Bab 10 : E Datang

176 7 0
                                    

Nazia mengelap badan daddynya dengan penuh kasih sayang. Dia sudah biasa bekerja di dalam keadaan sebegitu dan boleh bekerja dalam tekanan. Dia mengelap tubuh daddy sambil berbual dengan daddynya. Walaupun daddynya tidak membuka mata tetapi dia tetap berbicara dengan ayahnya itu.
Mummy pula keluar bekerja hari itu. Nazia sedia menjaga daddynya dan mengambil alih urusan tersebut dari mummy.
Pasu bunga mawar putih dan bunga carnation kuning di tukar airnya. Bunga yang layu juga ditukar. Dia teringat cerita Aina dan daun bawang . Dia meletakkan beberapa jambak daun bawang di dalam pasu lain dan diletakkan berdekatan dengan katil pesakit. Kata Aina itu merupakan salah satu terapi penyembuhan secara alami. Dia mencubanya untuk penyembuhan daddy.
Nazia memerhati sahaja jururawat bertugas melakukan kerja. Ianya tidak banyak beza dengan tugasnya di tanah air.
Selepas jururawat keluar dia menghampiri katil daddynya. Kitab suci dibuka. Alunan gemersik suaranya bergema di tepi telinga daddynya. Dia membaca separuh Surah Al Baqarah. Dia bercadang untuk menyambungnya kembali selepas solat zohor nanti.
Dia mengambil peluang yang ada berbual dengan daddy. Walaupun tiada tindak balas dia tetap bercerita. Pengalaman zaman kanak-kanak tanpa daddy dan mummy diceritakan satu persatu. Dia tersenyum apabila cerita itu gembira. Dia menyapu airmata apabila kesedihan.
Akhirnya dia terisak-isak memanggil nama daddynya.
Sepasang tangan gagah menyentuh bahunya. Dia tersentak dan perlahan-lahan berpaling. Dia kenal jemari itu dan bauan yang minyak wangi tersebut. Dia terus bangkit.
Tangan berkemeja peach lembut itu dipegang erat. Dan kepalanya disembamkan ke dada lelaki tersebut.
"Abang pergi mana? Kenapa tinggalkan saya?" Rintihnya pilu. Dia menangis terisak-isak.
Kepalanya dibelai. Ubun-ubun dikucup.
"Maafkan abang. Abang pergi sekejap sahaja. Atuk abang dah meninggal. Itu yang abang pergi tanpa pamit. Sebelum mayatnya dikebumikan keluarga abang ada tradisi membaca wasiat."
"Abang, tolong jangan tinggalkan saya tanpa khabar berita. Saya takut abang,"
"Maafkan abang sayang. Abang tak akan buat lagi lepas ni." Janji itu pertama kali dilafaz. Nazia memeluk semakin erat.
"Sayang. Kita biarkan daddy berehat. Sayang pun nampak cengkung. Sayang dah lunch?"
Nazia menggeleng kepala. Edrian menarik tangan Nazia untuk duduk di sofa.
" Kita tunggu mummy habis kerja. Nanti dia akan ambil giliran menjaga daddy. Abang dah bercakap dengan mummy tadi. Abang call sayang tapi nombor sayang tak dapat dihubungi. Sayang tak buat roaming ke?"
Nazia menggeleng kepala. Mereka duduk berehat di sofa. Nazia melentokkan kepala bersandar di dada Edrian.
Mereka berehat seketika. Keduanya terlena tanpa menyedari apa yang berlaku. Jururawat dan doktor di situ keluar masuk tanpa mempedulikan keberadaan pasangan tersebut.
Nampak sangat keduanya dalam kelelahan dan kepenatan. Biarkanlah mereka berehat melepaskan tekanan yang dihadapi.
"Miss, Sir! I'm sorry disturb both of you ! Our patient's need you all," seru seorang jururawat. Bahu Nazia ditepuk lembut. Dua tiga kali dicuit barulah Nazia terjaga. Dia terpisat-pisat bangun dan masih mamai. Pelukan suaminya dilepaskan. Rambutnya yang bertoncang disanggul kemas.
