PKP lockdown

29 0 0
                                    

Bayangan seseorang menutup pintu pagar kelihatan dari rumah sebelah. Langsir berwarna pastel pink belacan terbuai-buai ditiup angin. Menghalang pandangan telus keluar.
"Zieyn, I nak hantar you join team bantuan. KL mintak bantuan dari kita. Kalau you setuju, I nak masukkan nama you," beritahu Dr Emir semasa dia dipanggil ke biliknya.
Nazia diam. Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Dia sudah menjangka dari awal. Desas desus mengatakan namanya kemungkinan naik dan termasuk ke dalam senarai team. Dia tidak tahu hendak menolak atau bersetuju sahaja.
Perbincangan hangat telah pun berlaku sebelum ni antara sesama staff. Memang nama dia yang di ura-urakan. Yalah siapa lagi selain dia yang avialable. Orang 𝐥𝐚𝐢𝐧 ada masalah keluarga. Ada anak sekolah. Ada anak kecik yang susah nak tinggal. Ada ibubapa yang perlu di jaga. Walhal program tu bukan lama pun. Hanya seminggu sahaja. Tak lama. Tapi masing-masing sudah beralasan.
Hanya dia sahaja yang tiada sesiapa untuk di fikirkan. Si dia ? Entahlah, khabarnya sudah sukar dijejaki semenjak dia balik ke Taiwan. Minggu pertama sahaja berhubungan selepas itu internet dan telefon bagaikan tidak berfungsi lagi. Di luar radar...
Nazia mengeluh kesal. Semenjak kebelakangan ini dia kerap mengeluh dan memendam rasa sendirian. Rutin kerja harian seperti biasa. Pagi ke tempat kerja dan petang dia sudah berada di rumah. Hanya ruang tamu, ruang dapur dan ruang tidur yang diukur setiap petang.
Semenjak perintah Kawalan Pergerakan di war-warkan oleh kerajaan, dia jarang keluar rumah. Keperluan harian pun yang penting sahaja di beli untuk simpanan. Tiada lagi makan minum di kedai.

Doktor Ni... SweetlahWhere stories live. Discover now