Nazia terkedu. Dia memanggung kepalanya yang sesak berfikir. Selepas balik dari balai polis sejam yang lepas, dia hanya terbaring di atas katil biliknya. Fikirannya semakin tenang selepas diberi jaminan oleh Inspektor Hakeem, pegawai bertugas tadi. Pegawai polis itu juga yang membantunya memanggil teksi untuk menghantar Nazia balik. Dia berasa lega kerana telah diberi jaminan untuk keselamatannya. Malahan Pegawai Polis itu juga telah memberi nombor telefonnya sendiri untuk memudahkan Nazia berhubung sekiranya perlukan bantuan dengan segera.
Nazia masih ingat peristiwa sekelip mata tadi. Waktu itu dia baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam Kedai Pakaian untuk mencari sehelai dua baju baru. Syarifah Emilia teman serumahnya pula telah masuk lebih awal bersama Tania dan Yani.
Bunyi dentuman yang kuat membuat Nazia terkejut dan berpaling. Mulutnya terlopong melihat di belakangnya. Kereta kesayangan hadiah sang suami rosak teruk di langgar oleh lori kargo menghantar barang yang sedang membelok masuk. Kalau diikutkan tempat yang Nazia meletakkan keretanya itu adalah betul di parking lot dalam petak kuning. Kebetulan waktu itu hanya terdapat kereta Nazia sahaja di kawasan tersebut kerana tempat parking lain berdekatan dengan deretan kedai telah penuh, maka Nazia terpaksa meletakkan keretanya berdekatan jalan utama.
Hampir terduduk Nazia melihat situasi itu. Beberapa saat kemudian kelihatan orang ramai mula mengerumuni kawasan tersebut. Nazia berdiri kaku di kaki lima depan kedai pakaian tersebut. Teman-temannya kelihatan berlari keluar menjenguk-jenguk dari depan kedai. Mereka kemudian keluar dari kedai tersebut diikuti oleh pelanggan lain dan pekerja kedai tersebut.
" Zieyn, kereta hang !" Tegur Yani dengan kuat. Mulutnya melopong melihat situasi tersebut. Kereta Mazda 2 milik Nazia remuk di bahagian belakang.
Wajah Nazia pucat. Dia meraup mukanya berkali-kali. Tergaman melihat situasi yang tidak disangka itu.
Dia hanya memandang dari jauh pemandu lori kargo itu yang turun dari lori dengan wajah yang pucat dan menggeleng-geleng kepalanya.
Nazia duduk di tepi kaki lima kedai. Teman-temannya sudah berlari ke arah kawasan kemalangan itu. Nazia mengeluh kesal. Patutlah hari ini perasaannya tidak tenang seawal keluar dari rumah sewa lagi. Kalaulah tidak kerana ajakan Yani dan teman-temannya dia tidak akan keluar. Semenjak balik dari bercuti di Cameron Highlands, suaminya telah memberi pesan agar tidak keluar dan menyuruhnya berehat di rumah sahaja. Dia seakan menyesal kerana melanggar larangan suaminya. Walaupun dia sudah meminta izin untuk keluar tadi, tapi kejadian yang berlaku waktu ini amat memberi tamparan untuknya. Itulah setiap larangan suami mesti ada sesuatu yang boleh dirasai dari awal.
"Zieyn, pemandu lori tu nak jumpa hang !" Tegur Yani selepas balik dari melihat kemalangan itu.
"Kau tolong tangkap gambar Yani. Cakap dekat driver lorry tu, setteled dekat Balai Polis aje. Aku buntu nak berfikir sekarang ni," Ujar Nazia sambil tunduk menongkat kepalanya menekur lantai.
Nazia perlahan-lahan mengeluarkan telefonnya. Dia menekan nombor suaminya.
"Abang ! Kereta sayang kena langgar !" Suaranya sebak mengadu. Dia kemudian menggeleng kepalanya dan mula mengalirkan airmatanya.
" Sayang okey ! Kereta aje kena langgar kat tempat parking. Sayang kat kedai nak beli baju. Sayang tak ada dalam kereta," adunya lagi.
Lama bercakap, dia akhirnya meletakkan telefon. Suaminya menyuruh dia membuat laporan polis.
Nazia melangkah ke arah kenderaan tersebut. Kebetulan waktu itu polis peronda telah tiba. Apabila polis tersebut bertanyakan pemilik kenderaan, Nazia mencelah dan mengaku kereta tersebut miliknya. Dia sempat memandang ke arah pemandu lori tersebut. Pemandu itu seakan tersenyum sinis kepadanya.