"Sorry Miss. Your father need you!" Beritahu jururawat itu lagi. Dia tersenyum mesra sambil menunjukkan ke arah katil. Nazia berpaling. Dia agak terperanjat dan bagaikan bermimpi.
Ayahnya kelihatan tersenyum mesra ke arahnya. Dia cuba menggamit Nazia agar menghampirinya.
"Daddy! Daddy dah sedar?"
Nazia meluru ke arah daddynya. Tubuh daddy yang bersandar dipeluknya. Kepalanya dibelai oleh tangan daddynya dan dia dapat rasakan ubun-ubun dikucup.
"Princess! Daddy missed you!"
"Me too daddy. Syukur Ya Allah! Kau telah kembalikan daddyku," bisiknya mengucap syukur.
Edrian menghampiri katil . Dia terjaga setelah mendengar suasana kecoh di situ. Dia juga memanjatkan syukur setelah melihat mertuanya sudah sedar. Bahu Nazia dipegang dan di urut lembut. Dia kemudian bersalaman dengan mertuanya dan mencium pipi lelaki itu.
Ketibaan mummy petang itu memeriahkan lagi suasana di wad itu. Mummy menangis sambil dipujuk oleh daddy. Pertama kali Nazia melihat gurau senda dan kasih sayang antara mummy dan daddy. Dua insan berlainan etnik dan bangsa tetapi bersatu dalam kasih sayang sebuah rumahtangga.
"Malam ni biar mummy jaga daddy. Zieyn dan Ian balik berehat di rumah." Arah mummy. Nazia mulanya hendak membantah tetapi daddy juga bersetuju dengan pendapat mummy. Akhirnya malam itu Nazia lena dalam pelukan sang suami. Kerinduan mereka berdua terubat dan tiada siapa boleh memisahkan mereka lagi.
Edrian bercerita permintaan datuknya sebelum meninggal.
"Wăigòng mahu Ian kasih sayang sama erxi. Buat anak cepat-cepat. Waigong mahu Ian beri Sunzi kepada mummy kamu. Bagi hati mummy kamu senang. Ada cucu baru dia suka," Dia teringat bicara datuknya ketika dia masih sedar. Mata datuknya yang menangis kerana tidak dapat berjumpa dengan cucu menantunya hingga akhir hayatnya.
"Sayang, datuk abang mahu cicit dari abang. Kita berusaha ya sayang. Dia dah wasiatkan sesuatu untuk cicitnya. Ianya akan diketahui bila anak kita lahir."
"Abang. Saya tak mahu lebih-lebih. Saya hanya mahu restu keluarga abang sahaja." Ujar Nazia.
" Ia, abang gembira sayang. Nanti kita jumpa mummy abang. Kita pergi Taiwan, kita lawat kubur waigong. Dia sangat baik. Dia juga sayang kat sayang. Dia nak jumpa sayang tapi hajatnya tak sampai. Nanti kita pergi sana jumpa dia ya. Waipó juga sudah tak berapa sihat. Kita jumpa waipo abang."
Waigong adalah maksud datuk sebelah ibu dan waipo pula nenek sebelah ibu. Erxi maksud menantu perempuan. Sunzi adalah cucu lelaki .
"Kita berusaha ya sayang. Tak perlu lagi protection."
Segala keresahan dan kekalutan dileraikan. Suasana rumah kedua ibubapa Nazia yang sunyi sepi waktu malam memberi keselesaan kepada mereka. Selepas bercanda mereka turun ke dapur. Nazia memasak sendiri hidangan malam mereka. Dia juga meminta pertolongan Steven untuk menghantar makanan kepada ibubapanya di hospital. Menu ringkas sup sayur tanpa lemak dan ikan stim menjadi pilihan.
Seminggu berada di Kota London, mereka kembali ke tanah air. Daddy juga telah balik ke rumah. Datuk dan nenek yang tinggal berdekatan di sana menemani daddy apabila mummy keluar bekerja. Datuk dan nenek Nazia sebelah daddy sangat gembira menemui cucu yang lama terpisah. Nazia menyesal juga kerana sudah lama tidak berhubungan dengan mereka.
Mereka sudah berusia 80an tetapi masih gagah berdikari.

Doktor Ni... SweetlahWhere stories live. Discover now