Bab 3: Cerita 2

210 9 0
                                    

Rekod berwarna pink itu diambil dari susunan di sebelah kiri. Dia mencalit ke dalam buku biru besar. Kemudian buku pink tadi di bawa ke bangunan sebelah.
  Dia melewati kolam mini dan menyusuri anjung bangunan ke bangunan sebelah.
Dia berlalu ke kaunter pendaftran. Ketika itu pelanggan tidak seramai waktu siang tadi.
Buku kecil itu di bawa ke bilik no.2. Pintu diketuk lembut. Perlahan di tolak. Matanya bertembung dengan seorang gadis yang berada di dalam bilik itu.
" Assalamualaikum!" Sapanya lembut.
" Ya SN Zie ?" Tegur gadis tersebut setelah menjawab salamnya.
" Dr Edry ke mana  Maya ?"
" Doktor jumpa bos. Kenapa SN?"
" Saya nak minta counter sign pasal klien ni. Borang makmal saya dah lengkapkan. Kalau begitu boleh tak Maya bagi kat Dr Edry ya," ujar Nazia sambil membelek dan meletakkan buku kecil itu di atas meja.
" Boleh SN. Bila Sn nak buku ni pula?"
" Secepat mungkin. Saya nak kena call klien ni untuk buat appointmen pula," jawab Nazia sebelum berlalu. Dia kemudian keluar dari bilik No.2 itu dan kembali ke bangunan sebelah.
Di atas meja kecilnya sudah ada setimbun kad yang lain. Dia kemudian mengambil kad yang paling bawah membeleknya seketika dan kemudian menekan nombor.
Kerjanya itu melekakan dia sehingga jam 5.30 petang. Ketika orang lain sudah balik dia masih menyusun dan mengasingkan rekod yang ada di atas meja kerjanya. Dia cuba bekerja sepantas mungkin kerana teman sekerja yang lain sudah pulang. Hanya Aina sahaja yang masih menunggunya untuk mengunci pintu.
" Belum balik lagi SN?" Suara seseorang di depan pintu. Nazia pantas mendongak. Batang tubuh berkot putih labuh itu dipandang sekilas.
" Belum lagi doc!" Jawabnya dan menyambung kerja.
" Kamu dah terima surat untuk kursus di Selangor?"
" Kursus apa doc ?"
Lelaki itu menyebut tajuk kursus tersebut. Nazia menggeleng kepala bermaksud dia belum menerima surat arahan tersebut.
" You kena kursus di sana selama 3 hari dengan En. Ilham,"
" Oh, ya ke doc ! Terima kasih doktor!"
" Bagaimana nak pergi ke sana?"
" Naik baslah kot. Biasa bos akan lepaskan dengan kenderaan yang paling murah," jawab Nazia tersengih.
" Okeylah. I pun bercuti masa tu seminggu!"
Nazia mengangguk memahami. Kerjanya telah siap. Dia mengambil beg sandang miliknya dan menghampiri pintu di mana doktor lelaki itu berdiri.
Doktor itu tidak berganjak. Masih berdiri di tengah pintu.
" Saya nak balik doktor. Bagi laluan," rayunya lembut.
" Naz !"
" Kita di tempat kerja ni. Maafkan saya !"
" Nazia ! I nak tanya betul ke Alicia datang serang you kat sini ?"
Nazia merenung tajam wajah lelaki tersebut. Dia tersenyum sinis.
" Baru hari ni nak tanya ?" Tempelak Nazia tersinggung. Tangan lelaki itu yang menyentuh bahunya ditepis kasar.
" I'm sorry ! I baru aje dapat tahu."
" Kita bincang kemudian. Saya masih dalam pakaian kerja. Saya tak mahu jadi isu pula berdua-duaan di tempat kerja ," ujar Nazia tegas. Dia menolak lembut tubuh lelaki itu menerobos keluar. Lelaki itu terdorong ke belakang.
Ketika itu Aina baru keluar dari bilik belakang. Dia baru selesai solat Asar. Dia terpingga melihat temannya itu melangkah dengan geram ke arahnya. Di belakangnya pula Dr Edry yang tidak lekang dengan senyuman.
" Aku nak solat dulu. Pastu kita balik," kata Nazia menuju ke bilik belakang.
Aina menegur Dr Edry ramah. Mereka berbual seketika hinggalah Nazia muncul dengan wajah yang berseri selepas solat.
" Dah jom balik. Dah dekat jam 6.00 petang ni." Seru Nazia sambil mengambil beg sandangnya. Aina mengikutinya dari belakang. Dia kemudian mengunci pintu utama bangunan tersebut. Dr Edry juga telah pulang.

~~~■♡□●■♡□~~~
Suasana rumah sewa bujang itu agak meriah lebih dari biasa setelah kempat-empat penghuninya telah berkumpul. Selepas mahgrib, Ruhila tidak lagi keluar biliknya kerana menyiapkan pelan pengajaran untuk esok. Syuhada pula sedang menyiapkan slide presentation untuk program di komuniti.
" Beb, temankan aku lepas maghrib. Nak cari barang dapur sikit. Aku kena demostrasi masakan esok," Beritahu Aina sebelum berlalu ke bilik tidurnya. Nazia hanya mengangguk. Dia mandi dan berehat sebentar di katil. Telefon tangannya dicapai.

Sayang: Salam. Nak minta izin keluar dengan Aina.
Lama ditunggu tapi tiada balasan. Dia meletakkan telefonnya ke atas meja tulisnya.
Dia bangkit dan membuka almari bajunya. Dia membelek memilih baju yang hendak dipakai malam nanti. Sepasang blaus berwarna purple dan sehelai skrit labuh berwarna hitam di keluarkan.
Telefon di atas meja berkelip-kelip menandakan ada panggilan masuk. Nazia mengambil telefonnya.
Peti mesej dibuka.

Doktor Ni... SweetlahWhere stories live. Discover now