Nazia terasa segan pula apabila terserempak dengan Encik Ilham. Namun lelaki itu hanya tersenyum dan bertegur sapa seperti biasa.
Selesai mesyuarat Nazia berlengah masa mengemas meja mesyuarat. Dia di bantu oleh Ruslinda menyusun atur kembali bilik kecil itu.
Peralatan audio visual yang digunakan dikemas semula dan di simpan di dalam almari.
Ruslina pula menyapu sampah dan membuang segala kertas yang tidak diguna.
Ketika Nazia melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu dia terserempak dengan Dr Edry. Lelaki itu mengenyit mata kepadanya dan berjalan laju ke arah bilik belakang. Niat Nazia untuk mengikutinya tidak jadi apabila kelibat Encik Ilham muncul di pintu depan berdekatan dengan bilik Xray.
" Hai Nazia, ada lagi boleh saya tolong ?" Tegurnya ramah. Dia membantu menolak troli peralatan tadi untuk di simpan di bilik stor belakang. Nazia mengucapkan terima kasih dan berlalu ke bilik kerjanya.
" Malam ni keluar. Abang free. Atau sayang datang ke rumah abang. Kita dinner sama-sama. Housemate abang tak ada musim cuti sekolah ni." Mesej di telefon di baca sekali lagi. Dia cuba menimbang membaca berulang kali mesej tersebut.
Apa yang hendak dibuat ni. Jiran sebelah rumahnya Makcik Bawang, penuh dengan anak-anaknya yang balik bercuti. Mesti menjadi satu fitnah pula dan akan memburukkan namanya lagi. Lebih-lebih lagi dia teringat anak lelaki makcik bawang tersebut yang hendak menguratnya sebelum ini.
" Nazia. Malam ni kau hantar aku kat stesyen bas boleh ? Bas aku pukul 9.00 malam ke Ipoh. Aku nak ke sana jemput adik aku," beritahu Aina sambil tersandar di bucu meja Nazia. Ketika itu suasana agak lenggang dan sebentar lagi waktu kerja akan tamat.
" Okey. Aku beres aje."
" Kau ajaklah boyfriend kau pergi. Esokkan cuti hujung minggu. Pergilah bersantai kat mana- mana. Jangan lupa bawa kad nikah korang pula. Kena cekup kecoh nanti." Sambung Aina lagi separuh berbisik.
" Idea kau memang bagus. Syuhada kan oncall. Kesian pula aku nak tinggalkan dia sorang-sorang."
" Nazia ! Nazia ! Kau ni terlampau lurus bendul." Sindir Aina sambil menunjal dahi Nazia. Satu perbuatan yang menyebabkan Nazia tidak suka.
Dia menggosok dahinya dan merenung tajam ke arah Aina.
" Kau lupakanlah pasal Syuhada tu. Dia boleh aje berdikari. Sebelum ni kau bukan tak biasa kena tinggal sorang-sorang. Kena oncall sorang-sorang. Sekarang ni fikir tanggungjawab kau sebagai bini orang. Aku lihat laki kau pun asyik curi peluang nak jumpa kau tapi ada aje halangan. Pergi bercuti. Ajak boyfren kau tu!" Tegas Aina memberi pendapat.
" Mesti Syuhada pelik aku tinggalkan dia. "
" Kau dengar makcik geliga kau ni nak beritahu. Kita keluar malam ni dengan kereta laki kau. Pastu hantar aku kat stesyen bas. Pastu kau pergi ajelah ke mana-mana pun. Cakap kat Syuhada kau ikut aku ke Perak. Kita mintak tolong Dr Edry sebab dia aje yang ada boleh mintak tolong. Syuhadakan oncall mana boleh ganggu. Nak ajak orang lain sapa lagi boleh harap. "
Nazia mengangguk. Akhirnya dia setuju juga dengan pendapat Aina. Memang win idea teman perahsianya itu.
Nazia menelefon Edrian. Tetapi lelaki itu tidak menjawab panggilannya. Mesej yang dihantar juga tidak di balas.
Nazia melangkah ke arah bilik Dr Edry. Tetapi tiada di situ. Maya memberitahu Dr Edry berjumpa dengan Encik Ilham. Dada Nazia berdetak. Adakah sesuatu dibincangkan berkaitan dengan dirinya. Nazia mencari dan bertanya kepada staf lain keberadaan Encik Ilham.
" Waktu macam ni biasanya dia solat asar sebelum balik. " beritahu Hamidi staf bahagian kebersihan. Nazia mengucapkan terima kasih dan berlalu ke surau lelaki. Surau yang terletak di bangunan sebelah agak lengang waktu begini kerana staf lelaki bahagian tersebut semuanya ke Pejabat Daerah pada setiap hari hujung minggu kerja.
