Nasi bungkus licin di makan. Nasi sup ayam dan sayur goreng dibeli pagi tadi lagi. Air kosong bekalan dari rumah sudah satu tupperware besar dihabiskan. Sepanjang hari itu dia banyak minum air kosong sahaja. Sarapan pagi tadi dengan hanya dua keping roti bersalut Nutella.
Tengahari itu dia sendirian di pantry menikmati makan tengaharinya. Semua rakan sekerja yang lain keluar dan ramai yang balik ke rumah untuk makan tengahari.
Waktu begini terasa sunyi pula bersendirian di dalam klinik. Selepas makan dia bercadang untuk solat zohor kerana sebentar tadi, azan zohor telah berkumandang dari masjid. Suasana dalam klinik agar malap. Lampu-lampu tengahari itu telah dipadam setiap kali waktu rehat 1 jam itu. Kecuali sekiranya ada ramai pesakit waktu itu, barulah ruang legar itu terang benderang.
Kertas bungkusan nasi diikat ke dalam plastik dan dibuang ke dalam tong sampah hitam di tepi sinki. Hampir separuh tong telah dipenuhi dengan sampah-sampah pembungkus makanan. Kebiasaanya Kak Milah akan membuang sampah sebelum klinik di tutup.
Nazia melangkah ke sinki. Dia mencuci tangan. Selesai di bilik pantry dia terus ke bilik simpanan kerjanya. Beg mekap dan telekung solat di ambil. Dia bercadang untuk solat zohor sebelum berehat sebentar di bilik yang dijadikan ruang solat kakitangan.
Bunyi derapan kaki seseorang masuk ke ruang tersebut. Siapa agaknya. Setahunya semua kawan-kawan keluar rehat tengahari.
Dia mengambil kapas dan cecair pencuci mekap. Bayang seseorang di pintu ruang tersebut berdiri mengadapnya.
" Sayang tak keluar ke?"
"Abang!"
Pantas dia berdiri memerhati. Senyuman terserlah di bibirnya.
"Ada orang lain ke kat luar tu?" Tanyanya was-was. Risau juga takut kemunculan kakitangan lain.
"Sayang ni takut sangat. Abang sorang aje ni. Abang tengok kereta sayang kat luar tu yang abang datang ni."
"Abang dah solat ke?"
Lelaki itu menggeleng kepalanya. Nazia jengilkan matanya.
"Ada apa ?"
Lelaki itu tersengih-sengih.
"Ada 30 minit lagi rehat. Zie solat dulu. Abang tunggu atau abang pegi solat zohor dulu,"arah Nazia memberi cadangan. Lelaki itu diam seketika dan kemudian mengangguk. Dia kemudian meninggalkan ruang tersebut.
Selesai solat zohor dan bermekap seketika Nazia keluar dari ruang tersebut. Di ruang legar masih bergelap tiada kelibat sesiapa. Biasanya ruang tersebut akan penuh dengan kakitangan 5 minit sebelum waktu kerja.
Tiba-tiba pintu bilik doktor no.3 terbuka. Nazia tersenyum dan menapak ke arah bilik tersebut.
Dr Edry terus menarik tangan Nazia. Kemudian pantas dikunci bilik tersebut.
"Abang..!"
Terasa sesak nafasnya bila dipeluk curi-curi sedemikian. Lama juga melepaskan perasaan rindu yang terpendam.
"Abang, sampai bila kita nak curi-curi macam ni ?" Tanya Nazia setelah pelukan dilonggarkan.
Dr Edry mengeluh. Dia tahu perasaan Nazia. Tapi dia sendiri perlu berwaspada. Dia tidak mahu peristiwa yang lepas berulang kembali. Dia tidak mahu perkara yang menyakitkan berlaku kepada Nazia. Dia tidak mampu untuk menepisnya.
"Minggu ni cuti panjang sikit. Sayang apply cuti dua hari dan bersambung dengan cuti hari minggu dan cuti am, bolehlah kita balik ke pondok kita. Dah lama sayang tak balik ke sana. Kita bertolak malam ." Dr Edry menerangkan perancangannya sambil memegang jemari Nazia.
Nazia tekun mendengar. Hatinya masih gusar untuk menyetujui rancangan suaminya. Tapi hatinya juga rindu untuk bersama suaminya.
"Jangan risau. Abang dah aturkan semuanya. Kita akan selamat," pujuk Dr Edry lagi. Dia tahu keraguan di hati Nazia. Dia tekad apa yang berlaku dia akan tetap melindungi Nazia.
Edryan tersenyum lalu memaut tubuh tersebut. Dipeluk lama pipi gebu itu.
"Malam ni kita jumpa ya. Sayang datang rumah abang. Abang buka pintu. Abang sorang aje kat rumah," bisiknya lembut.
Nazia menggeleng kepala. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku sekiranya mereka kelihatan di mata orang lain.
"Abang janji. Abang akan tetap jaga sayang," sambung Edryan lagi.
Lama membujuk hingga bunyi pintu depan di buka merungkaikan pertemuan yang terdera.
"Zieyn keluar dulu ya," balas Nazia dan mencium tangan Edryan. Lelaki itu mencium sekali lagi dahi dan ubun-ubun Nazia. Berat hatinya hendak melepaskan isterinya di saat itu.
YOU ARE READING
Doktor Ni... Sweetlah
RomanceNaziea Ariana dan Edrian Wong pasangan yang terpisah dekat tapi jauh. Halangan keluarga menyebabkan mereka tidak dapat bersama. Malahan terpaksa menyembunyikan hubungan mereka gara-gara ancaman keluarga Edrian. Kasih sayang mereka yang teruji tetapi...