Nazia meminta izin untuk mengambil barang-barang berharga miliknya termasuk roadtax kereta. Anggota polis itu mengambil gambar dan mengukur kawasan tersebut serta keterangan dari pemandu lori tersebut.
Selesai berurusan di situ, Nazia dan pemandu lori itu diminta ke balai polis untuk membuat laporan.
Sehingga jam 8.00 malam, barulah proses itu selesai dan Nazia serta Yani yang menemaninya balik dengan teksi. Pemandu lori itu juga tidak banyak bercakap dengan Nazia, lebh-lebih lagi Nazia yang enggan kerana dia masih terkejut dengan peristiwa itu.
" Sayang ! Are you okey ?" Tanya Si Suami di telefon. Dia sangat risau keadaan isterinya kerana tidak dapat berada di sisi waktu itu. Dia terpaksa menyelesaikan kerjanya dan berjauhan dengan Nazia.
" Sayang okey bang . Tapi masih ada terkejut sikit tadi," adu Nazia dengan suara bergetar. Semangatnya masih lemah dengan peristiwa tersebut.
"Syukurlah masa tu sayang tak ada dalam kereta. Kalau tak, abang tak boleh maafkan diri abang sebab berjauhan dengan sayang !"
" Abang jangan risaulah. Sayang dah okey," ujar Nazia menenangkan suaminya dari jauh. Suaminya memujuk dan berjanji akan menghadiahkan kereta baru untuknya. Walaupun Nazia menolak pada mulanya tetapi suaminya tetap bertegas demi keselesaan isterinya.
" Okey ! Sayang nak kereta nasional sahaja. Myvi pun dah cukup. Muktamad Myvi sahaja okey. Warna putih !" Tegas Nazia sebelum menutup telefonnya.
Dia mengeluh kesal dengan peristiwa yang berlaku. Tetapi dia juga bersyukur kerana waktu kejadian dia tiada di dalam kenderaan tersebut. Syukurlah kerana Allah masih menjaganya. Memberi kesihatan dan umur yang panjang untuknya. Syukur juga Ya, Allah ! Kerana melindungi suamiku di mana sahaja berada. Doanya di dalam hati.
Namun bukan itu sahaja yang berlaku. Malahan mesej di telefon yang di terima membuat jantungnya tidak senang duduk. Dia membaca berkali-kali mesej tersebut. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Inspektor Hakeem setelah berbincang dengan teman-temannya.
Termenung panjang anggota polis tersebut setelah membaca mesej tersebut.
ITU BARU KERETA KAMU. MASIH ADA YANG LEBIH TERUK SEKIRANYA KAMU MASIH BERDEGIL !
" Awak ada bermusuh dengan sesiapakah ?" Tanya Insp Hakeem. Nazia pantas menggeleng kepala. Dia membiarkan sahaja renungan mata Ins.Hakeem yang meratah wajahnya. Mungkin mencari kebenaran di sebalik kata-kata Nazia.
" Saya hanya syaki satu sahaja. Keluarga teman lelaki saya memang tak suka saya berhubungan dengan anaknya. Mak dia pernah ugut dan pukul saya sebab dia tahu saya bercinta dengan anaknya," ucapan Nazia membuat anggota polis itu menggeleng kepala. Yani dan Tania yang menemaninya juga terkebil-kebil mendengar cerita tersebut.
" Kawan kamu tahu hal ni ?"
" Ya ! Saya menceritakan semua yang berlaku sebab ianya berkait dengan dia,"
"Berapa lama dah kamu mengenali teman lelaki kamu tu ?"
"Dah lama, dari sekolah rendah lagi. Kami sekampung. Tapi kami menjadi rapat 5 tahun kebelakangan ini," cerita Nazia lagi. Minuman jus di gelasnya juga sudah licin. Pertemuan itu diadakan di restoran tepi taman dan kedudukan meja mereka agak jauh dari orang lain membuat
YOU ARE READING
Doktor Ni... Sweetlah
RomanceNaziea Ariana dan Edrian Wong pasangan yang terpisah dekat tapi jauh. Halangan keluarga menyebabkan mereka tidak dapat bersama. Malahan terpaksa menyembunyikan hubungan mereka gara-gara ancaman keluarga Edrian. Kasih sayang mereka yang teruji tetapi...