cemburu

19 0 0
                                    

Pintu dapur kembali di tutup. Selepas mengambil beberapa helai daun pandan dari belakang dapur, dia membawa ke sinki. Helaian daun pandan di bersihkan satu persatu. Seingatnya semenjak dia tinggal di situ, pokok pandan sudah di tanam di dalam pagar kecil ruang belakang pagar dapur. Tidak pasti siapa yang menanamnya. Tapi dengan adanya daun pandan itu, memudahkan dia untuk mendapatkan daun pandan bagi masakannya. Itupun jarang-jarang masuk dapur.
"Woit! Makcik masak apa ni? Wanginya bau!" Suara Ruhaila riuh masuk ke dapur. Dia terjengah-jengah melihat ke arah Nazia yang leka mengacau kuah pandan di atas dapur.
"Buko Pandan. Ni resipi dari Filipina," terang Nazia tanpa di pinta. Kemudian dia menutup api dapurnya.
Langkahnya dihalakan ke arah rak pinggan.
Di atas meja bahan-bahan lain sudah tersusun. Rahila membelek satu persatu bekas bertutup. Terdapat agar-agar hijau jernih, hirisan jeli kelapa dan beberapa bahan lain di dalam bekas berbeza. Bau wangi santan dan pandan bersatu menerbitkan rasa manis vanila pandan.
"Sedapnya bau. Jangan lupa aku nak rasa juga ya," pesan Ruhaila sebelum berlalu. Dia sudah bersiap berpakaian sukan. Petang sebegini dia ada latihan sukan bersama pelajarnya. Sekarang musim latihan semua rumah sukan di sekolah tempatnya mengajar. Karnival sukan tahunan akan diadakan tak lama lagi. Selepas pulang mengajar jam 2.00 petang, dia akan bergegas pula ke padang sekolah selepas asar untuk bersama anak muridnya.
Nazia pernah sekali menghadiri memberi sokongan semasa karnival sukan tahun lepas. Itupun dia hadir bersama Syuhada yang menemaninya selepas diajak Ruhila.
Kuih Buko Pandan sudah siap. Dia mengisi dalam beberapa bekas dan kemudian menyejukkannya ke dalam peti sejuk. Rasa manisan itu lebih sedap di makan sejuk.
Nazia tersenyum puas melihat bekas sederhana berwarna pink. Bekas itu diasingkan lebih awal bahagiannya untuk diberi kepada jiran sebelah. Bukan satu tetapi dua bekas.
Buko Pandan Resepi Cinta... dia tersengih menamakan makanan tersebut.
Bunyi hon kereta dari depan rumah menghentikan kerjanya. Dia tersenyum senang mendengar isyarat tersebut. Pantas langkahnya laju ke arah pintu depan. Kain langsir ditarik sedikit. Matanya bercahaya memandang ke arah pagar rumah sebelah. Honda CRV putih sedang menjalar masuk ke halaman. Lama di perhatikan sehingga kereta itu berhenti di parkingnya. Nazia menarik kain langsirnya lebih luas. Dia menyinsing kain langsir dan melambai ke arah jiran yang kebetulan memandangnya. Lelaki itu tersenyum mesra memandang Nazia yang bersembunyi di sebalik tingkap. Dia memberi isyarat agar lelaki itu menunggunya dan terus berlari ke dapur.
Bekas buko pandan dicapai. Langkahnya laju ke arah pintu utama. Kunci dibuka dan pagar berdekatan sebelah dihampiri sambil tangan menjinjing dua bekas buko pandan.
"Nah, Buko Pandan Resepi Cinta Membara. .." ujarnya sambil menghulurkan plastik bag di tangan. Jejaka itu tersenyum teruja.
"Masak apa tu?" Dia tertanya sambil memandang ke arah gadis di depannya.
"Tadi dah cakap. Istimewa untuk kekasih hati.." balas Nazia tertawa kecil.
"Oohhh. ..!"
Lelaki itu tidak jadi meneruskan kata-katanya bila pintu sebelah pemandu keluar seseorang.
Gadis yang keluar dari pintu sebelah pemandu itu menegur lelaki itu di dalam bahasa mandarin. Nazia terkedu. Siapakah gadis tersebut?
Gadis itu memandang ke arah Nazia dan jejaka tersebut  silih berganti. Edryan berdehem.
"Kenalkan Zieyn, nurse jiran I," Dia tersengih memandang Nazia yang sudah berubah wajahnya. Gadis di sebelahnya hanya mengangkat kening. Faham benar bila Edryan mengenyit mata.
Nazia tertunduk menyapa. Senyumannya bagaikan terpaksa.
"Thank's for your desert." Ujar Edryan sambil mengangkat bekas tersebut.
"Emmm..." Nazia hanya senyum terpaksa. Hatinya tertanya siapa gadis bersama Edryan. Edryan meminta diri dan hendak masuk ke dalam rumah.
"Malam ni you free tak?" Edryan yang hendak melangkah masuk ke dalam rumah tiba-tiba berhenti dan berpaling ke arah Nazia yang masih berdiri di tepi pagar memerhati.
Nazia tidak menjawab pertanyaannya.
"Sayang, malam ni free tak? Jom temankan I dinner dengan Erica." Ulang Edryan lagi.
Nazia berkerut dahi. Tidak faham dengan usul Edryan.
"Jangan risaulah. Erica tu sepupu abanglah. Dia tahu sayang isteri abang." Bisik Edryan setelah menghampiri pagar tempat Nazia berdiri.
Dari muka blur tercengang, kini secebis senyuman terbit di bibir Nazia.
"Lepas solat Isyak ya kita keluar." Tambah Edryan lagi walaupun tiada jawapan dari Nazia. Akhirnya Nazia mengangguk.

Doktor Ni... SweetlahWhere stories live. Discover now