Nazia mendapati dua pasang kasut lelaki berada di situ. Nazia mengetuk pintu dan memberi salam tetapi tiada jawapan. Lama dia tunggu hinggalah suara Encik Ilham menjawab salamnya.
" Haa Nazia. Dr Edry ada kat dalam tu ." Beritahunya tanpa sempat Nazia membuka mulut.
" Boleh ke saya jumpanya ?" Tanya Nazia teragak-agak dan malu-malu.
" Silakanlah. Kami baru lepas solat asar. " jawab Encik Ilham.
Nazia melangkah masuk setelah Encik Ilham berdiri memberi laluan.
" Encik Ilham. Boleh tak Encik tunggu kat depan. Segan pula curi-curi jumpa ni," jawab Nazia tersenyum malu.
" Nak malu apa. Jumpa suami pun takut-takut. Pergilah masuk . Saya tunggu kat depan ni," ujar Encik Ilham tersengih. Dia duduk di bangku depan dan memakai stokingnya. Nazia terus melangkah masuk. Surau yang sempit itu hanya menempatkan ruang solat lelaki dan perempuan dipisahkan oleh tirai. Kebiasaanya jarang staf lelaki dan perempuan masuk solat sama-sama ke dalam surau tersebut. Hatinya terusik melihat suami tercinta sedang mengaji AlQuran. Suaranya yang sedikit pelat membuat Nazia rasa sebak.
" Abang !" Sapa Nazia lembut. Edrian berpaling. Pandangannya bertembung dengan Nazia yang duduk bersimpuh di belakangnya.
" Saya nak bincang sesuatu dengan abang !" Tuturnya lembut.
" Apa dia sayang. Abang nak simpan AlQuran ni dulu. "
Edrian menutup Alquran dan meletakkan ke atas almari di tepi ruang solat.
" Okey sayang. Apa dia ?"
" Abang free kan dua hari ni? Atau abang ada program apa-apa?"
" Tak ada yang formal. Kalau dengan sayang , abang cancel semua plan abang,"
" Malam ni kita keluar. Selepas maghrib kita hantar Aina ke Stesyen Bas di bandar PP. Kita tidur kat luar malam ni," cerita Nazia seperti yang telah dirancang dengan Aina.
" Betul ke sayang ? Abang setuju aje. Rindu dekat sayang rasa cam tak boleh tahan,"
" Okeylah. Kita jumpa lepas maghrib. Bawak baju sehelai dua aje," balas Nazia. Dia meminta diri setelah selesai menceritakan perancangannya. Encik Ilham masih duduk di bangku depan surau.
" Encik Ilham ! Terima kasih menjaga amanah kami."
" Sama-sama Nazia. Sebab saya tahu awak baik dan awak tak buat salah tu yang saya sokong," balas Encik Ilham.
" Apa yang baik dan apa yang salah Encik Ilham?" Suara seorang lelaki muncul dari lorong parking kereta. Nazia terkedu.
" Kamu ni Alex, tiba -tiba muncul terkejut saya." Seru Encik Ilham.
" Nazia dengan Encik Ilham ni ada rahsia ke ?"
" Mengarut ajelah kamu Alex. Saya bersembang dengan Nazia ni. Cerita kosong aje ," jawab Encik Ilham.
" Mana tahu kalau Encik Ilham dan Nazia ada rahsia. Nak makan nasi minyak dalam diam-diam ke?"
" Alex ! Alex ! Saya cukuplah sorang aje isteri Alex. Anak-anak pun dah ramai. Kalau dengan Nazia ni orangnya cantik tentu mantainance tinggi. Tak mampu saya. " Encik Ilham ketawa kecil.
" Saya pun tak mau Nazia. Tak sanggup kena potong !"
Alex ketawa keras.
Nazia hanya diam memerhati. Perlahan dia mengundur diri dan melangkah ke arah keretanya. Dia masuk ke dalam keretanya dan meninggalkan perkarangan tempat kerjanya dengan perasaan jengkel. Meluat dengan kata-kata Alex.
Dia ingat pesanan Edrian agar berhati-hati dengan Alex. Dia mungkin tali barut keluarganya. Dialah yang menjadi batu api menyampaikan berita kepada keluarga mertuanya. Lelaki pendek itu memang racun dalam perhubungan Nazia dan Edrian.
YOU ARE READING
Doktor Ni... Sweetlah
RomanceNaziea Ariana dan Edrian Wong pasangan yang terpisah dekat tapi jauh. Halangan keluarga menyebabkan mereka tidak dapat bersama. Malahan terpaksa menyembunyikan hubungan mereka gara-gara ancaman keluarga Edrian. Kasih sayang mereka yang teruji tetapi...