I jus oren dan kuih karipap 2 biji ," ujar Nazia tersenyum manis.

" Okey ! Cukup ke 2 biji karipap ? Never mind. I beli extra untuk you okey my dear ," ujar Dr James girang. Dia mengenyit mata kepada Nazia sebelum memberi laluan kepada Nazia.

Keluhan kelegaan dilepaskan oleh Nazia. Dr James satu-satunya doktor yang suka menyakat dia. Satu-satunya doktor yang berani menegurnya walaupun telah diberi amaran oleh Nazia berkali-kali.

Ketika dia tiba ke tempat mesin tersebut telah ramai kaki tangan yang menunggu giliran untuk mengetik kad perakam waktu masing-masing. Nazia terpaksa beratur mengambil gilirannya. Mereka terpaksa beratur kerana masing-masing mengejar waktu. Nazia memandang sayu ke arah punch card yang sudah menununjukkan ke pukul 7.48 pagi. Pantas di ambil kad kuning miliknya dan di ketik masuk ke mesin tersebut. Dia menarik nafas kelegaan apabila siap meletakkan semula punch cardnya ke tempat asal.

" Lewat hari ni Nazia ?" Tegur seorang staf wanita. Nazia tersenyum mengangguk. Selepas mengucapkan selamat tinggal, dia bergegas menuju ke arah lorong menuju ke kliniknya. Nazia bertugas di bahagian pesakit luar di Klinik Pakar Kanak-kanak.

Dia terus mengambil kad pesakit untuk temujanji hari ini yang telah diletakkan ke dalam bakul petang semalam. Kad itu di buka ikatan gelang getahnya dan di susun ke dalam bakul tersebut. Kad itu merupakan pendua salinan rekod asal pesakit yang datang mendapatkan rawatan di situ. Kesemua kad telah diberi temujanji dan merupakan pesakit ulangan.

Dia kemudian membelek buku rekod temujanji. Dia meneliti sekali lagi satu persatu nama pesakit yang akan mendapatkan rawatan hari ini.

" Selamat Pagi Zieyn, berapa temujanji hari ni ?" Tanya Dr Kamila yang baru melangkah masuk. Doktor Pakar Kanak-kanak itu merupakan ketua di unit tersebut.

" Selamat Pagi doktor. Pagi ini kesemua temujanji hanya 150 sahaja. Doktor bertugas ada 3 orang. Doktor Adila bercuti hari ni. Doktor Maria masuk lewat sikit dia ke klinik O& G. Doktor Rihana dan Doktor Mahes ke wad untuk round pagi. Doktor James kejap lagi sampai. Dia yang onkol hari ini," ujar Nazia panjang lebar menerangkan tugasan hari ini. Dr Kamila mengangguk. Dia berpuashati dengan tugasan Jururawat Nazia.

"Zieyn, nanti you tolong trace rekod pesakit ini untuk I. Lepas tu you mintak Maniam ambil result yang ni kat makmal. Petang I nak review kes ni," arah Dr Kamila. Dia menyerahkan sehelai kertas kecil berupa nota kepada Nazia. Nazia mengambilnya dan menyelit ke fail flip yang bertulis penting di sudut meja berdekatan rak rekod pesakit. Sepeninggalan Dr Kamila, Nazia membawa bakul yang disusun kad tadi ke meja kaunter. Di tempat menunggu depan kaunter sudah ada beberapa orang pelanggan yang menunggu. Sesi klinik biasanya bermula 9.00 pagi kerana seawal 8.00 pagi doktor bertugas akan memeriksa pesakit di wad terlebih dahulu. Namun ada juga pesakit yang datang lebih awal dari masa temujanji. Sekiranya ada doktor bertugas pagi itu, dia mungkin dapat rawatan lebih awal. Nazia tersenyum manis sambil memandang sekeliling ruang klinik tersebut.

Jururawat Azira tiba sambil memeluk buku rekod dan fail lain. Dia meletakkan rekod tersebut ke atas meja kaunter sambil mengeluh. Nazia leka mengambil kad temujanji kecil yang diserahkan oleh pesakit . Dia meneliti ke semua nombor giliran dan menyelitkannya ke rekod utama pesakit lalu di susun mengikut giliran.

" Zieyn, Mahera mana lum masuk lagi ke?" Tanya Azira sambil memandang sekeliling ruang klinik tersebut. Dia kemudian mengambil beberapa kad dan membeleknya lalu mengasingkannya sekali lagi mengikut urutan dan doktor bertugas. Dia juga merekod kedatangan pesakit ke dalam rekod utama.

" Erra ke wad, ikut doktor Rihana round Wad Melur 1. Lisa ikut Doktor Mahes round wad Melur 2. En. Rahimi dan En. Yus ke Wad Ortho. Ada kes kanak-kanak kat sana," terang Nazia sebagai jururawat incas . itu. Azira mengangguk dan kemudian berlalu ke bilik doktor dengan membawa kad pesakit yang telah dipilih tadi.

Nazia kemudian ke ruang belakang. Encik Maniam baru balik dari makmal. Dia menghulurkan keputusan ujian yang di bawa dari sana kepada Nazia. Dia juga membantu Nazia menyusun dan mencari rekod pesakit yang telah diterima keputusan ujian makmal pada hari itu. 

Doktor Ni... SweetlahWhere stories live. Discover now